🔫 •BAB 13•

2.3K 123 2
                                    

Anak buah Aiden segera bangun memberi penghormatan kepada tuan mereka. Aiden hanya menunjukkan riak muka yang dingin. Bilik yang memang disediakan khas untuknya dituju. Jack yang melihat tuannya segera mengikut.

"Tuan." Jack membungkukkan tubuh. Aiden menggulingkan matanya. Sudah berapa kali dia kata jangan membungkukkan tubuh setiap kali dia ada. Tapi masih tidak mengikutnya.

"Ada gambar budak tu?" Aiden menyoal. Jack menjatuhkan kepala. Sampul yang berada di tanggannya diberikan kepada Aiden.

"Semua pasal budak tu ada dalam sampul." Aiden membuka sampul. Kertas dikeluarkan. Gambar yang seakan dikenalinya ditilik. Membulat matanya apabila melihat gambar Aireen. Maklumat tentang Aireen dilihat dan diteliti satu persatu. Dari nama hingga ke alamat rumah. Maklumat saudara mara, orang yang dekat dengan Aireen juga turut diberikan. Aiden meraup mukanya.

What should I do?

"Tuan. Tuan okay? Tuan nak saya buat apa dengan budak itu." Aiden mengangkat kepalanya. Dia menggelengkan kepala.

"Tak. Tak payah buat apa apa. Biar aku uruskan." Ujar Aiden.

"Huh? Tuan pasti. Saya boleh tolong uruskan budak tu." Aiden memandang Jack tajam.

"Aku kata tak payah kan." Keras nada suaranya. Jack menunduk. Mungkin tuannya itu tak membunuh orang, tapi Aiden masih dilatih dari kecil untuk mahir dalam bertempur. Tidak kira dari segi mempertahankan diri mahupun menggunakan senjata. Dia masih boleh melukai orang jika dia mahu tapi tidaklah sampai membunuh.

"Baik tuan." Aiden memandang kembali maklumat berkaitan Aireen di tangannya.

"Macam mana korang dapat maklumat ni? Kau kata CCTV dekat kawasan itu rosak."

"Tuan A-", belum sempat Jack ingin memberitahu Aiden, seseorang merempuh masuk bilik itu.

"Hello guys. How are you?" Amsyar dipandang tajam. Amsyar menayang muka tidak bersalah.

"Tak reti ketuk pintu dulu ke?" Amsyar menggelengkan kepala sebelum tersengih. Aiden menjelingnya.

"Tuan Amsyar yang tolong kami cari budak tu, tuan." Jelas Jack. Aiden mengerutkan dahi memandang Amsyar. Jadi, Amsyar tahu pasal ni?

"What? Pasal apa ni?", Amsyar menyoal tidak faham. Tetiba kena pandang macam tu. Dia tak buat salah apa apa pun tau.

"Jack. Tinggalkan kami sekejap." Jack mengangguk faham. Dia segera keluar dari bilik memberi ruang kepada dua orang di dalam bilik itu berbincang.

"Bila kau tahu pasal benda ni?" Kertas ditangan dilempar di depan Amsyar. Amsyar mengambil kertas itu. Berubah riak mukanya.

"Ouh. Pasal ni. Seminggu yang lepas."

"Jadi, kenapa kau tak bagitahu aku?", berang Aiden. Dah seminggu baru dia tahu. Mana tak marah.

"How can I?" Aiden memandang tidak mengerti.

"What do you mean?" Amsyar menentang berani mata Aiden yang memandang ke arahnya.

"Kau boleh terima ke pasal benda ni?" Aiden diam.

"Aku tanya kau boleh terima ke tak lepas kau dapat tahu pasal benda ni?" Aiden mengalihkan pandangan. Fikirannya serabut.

"Sebab aku tahu kau tak boleh terima benda ni Den." Aiden memandang tidak puas hati.

"Asal aku tak boleh terima pulak?" Amsyar tersenyum sinis.

"Sebab kau suka dia." Berubah muka Aiden.

"Apa benda kau merepek Am."

"Aku tak bodoh Den. Aku kenal kau bukannya sehari dua. Dah berapa tahun aku kenal kau. Kau mana pernah care pasal perempuan selain daripada ahli keluarga kau."

"Jangan merepek dengan akulah Am." Amsyar meraup mukanya.

"Ya Allah Aiden. Apa yang aku merepek? Jangan bengap sangat boleh tak. Nak kata bodoh pun tak ada lah bodoh sangat." Aiden menjeling Amsyar. Apa kata orang bodoh ni? Tak baik tau.

"Kau takut kan?"

"Takut apa?" Aiden menyoal.

"Kau patut takut kalau Aireen tahu siapa kau sebenarnya Aiden." Aiden memandang Amsyar pelik.

"Kenapa aku perlu takut?"

"Kayla. Dia pernah cakap dekat aku. Aireen tak suka orang macam kita. Aku boleh kata dia benci. Dia tak suka orang jahat. Macam gangster, criminal, pembunuh dan yang paling senang aku cakap, macam kita." Aiden memandang tempat lain.

"So, what? Biarlah dia benci orang yang macam kita. Lagi bagus. Boleh aku jauhkan diri dari dia." Amsyar memandang Aiden tidak percaya sebelum dia tertawa kecil.

"Are you sure?" Aiden mengangguk pasti. Amsyar ketawa kuat.

"Aiden, Aiden. Jangan menipu boleh. Kau tak pandai menipu tau. And lagipun. Kau tak boleh larikan diri dari dia." Amsyar berkata penuh yakin.

"Kenapa tak boleh pulak?"

"Remember the accident. Kau tahu Aiden. Itu dirancang. Bukan kebetulan." Riak muka Aiden berubah. Dia lupa akan hal itu. Diri dia dan Aireen diperhatikan. Oleh seseorang. Dia tak tahu siapa orangnya. Tapi dia tahu, orang itu ada dendam dengannya.

Dapur dituju mencari kakak iparnya. Tiada. Ruang tamu pula dituju. Tiada juga. Yang ada hanya Aryan yang duduk bersila di atas sofa.

"Kak Rania mana?" Aireen menyoal Aryan. Aryan menggelengkan kepala tidak tahu. Macam itu je dia jawab? Ceh pigidah.

Kaki melangkah menaiki tangga menuju ke bilik along dan kakak iparnya. Pintu bilik diketuk.

"Akak. Akak dekat dalam ke? Boleh Reen masuk?"

"Masuk jelah Reen. Pintu tak kunci pun." Kak Rania memberi keizinan. Aireen masuk ke dalam bilik. Sekujur tubuh yang berbaring di atas katil didekati.

"Akak okay ke ni? Tak sihat lagi ke?" Kak Rania tersenyum lemah.

"Akak okay je. Salah makan je ni." Aireen memandang risau. Tiba tiba kak Rania bangun dari pembaringan dan berlari ke bilik air. Aireen yang terkejut segera mengikuti kak Rania. Kak Rania mengeluarkan segala isi dari perutnya. Tekak terasa perit. Dia berkumur sebelum lap mulutnya.

"Mari Reen papah akak." Aireen membantu kak Rania duduk di atas katil. Air yang memang telah tersedia di meja tepi katil di ambil dan disuakan kepada kak Rania. Kak Rania mengambil cawan dan meneguk sedikit air.

"Akak okay ke ni? Kita pergi klinik je lah. Reen call along." Telefon yang daripada tadi berada ditangan dibuka. Nombor Adrian dicari. Kak Rania sempat menghalang Aireen dari menelefon Adrian. Kak Rania menggelengkan kepala. Aireen mengeluh perlahan.

"Akak. Kita pergi klinik je lah. Dari pagi tadi akak asyik muntah je. Risau Reen tau tak?" Aireen membuat muka garang. Berharap agar kakak iparnya mendengar cakap. Malah sebaliknya. Kak Rania tertawa kecil.

"Akak okay je. Esok kalau still tak baik jugak. Baru akak pergi klinik. Okay?" Aireen menngangguk walaupun dia tidak puas hati.

"Ni akak dah makan belum?" Kak Rania menggeleng.

"Nak makan tak. Aireen ambilkan." Muka kak Rania berkerut.

"Siapa masak?", tanya Kak Rania.

"Eh bukan akak masak ke?" Kak Rania menggelengkan kepala. Aireen berfikir.

"Ary lah kot. Lagipun dia masak bubur ayam je." Kak Rania tersenyum senget.

"Pandai pulak dia masak?" Aireen tersedar. Adiknya itu mana pernah masak.

"Eh haahlah. Pandai pulak ye dia masak. Ke dia beli?" Aireen bertanda tanya. Kak Rania mengangkat bahu.

"Erm nanti Reen tanya dia. Reen pergi bawah dulu tau. Amikkan makanan untuk akak." Kak Rania mengangguk. Bersyukur dia dapat adik ipar yang baik.

Terima kasih sudi baca :)

Terima jelah saya punya penulisan yang tak seberapa ini.

<3

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now