🔫 •BAB 11•

2.4K 129 2
                                    

"Ibuuu", panggil budak yang berumur 10 tahun itu.

"Iya sayang. Kenapa?", ibu kepada budak itu memandangnya.

"Reen nak aiskrim dekat situ." Budak yang dipanggil Reen itu menunjuk pada satu kedai yang menjual aiskrim di seberang jalan.

"Okay. Sekejap. Tunggu ayah habis call dulu okay." Ujar Puan Ariana.

"Alaaa. Nak sekarang. Ayah lambat sangatlah." Budak itu menghentakkan kakinya.

"Tunggulah kejap. Nanti kita pergi sama sama." Pujuk ibu kepada budak itu. Monyok wajah budak itu mendengarnya. Aireen yang melihat ibunya berpaling menghadap ayahnya itu, tersenyum nakal. Ada saja idea yang ingin dilakukannya.

Tanpa melihat kiri dan kanan, budak itu berlari melintas jalan. Ibu kepada budak itu kembali melihat anaknya. Alangkah terkejut dirinya apabila anaknya itu berada di tengah jalan. Sebuah kereta laju membelah jalan ke arah anaknya itu. Segera dia berlari mendapatkan anaknya lantas memeluk Aireen.

Ayah kepada budak itu yang melihat segera menarik anak dan isterinya ke arahnya. Mereka bertiga jatuh di atas jalan raya. Tanpa mengira kesakitan yang dirasai pada badannya, dia bangun melihat anak dan isterinya.

"Ya allah. Awak tak apa apa ke sayang?", tanya Tuan Arman kepada isterinya. Puan Ariana hanya mengangguk. Dia tidak apa apa. Hanya luka sedikit akibat jatuh di atas jalan raya. Tumpuan mereka kali ini tertumpu kepada anak perempuan mereka yang sedang menangis.

"Reen, reen ada luka dekat mana mana ke?", tanya Puan Ariana lembut.

"Tsk tsk. S-sakitt." Aireen menunjuk luka di lututnya. Mungkin akibat jatuh tadi.

"Shhh. Kita pergi klinik ye?" Aireen hanya mengangguk. Dia masih menangis. Tuan Arman mendukung Aireen dan dibawa ke kereta. Puan Ariana hanya mengikuti dari belakang. Sesekali dia akan mengelap air mata yang jatuh di pipi Aireen.

•••

Air mata yang dari tadi bertakung akhirnya tumpah jua. Aireen menangis di situ. Dia memeluk lutut. Aiden yang memerhati hanya membiarkan.

Mikayla memandang sekeliling mencari keberadaan kawannya. Jumpa sahaja keberadaan Aireen, dia berlari mendapatkannya. Nasib ketika itu, tiada kereta yang melintas.

Aireen yang memeluk lutut dipeluknya. Belakang badan Aireen diusap perlahan. Memujuk rakan merangkap sahabatnya itu. Aireen membalas pelukan Mikayla. Amsyar mendapatkan Aiden.

"Kau okay?", tanya Amsyar. Aiden mengangguk.

"Otak kau okay. Tengok siku kau tu." Amsyar menunjuk pada siku Aiden. Aiden melihatnya. Tiba tiba rasa sakit di bahagian sikunya.

"Sikit je ni." Amsyar yang mendengar memandang Aiden geram. Memanglah sikit. Tapi sakit kut. Tidak berdarah sangat cuma ada garis garis disitu. Mungkin terseret ketika jatuh.

Mikayla memandang Aireen yang mengelap air matanya itu. "Kau okay?", tanya Mikayla. Aireen mengangguk sebelum tersenyum pahit.

"Ada luka tak dekat mana mana?" Mikayla membelek tubuh Aireen. Aireen yang berasa agak geli menolak Mikayla menjauh. Dia tertawa kecil.

"Aku okay Kayla."

"Serius? Jomlah pergi klinik." Ajak Mikayla. Aireen menggelengkan kepala lagi.

"Aku okay Kayla. Serius aku okay." Aireen tersenyum semanis manisnya untuk menunjukkan yang dia okay. Mikayla hanya mengangguk pasrah. Susah cakap dengan orang degil ni.
Pandangan Aireen tertumpu pula pada Aiden.

ETHAN AIDEN [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon