🔫 •BAB 25•

2.1K 122 10
                                    

"Cun!" Kata Qaseh. Lara, Mikayla dan Aireen turut tersenyum. Seperti yang Aireen cakap, petang ini mereka ada aktiviti masuk air. Tidaklah seperti snorkeling, tapi sekurang kurangnya mereka dapat masuk air. Apa gunanya camping dekat dengan laut tapi tak masuk laut? Pelajar lain turut menunjukkan reaksi gembira.

"Ha dah dah. Tak payah nak happy happy sangat." Tegur abang Ridhwan. Dia menggeleng kepala.

"Nanti korang pergi dekat jambatan situ. Dekat sana semua fasi yang lain dah tunggu. Jangan risau. Ada orang jaga waktu korang dalam air nanti. Bot pun dah disediakan. Nanti korang cuma terjun ikut giliran. Ouh ya! Jangan lupa mintak jaket pelampung dari Kak Khaira." Pesannya lagi. Semua mengangguk faham. Dia tersenyum puas.

"Okay boleh bangun. Lepastu pergi dekat sana." Ujarnya sambil menunjuk ke arah jambatan. Mereka bangun dan ikut seperti yang telah diarahkan.

"Okay beratur ikut kumpulan." Arah kak Khaira. Seperti yang disuruh, mereka duduk sebaris mengikut kumpulan. Kemudian, Kak Khaira memberi jaket pelampung kepada semua murid. Tiba tiba seorang pelajar mengangkat tangan.

"Iya kenapa?" Soal Abang Hazim.

"Saya tak pandai berenang." Terangnya. Abang Hazim mengangguk faham.

"Jangan risau. Awak takkan tenggelam. Kalautenggelam pun akan ada orang yang akan pastikan awak tak tenggelam." Balasnya. Pelajar tadi cuma mengangguk.

"Kita mula dengan kumpulan satu dulu. Kalau ada yang nak tengok diorang lompat, korang boleh bangun. Okay, kumpulan satu mula dulu. Kita mula dengan lelaki lah." Ujar Abang Faruq. Kumpulan satu mula bangun. Pelajar lelaki dari kumpulan itu mula dahulu. Pelajar yang lai turut berdiri menyaksikan kumpulan satu terjun.

Pelbagai gaya sewaktu mereka terjun. Ada yang acah acah Pandelela Rinong tak jadi. Sehingga pecah gelak tawa semua orang disitu melihatnya. Dia pula malu.

"Kau taknak try ke Reen buat macam tu?" Tanya Mikayla. Aireen menjelingnya. Nak kena budak sebelah dia ni.

"Kau buatlah dulu. Baru aku buat. Nanti semua gelakkan kau." Balas Aireen. Mikayla terkekek kekek ketawa. Seperti biasa, Mikayla seorang yang mudah terhibur. Benda tak lawak pun nak ketawa. Kadang pelik juga Aireen dengan perangai Mikayla. Entah sihat entah tidak.

"Aku buat betul betul eh." Aireen menunjuk penumbuk.

"Tak payah kau." Lagi sekali Mikayla ketawa. Kan dah kata tadi, dia tak berapa sihat. Ada yang nak jaga dia tak?

"Next!" Ujar abang Faruq. Selepas ini turn Aiden. Aireen memerhati Aiden yang tengah bersedia untuk melompat.

'Dari tepi pun hensem! Haha.' Aireen tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepala. Apa dia fikir ni?

"Elelele. Nak senyum senyum jelah. Acah nak cover pulak." Aireen menjeling Mikayla. Sibuk je minah ni. Kacau.

"Diamlah kau." Mikayla masih tengah senyum mengusik. Tiada pilihan.

Pak

"Auch, sakitlah Reen." Aireen menjelir lidah. Padan muka! Kan dah kena sebijik dekat pipi tu. Tak adalah kuat mana. Tamparan seorang rakan kepada sahabatnya. Tak sakit pun.

"Tu, Am nak lompat." Mikayla memandang biasa. Aireen menggeleng kepala.

"Kau memang tak ada perasaan dekat dia ke?" Tanya Aireen. Kadang kadang dia kesian dekat Amsyar. Terkejar kejar dekat Mikayla tapi perasaanya tidak dibalas. Mikayla menggeleng kepala.

"Sikit pun tak ada?" Tanya Aireen lagi. Dia memandang Aireen sekilas sebelum mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu akan perasaannya. Kadang bila Amsyar tiada, dia mula tercari cari. Tapi waktu Amsyar ada, dia tidak melayan Amsyar. Entahlah. Dia tak faham dengan perasaannya.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now