🔫 •BAB 37•

2K 109 3
                                    

Aiden memandang rumah Aireen sekilas sebelum memandang Aireen di sebelahnya. Masam sahaja wajahnya.

"Dah sampai." Kata Aiden.

"Tahulah. Habis kereta saya macam mana? Esok saya nak pergi kerja tau. Dah kalau kereta saya dekat tempat kerja, macam mana saya nak pergi kerja?" Bebel Aireen. Aiden senyum. Perangai masih tak berubah. Tak habis habis nak membebel.

"Dah habis dah bebel?" Aireen menjeling tak puas hati.

"Esok aku ambil kau lah pagi pagi." Kata Aiden.

"Tak payah. Saya boleh suruh orang hantarkan saya. Saya pun boleh tempah grab tau. Jadi, tak payah lah susahkan diri tu ye?" Ujar Aireen. Aiden hanya buat pekak. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Kesah pulak aku. Yang pasti aku ambil kau. Kau pergi kerja pukul berapa?" Aireen memandang Aiden atas bawah. Aiden menyilangkan tangan pada badannya menghalang Aireen dari meng'scan' badan dia.

"Kau tengok apa hah?" Aireen menggulingkan matanya ke atas. Aiden ketawa kecil. Saja je nak bergurau.

"Kau pergi pukul berapa esok? Nanti aku datang jemput kau." Aiden memandang Aireen.

"Tak payahlah. Saya boleh pergi sendiri." Kata Aireen berdegil.

"Jangan degil boleh tak." Cemberut muka Aireen.

"Biarlah saya nak degil pun. Diri saya, bukan diri awak. Sibuk je. Yang awak ni pun, datang sini semata mata nak hantar saya, jadi apa function awak tidur hotel tu? Rumah awak kan dekat?" Bebel Aireen lagi. Aiden menghembus nafas.

"Janganlah bebel." Rayu Aiden. Penatlah macam ini. Orang nak tolong pun kena bebel.

"Suka hati saya lah. Ini kan mu-"

"Sayang!" Panggil Aiden lembut. Terdiam Aireen. Dia memandang ke luar tingkap. Malu. Dan pada masa yang sama, dia rindu. Rindu akan panggilan tu.

"Masuklah. Dah malam ini. Kang orang fikir apa pulak. Esok aku ambil kau. Pukul 7.30 pagi aku dekat depan rumah kau." Terang Aiden. Baru sahaja Aireen ingin membalas, Aiden menghalangnya.

"Sayang!" Aireen memandang Aiden tajam. Pintu dibuka dan dihrmpas kasar. Protes! Aiden memandang Aireen sehingga dia masuk ke dalam rumah. Setelah memastikan Aireen selamat, baru dia bergerak pergi.






Kaki melangkah menuruni tangga. Aireen menuju ke dapur. Sebaik sahaja tiba di dapur, langkahnya terhenti melihat gerangan yang sedang bersarapan bersama keluarganya. Ada Aryan, Adrian dan Aiden. Mana kak Rania? Dia masih berada di hospital. Doktor masih tak benarkan dia pulang lagi.

"Reen!" Panggil Adrian.

"Duduklah. Makan." Aireen menggeleng. Tiba tiba tak rasa lapar. Aiden hanya senyum memerhati.

"Aireen!" Aireen mengeluh. Dengan penuh keterpaksaan, dia duduk berhadapan Aiden. Pinggan di ambil. Kuey tiaw goreng menjadi pilihannya untuk bersarapan. Dia hanya bersarapan tanpa menghiraukan orang dihadapannya itu. Dari tadi dia sedar, Aiden memerhatikannya. Lantak Aiden lah. Bukan masalah dia. Makanan lagi penting.

"Aiden hantar Aireen eh?" Aireen mengangkat kepala. Aiden mengangguk sambil tersenyum.

"Reen boleh pergi sendiri." Degil Aireen. Adrian menjelingnya. Wat? Apa salah dia?

"Jangan nak mengada. Pergi dengan Aiden!" Tegas Adrian. Aireen menghela nafas kasar.

"Reen boleh pergi sendiri lah." Aireen masih berdegil.

"Macam mana Reen nak pergi? Siapa yang nak hantar Reen? Along dengan Ary tak boleh hantar. Kitorang sibuk." Muncung mulut Aireen.

"Reen boleh naik grab." Adrian memandang dia tajam.

"Bahaya! Mana tahu orang yang pandu grab tu ada niat jahat dekat Reen. Macam mana kalau dia tu pembunuh, perogol bersiri, penjenayah? Hah. Jangan nak mengada sangat eh. Naik dengan Aiden!" Aireen mengeluh. Along dia ni memang lah.

"Tapi along..." Adrian menjegilkan matanya. Aireen memandang tidak puas hati. Terpaksa dia mengalah.

"Iyalah." Aireen memandang Aiden sekilas. Jelas dia tengah tahan dari tersenyum. Cis! Aiden dengan Adrian sama je. 2 kali 5, sepuluh. Aryan pun satu, bukan reti nak back up dia!

Aireen meneruskan suapan. Tadinya agak berselera, sekarang tiba tiba rasa tawar sahaja makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Okay, itu tipu! Rasa dia sedap je, saja nak berdrama.

"Aku gerak dulu lah long, ngah. Aku ada kelas pagi ini. Pukul 9", kata Aryan. Adrian mengangguk. Aireen mengerut dahi.

"Awal lagi ni." Kata Aireen. Aryan tersengih.

"Assignment aku ada yang belum siap. Nanti aku nak buat dekat cafe atau library kalau sempat." Terang Aryan. Aireen mengangguk mengerti. Aryan menghulurkan tangannya kepada Aireen. Aireen menyambutnya. Aryan salam tangan Aireen. Begitu juga dengan Aiden dan Adrian.

"Jangan bawak laju sangat motor tu." Pesan Adrian. Aryan tersenyum. Nampak sangat pesan Adrian itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aryan dengan kedegilannya berpisah tiada. Aryan mana pernah makan saman. Dia pernah jatuh motor sampai masuk hospital pun masih bawak motor laju laju.

Aryan keluar dari rumah. Dia menyarung kasutnya. Motor dihidupkan sebelum motornya laju membelah jalan.

"Kau dah habis makan kan Reen. Pergilah kerja. Lepasni aku nak pergi hospital. Nak jumpa kak Rania. Takkan aku nak biarkan korang berdua dalam rumah ni." Kata Adrian. Aireen mengangguk. Betullah apa yang alongnya cakap. Dia pun tak nak kena tangkap basah.

"Tak apa lah bang. Cepat sikit aku kahwin dengan Aireen." Ujar Aiden sambil tersengih. Aireen menjelingnya. Ada jugak yang kena dengan dia ni kang.

"Kalau tuan badan nak." Sakat Adrian jugak. Aireen memandang alongnya tajam. Apa masalah along dia ni sebenarnya?

"Kau nak kena dengan aku ke?" Adrian tersengih macam kerang busuk. Aireen menunjuk penumbuknya. Sedap ni kalau kena dekat muka orang.

"Uish garang." Sakat Adrian lagi. Malas nak layan, Aireen membawa pinggannya ke sinki untuk dibasuh. Makin dilayan nanti, makin teruk jadinya.

Aiden juga turut menuju ke sinki.

"Letak je situ. Saya basuhkan nanti." Aiden mengangguk dengan wajah tersenyum.

"Okay. Layak ni kalau nak jadi isteri aku." Kata Aiden. Aireen menjeling. Tak habis habis tau nak sakat dia. Muka dia ni ada nampak macam senang kena sakat ke?

"Dah lah. Pergi. Sibuk je dekat sini. Saya nak basuh pinggan dulu. Awak tunggulah dekat kereta." Suruh Aireen. Aiden mengangguk. Lantas dia keluar dari rumah. Enjin kereta di panaskan. Dia menunggu Aireen.

Aireen mengelap tangannya. Beg tangannya di ambil. Aireen menhulurkan tangannya kepada Adrian. Adrian menyambut. Dia menunduk, mencium tangan Adrian.

"Aku pergi dulu long." Adrian mengangguk.

"Have fun." Kata Adrian sambil tersenyum. Aireen mengerut dahi. Tapi dia tidak bertanya pula sebab alongnya berkata begitu.

Dia keluar dari rumah. Pintu tidak ditutup. Biar sahaja. Nanti Adrian nak keluar juga. Aireen memasuki kereta Aiden. Aiden senyum.

"Dah sedia?" Aireen menggulingkan mata ke atas. Acah betul lah.

Terima kasih sudi baca :)
Merepek kan? Tahu!

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now