🔫 •BAB 43•

2.2K 109 12
                                    

"Ethan." Aiden memandang ke arah Aireen. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"Apa lagi?" Tanya Aiden. Aireen menggigit bibir bawahnya.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak. Saya tak kesah awak busy atau tak, saya cuma nak cakap dengan awak. Please! Sekejap pun tak apa." Mohon Aireen. Aiden menghela nafas kecil. Pen yang berada di tangannya di letak di atas meja.

"Duduklah." Arah Aiden kepada Aireen untuk duduk di kerusi di hadapannya. Aireen mengangguk sebelum dia duduk di kerusi itu.

"Apa? Kau nak cakap apa?" Soal Aiden. Kini, dia fokus pada Aireen. Aireen menarik nafas dalam sebelum memulakan perbualan.

"Ada orang masuk minang saya." Jelas Aireen. Aiden mengangguk seperti tidak kisah akan hal yang baru sahaja didengarinya.

"Okay, so?" Aireen tergamam. Aiden dah benci dekat dia ke?

"So, baguslah kan. Nanti kau kahwin dengan boyfriend kau. Jadi kenapa? Kau datang sini sebab nak tengok aku merayu dekat kau supaya jangan kahwin dengan dia. Gitu?" Aiden dipandang tidak percaya.

"Macam tu ke awak fikir pasal saya? Tak pernah terlintas pun lah dalam fikiran saya nak fikir macam tu. Benci sangat ke saya ni pada awak, Ethan? Untuk pengetahuan awak, apa yang saya cakap dekat pantai tu semuanya tipu. Saya tak ada boyfriend pun tau. Saya cuma nak uji awak je. Nak tengok sejauh mana awak sanggup dapatkan saya. Tapi... Huh. Kenyataannya bukanlah seperti yang saya sangka." Luah Aireen bersama takungan air mata.

"Fine, awak nak saya pergi kan. Baik, saya pergi. Thank you sudi dengar luahan hati saya. Awak busy kan? Sambunglah kerja awak. Saya pergi dulu." Aireen bangun dari duduknya. Dia berlalu ke arah pintu pejabat. Air mata diseka kasar.

Lengannya dipegang dari belakang. Terhenti langkah Aireen. Tak perlu tanya siapa yang pegang, dia berdu je dengan Aiden dalam bilik ini. Takkan lah orang lain pulak yang pegang. Dia memandang lengannya yang dipegang Aiden. Aireen merentap lengannya daripada pegangan Aiden, tapi tidak boleh. Aiden mengetatkan pegangan.

"Awak nak apa lagi? Saya nak baliklah." Lemah suara Aireen berbicara. Seluruh tubuhnya terasa penat.

"Kau terima ke pinangan tu?" Soal Aiden. Aireen mengangkat bahunya.

"Saya... Tak tahu. Tapi along terima. Tapi along benarkan saya putuskan semuanya." Terang Aireen lagi.

"Just accept." Kata Aiden lebih kepada mengarah. Aireen memandang Aiden tak percaya. Dia salah dengar ke?

"H-huh?"

"Terima. Terima je pinangan tu." Aireen ketawa sinis. Aireen merentap kasar lengannya yang dipegang Aiden. Terlepas.

"Awak siapa nak suruh saya terima. Ikut suka hati saya lah. Awak tak ada hak." Balas Aireen. Terluka hatinya mendengar kata kata Aiden. Sedarlah dia siapa dirinya dalam hidup Aiden.
Aireen berlalu pergi tapi dihalang Aiden.

"Apa?" Aireen memandang wajah Aiden.

"Look. Bagi aku habiskan dulu apa yang aku nak cakap. Terima je pinangan tu." Ujar Aiden.

"Why should I?" Soal Aireen. Kenapa Aiden beria ria sangat nak suruh dia terima pinangan tu?

"Sebab keluarga aku yang hantar rombongan meminang itu." Terang Aiden sambil tersenyum. Aireen memandang Aiden tajam. Dia memukul dada kekar Aiden.

"Eee, awak jahat. Saya benci awak." Aireen mencangkung. Tangannya ditekap pada mukanya. Menangis dia kerana malu dengan Aiden. Aiden ketawa kecil. Dia turut mencangkung sama. Hujung lengan baju Aireen ditarik. Aireen mengangkat mukanya. Merah muka Aireen. Sama ada kerana menangis atau malu. Mungkin kedua duanya.

"Dah lah. Janganlah nangis. Nanti orang cakap apa pulak nanti." Pujuk Aiden walaupun dalam bilik itu hanya ada mereka berdua sahaja.

"Awak jahat! Saya taknak kawan dengan awak." Rajuk Aireen. Aiden tersenyum.

"Iya lah. Kita tak payah kawan. Kita kahwin. Nak?" Aiden memandang tepat mata Aireen. Aireen yang malu, memandang tempat lain. Panas rasanya muka dia.

"Eee, dah lah saya nak baliklah macam ni." Ujar Aireen.

"Balik naik apa? Sayang drive ke?" Tanya Aiden sambil mengusik. Lengan Aiden dipukul Aireen.

"Tak payah lah panggil saya macm tu." Ujar Aireen. Aiden ketawa kecil.

"Panggil apa? Sayang ke?" Usik Aiden lagi. Lengan Aiden dipukul kuat. Aiden menggosok lengannya.

"Hah, kan dah kena." Kata Aireen. Aiden senyum.

"Sayang drive ke?" Aireen memandang Aiden tak puas hati. Aiden tersengih.

"Tak serius ni. Drive ke?" Aireen menggelengkan kepala. Aiden mengerut dahi.

"Hari ini, Ary yang pakai kereta. Tadi pun saya datang naik grab." Terang Aireen. Aiden mengangguk.

"Tunggu, aku hantar kau balik." Kata Aiden.

"Awak kan sibuk. Tak payah lah. Saya boleh balik sendiri. Nanti saya tempah grab je." Balas Aireen. Tak nak lah dia menyusahkan Aiden. Aiden pun mesti busy dengan kerja dia.

"Tch. Cuba lah dengar cakap aku sesekali. Kau ni degil je kan. Tak reti nak dengar cakap orang langsung. Macam mana nak tinggi kalau macam tu?" Aireen memandang Aiden tidak puas hati.

"Apa kena mengena dengan tinggi? Degil, degil je lah. Jangan libatkan tinggi." Kata Aireen tak puas hati. Pantang betul dia kalau orang main tinggi. Takkan tak tahu yang perempuan ni sensitive dengan tinggi diorang.

"Iya lah. Dah jom. Aku hantar kau balik." Kata Aiden sebelum keluar dari pejabatnya. Cemberut muka Aireen. Dia mengikuti langkah Aiden.

"Hana, aku keluar kejap." Kata Aiden tanpa senyuman. Benda biasa jika dia berbicara dengan perempuan lain. Tak ada nak senyum senyum. Dengan Aireen je boleh. Senyuman dia hanya khas untuk Aireen sahaja.

"Baik tuan." Hana mengangguk. Aireen tersenyum memandang Hana.

"Bai. Saya balik dulu." Aireen melambai tangannya. Hana ketawa kecil sebelum dia turut membalas lambaian itu.

"Cepat sayang. Lambatnya kau ni." Kata Aiden. Masam muka Aireen.

"Biarlah." Balas Aireen. Aiden menggelengkan kepalanya. Asyik nak.menang je budak ni. Nasib sayang. Eh!
Eh! Eh!

"Hah menjawab." Aireen memandang Aiden atas bawah.

"Suka hati saya lah. Mulut saya. Bukan mulut awak. Saya tampar kang." Ugut Aireen. Aiden tersenyum kecil. Dia memandang wajah Aireen sehingga Aireen malu.

"Awak kenapa pandang saya macam tu. Ada apa apa ke dekat muka saya?" Tanya Aireen. Mana lah tahu ada taik hidung ke, taik mata ke, air liur meleleh ke. Kan?

"Ada." Jawab Aiden.

"Apa dia?" Aireen meraba mukanya.

"Beauty." Balas Aiden sambil tersengih. Terkedu Aireen sebelum dia tersenyum. Berbunga rasa hati ini. Macam ada rama rama dekat perut. Dari tadi berterbangan.

"Pandai eh sekarang." Kata Aireen. Aiden mengangkat bahunya. Dia cuba je tadi. Kalau tak jadi, tak jadi lah. Tapi, tak tahu pulak menjadi.

Terima kasih sudi baca ^•^

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now