🔫 •BAB 44•

2.3K 98 2
                                    

Aireen mendekati Adrian yang duduk santai di atas sofa. Alongnya itu terlampau 'khusyuk' bermain telefonnya sehingga Aireen yang sudah berada di belakangnya juga tidak sedar.

Pap.

Adrian menggosok bahunya yang baru sahaja ditampar oleh Aireen. Terkebil kebil matanya memandang adik perempuannya itu.

"What?" Soal Adrian. Dia buat salah apa?

"Padan muka." Kata Aireen. Adrian masih pelik.

"Hah? Asal kau? Tetiba je." Ujar Adrian. Aireen menjelingnya sebelum duduk di sebelah Adrian.

"Kau tak cakap pun yang masuk minang aku tu keluarga Ethan." Rajuk Aireen.

"Heeleh. Itu je?" Adrian menggulingkan matanya. Aireen memandang tidak puas hati.

"Itu je kau tanya? Hei, benda tu penting tau untuk aku tahu. Kau pulak boleh rahsiakan daripada aku." Kata Aireen lagi.

"Heh, kalau aku bagitahu pun kau terima dia ke? Kau kan tak suka dia. Kau kan benci dia. Kau kan tak nak tengok muka dia. Kau kan menyampah dengan dia. Kau kan..." Aireen menumbuk bahu Adrian. Geram pulak dia dengan alongnya itu. Betul betul tak puas hati tu sampai semuanya dia sebut.

"Tak kesahlah. Tapi aku ada hak untuk tahu." Ujar Aireen lagi. Adrian hanya diam tidak membalas. Rasanya tak patut kut dia balas. Bukannya penting pun.

"Habistu kau macam mana?" Tanya Adrian. Aireen mengerutkan dahinya.
"Aku? Kenapa dengan aku? Okay je." Balas Aireen. Adrian menjentik dahi Aireen.

"Cuba lah tunggu aku habiskan soalan. Ni tak. Suka sangat menyampuk." Aireen cuma tersengih seperti kerang busuk.

"Aku apa?" Tanya Aireen kembali.

"Kau terima tak pinangan tu?" Soal Adrian. Aireen meletakkan jari telunjuknya pada dagu gaya gaya berfikir. Adrian menunggu dengan sabar. Serasa Aireen berfikir terlampau lama, dia memukul lengan Aireen.

"Mende kau fikir lama sangat?" Tanya Adrian kasar. Cemberut muka Aireen dibuatnya. Orang gurau je.

"Aku terima lah." Aireen memberi jawapan. Adrian tersenyum suka. Kepala Aireen ditepuk perlahan.

"Aku bangga dengan kau Reen." Kata Adrian. Aireen menggulingkan matanya ke atas.

"Acah lah kau. Menyampah aku." Ujar Aireen. Dia menepis tangan Adrian dari kepalanya.

"Alonggg! Habis rambut aku ni. Eee. Punya cantik dah tadi aku ikat, dah buruk. Tak suka lah macam ni." Rungut Aireen. Rambutnya yang tadi sudah cantik terikat kini mula berserabut. Dah tak macam rambut, macam hutan je. Adrian dipandang tajam. Adrian cuma ketawa lucu.

"Lawak ke lawak?" Tanya Aireen geram. Adrian mengangguk. Adrian dipandang lama. Tajam panahan matanya. Adrian terdiam. Mati tawanya.

"Iya lah. Meh along betulkan." Adrian mula membetulkan rambut Aireen.

"Tahu takut." Kata Aireen. Adrian membuat muka.

"Bukannya takut, tak selesa je kena tenung. Maklumlah aku ni hensem orangnya. Tu yang kau pandang tak lepas." Puji Adrian kepada dirinya sendiri. Confident itu penting ye!

"Eeuww. Geli je dengar. Rasa berbulu tau telinga aku ni." Balas Aireen.

"Hah mana mana? Nak tengok juga bulu dekat telinga kau tu. Mana? Meh along tengok." Adrian memegang telinga Aireen seperti ingin mencari bulu yang dimaksudkan.

"Eee, alonggg! Dah lah. Malas aku layan kau. Baik aku masuk bilik. Bai." Ujar Aireen. Penat dia nak melayan alongnya. Baik dia masuk bilik. Rehatkan minda, tenangkan fikiran dengan tidur!






"Aku dengar ada orang masuk minang kau. Aiden kan?" Tanya Mikayla.Aireen mengangguk sambil tersenyum.

"Macam mana kau tahu?" Soal Aireen kepada Mikayla. Rasanya dia tak ada bagitahu Mikayla akan hal ini. Bukan tak nak bagitahu, cuma dia terlupa sahaja!

"Dengar dari Am. Am dengan Aiden kan rapat. Mestilah Aiden bagitahu Am. Lainlah aku ni. Ada member pun macam tak ada member. Tak reti nak bagitahu langsung. Seolah olah kita ni stranger pulak." Mikayla membuat ayat berjauh hati. Aireen ketawa kecil. Merajuk sudah rakannya itu.

"Kau ni. Tak payahlah cakap macam tu. Aku lupa lah. Serius lupa. Tak ingat pun nak bagitahu kau tau. Maklumlah aku ni busy orangnya. Banyak sangat benda nak fikir sampai lupa nak bagitahu kau." Aireen memberi alasan walaupun kenyataannya juga memang begitu.

"Ye lah tu. Tak percaya aku. Kau pun bukannya boleh percaya sangat." Kata Mikayla.

"Auch, sakitnya tuh disini mendengar kau berbicara sebegitu rupa. Aduh." Mikayla menggulingkan matanya ke atas. Dah mula dah drama akasia TV3 Aireen. Tak habis habis nak berdrama.

"Ah menyampah aku dengan kau. Ni. Kau kahwin dengan Aiden bila?" Soal Mikayla. Aireen berfikir.

"Hujung bulan ini tak silap aku." Jawab Aireen.

"Cepatnya." Komen Mikayla. Aireen mengangkat bahunya.

"Entah tak tahulah. Aku ikut je. Mama kata lebih cepat lebih bagus." Balas Aireen. Mikayla mengangguk.

"Dah nak kahwin dah member aku ni. Aku ni bila lah nak kahwin. Membujang lah sampai ke tua." Aireen ketawa kecil mendengarnya.

"Eleh kau. Ramai je orang nak dekat kau. Kau tu je yang suka jual mahal." Mikayla tersengih.

"Baguslah jual mahal. Dari jual murah." Balas Mikayla. Terkebil kebil Aireen memandang Mikayla.

"Pergh makin mantap eh ayat kau sekarang. Siapa ajar?" Tanya Aireen.

"Tiktok." Mereke berdua ketawa. Entah apa yang lucu juga tidak tahu.

"Kantoi layan tiktok." Usik Aireen.

"Eleh, kau pun main tiktok kan. Macam lah aku tak tahu." Balas Mikayla. Aireen membuat muka terkejut.

"Uish macam mana kau tahu. Seram kita." Kata Aireen. Mikayla menepuk lengan Aireen.

"Dah kau. Jangan beracah pulak." Aireen ketawa kecil. Seronok dia bergurau senda dengan Mikayla. Selagi masih boleh bergurau atau lepak sama sama, selagi itu dia manfaatkan semuanya. Lagi sebulan sahaja dia akan bergelar isteri orang. Mesti ada had nya untuk bergembira bersama kawan. Dia juga akan lebih sibuk.

"Nanti kan Mikayla..." Aireen sengaja menggangtungkan ayat. Mikayla memandang Aireen. Sebelah kening di angkat.

"Kau nak cakap tu kasi habis lah dulu. Ini tak. Sengaja gantung ayat. Ada yang kena dengan aku pulak nanti kang." Kata Mikayla. Geram dia dengan perangai Aireen. Dah nak kahwin pun perangai macam budak budak. Entah boleh atau tidak Aiden melayan perangai kawan baiknya itu. Aireen tersengih.

"Comellah bila kau marah." Mikayla menunjuk penumbuknya.

"Cepatlah. Kau nak cakap apa dekat aku?" Soal Mikayla. Jangan dilayan sangat perangai Aireen tu. Nanti makin menjadi jadi. Sampai tak terlayan dibuatnya.

"Nanti kau jadi pengapit aku boleh?" Tanya Aireen.

"Aku?" Mikayla menunjuk dirinya sendiri.

"Of course, boleh. Come on Reen, aku member kau kut. Tak kan tak boleh. Kalau kau tak tanya pun, aku tetap jadi pengapit kau tau. Jangan risau lah." Jawab Mikayla. Aireen ketawa kecil. Terhibur pula dia dengan perangai Mikayla.

Terima kasih sudi baca ^>^

ETHAN AIDEN [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ