♡Special Chapter♡

2.1K 96 7
                                    

Boleh dengar lagu dekat atas kalau nak ;)
_________________________________________

Part 2


"Dah siap ke belum?" Tanya Aiden kepada anak anaknya. Aqeez dan Azeeq serentak mengangguk.

"Dah makan?" Mereka mengangguk lagi.

"Okay. Dah pergi salam ibu. Lepastu masuk kereta." Arah Aiden. Mereka menyalam Aireen sebelum masuk ke dalam kereta.

"Abang pergi kerja dulu." Aireen mengangguk. Tangan dihulurkan ke arah Aiden. Aiden tersenyum kecil. Dia menyambut huluran itu. Aireen menunduk. Mencium tangan suaminya itu.

Lama Aireen berkeadaan sebegitu sebelum dia mengangkat kepalanya. Tergamam Aiden melihat air mata yang mengalir di pipi isterinya.

"Sayang, kenapa ni?" Aiden menyoal. Risau akan isterinya. Aireen menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa apa." Jawab Aireen dengan tersenyum kecil.

"Abang tak payah pergi kerja lah macam ni." Kata Aiden.

"Jangan. Abang pergi je lah kerja. Saya okay." Aireen tersenyum manis. Biar Aiden tahu yang dia okay. Aiden memandang tepat pada mata Aireen.

"Ada masalah ke? Ada nak cerita dengan abang?" Tanya Aiden prihatin. Aireen menggelengkan kepala.

"Saya okay je. Serius. Tak tipu." Kata Aireen bagi meyakinkan Aiden.

"Pergilah. Lambat pulak nanti diorang." Arah Aireen. Aiden mengangguk.

"Err, abang." Aiden memandang.

"Iya kenapa?" Aiden mengangkat sebelah keningnya.

"Nanti saya nak pergi kedai eh. Beli barang sikit. Barang dah banyak habis." Aireen meminta izin. Aiden mengerutkan dahi.

"Kenapa tak pergi dengan abang je?" Tanya Aiden.

"Takpe. Tak payah. Saya boleh pergi sendiri. Abang jangan lah risau. Okay?" Lama Aiden diam sebelum perlahan lahan dia mengangguk. Membenarkan isterinya keluar.

"Thank you, abang. Dah pergilah." Aiden berdecit.

"Halau abang?" Aireen ketawa kecil sebelum mengangguk. Aiden menggelengkan kepalanya. Dia memusingkan badan. Ingin masuk ke dalam kereta.

"Abang." Aiden memandang kembali isterinya.

"Kenapa lagi sayang?" Tanya Aiden. Dari tadi suruh dia pergi. Tapi bila dia nak pergi, ditahan pula.

"Kalau saya ada buat salah selama ni. Saya minta maaf tau. Maafkan saya. Halalkan juga makan minum saya." Kata Aireen. Wajah Aiden jelas nampak tidak suka.

"Kenapa cakap macam tu. Abang tak suka lah." Kata Aiden. Aireen hanya tersenyum.

"Dah pergi lah." Aiden mengecilkan matanya. Dia tersenyum. Dia memusing kembali badannya. Baru sahaja ingin masuk kereta, Aireen memanggilnya lagi.

Aireen berlari ke arah Aiden. Tubuh suaminya dipeluk erat. Aiden membalas pelukan itu.

"Reen sayang abang tau." Ujar Aireen dalam dakapan Aiden. Aiden senyum.

"Abang pun. Dah, ni macam tak nak abang pergi kerja je. Kalau tak nak abang pergi kerja, takpe. Abang boleh je duduk rumah." Gurau Aiden. Aireen ketawa kecil. Pelukan itu dileraikan.

"Ok dah. Janji tak akan panggil lagi. Pergilah." Arah Aireen buat kali yang entah ke berapa. Aiden mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta.

Aqeez dan Azeeq melambai ibu mereka. Aireen melambai sama. Tidak lama kemudian, kereta Aiden mula hilang dari pandangan.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now