🔫 •BAB 21•

2K 112 7
                                    

"Semua dah siap makan kan?" Tanya Kak Laila sambil tersenyum. Yang pasti dia akan menjadi fasi yang ramai pelajar suka. Sebab apa? Tengok sahaja gaya dia bertanya. Lemah lembut. Jauh sekali dengan gaya Abang Faruq.

"Dah!" Jawab pelajar.

"So, saya tahu kita agak lambat untuk bahagi kumpulan. Tapi, kita tetap akan bahagikan kumpulan. Jadi, saya nak awak kira dari 1 hingga 5 start from awak." Ujar Kak Laila sambil.menunjuk orang yang berada di barisan pertama.

"Hanya sampai 5 sahaja! Lepastu ulang balik nombor 1 hingga lima. Alah, macamlah korang tak pernah buat. Kem sebelum ini pun mesti sama macam ni kan. Ok, start now!" Pelajar mula mengira. Dari pelajar pertama sehingga pelajar terakhir.

"Kau tukar dengan Qiera cepat." Arah Aireen. Mikayla mengangguk. Mengapa mereka buat macam ni? Mestilah untuk sama kumpulan.

"1"

"2"

"3", Aireen menyebut nombor.

"4"

"5"

"1"

"2"

"3" Kali ini Mikayla pula menyebut nombor. Dia tersenyum. Cun. Mereka satu kumpulan.

"4"

"5" Itu orang last yang menyebut nombor.

"Dah?" Mereka mengangguk.

"Okay. Jadi sekarang ni. Siapa yang nombor 1 berkumpul dekat depan abang Hazim. Nombor 2 pula dekat depan saya. 3 dekat depan abang Faruq. 4 ermm depan Kak Khaira. Last sekali, nombor 5. Dekat depan abang Ridhwan." Mereka bergerak seperti yang di arahkan. Aireen dan Mikayla duduk bersebelahan.

"Kau rasa Lara dengan Qaseh nombor berapa?" Tanya Mikayla.

"Entah. Tak silap aku. Diorang satu grup. Nombor 2 tak silap." Jawab Aireen. Mikayla mengangguk. Mereka kini melihat ahli kumpulan mereka.

"Wait! Asal korang dekat sini?" Terkejut Mikayla melihat Amsyar dan Aiden satu grup dengan mereka. Begitu juga dengan Aireen. Amsyar dan Aiden hanya tersenyum. Ingat perempuan je ke boleh tukar tukar? Lelaki pun bolehlah!

"Suka hati kitoranglah. Nak buat macam mana, kita kan berjodoh." Mikayla membuat muka meluat. Tak habis habis tengok muka yang sama. Bagilah orang lain pula. Boleh cuci mata sikit.

"Dahlah. Kau ni pun. Jangan cari gaduh. Tak habis habis gaduh dengan Am. Aku kahwinkan korang baru tau." Ujar Aireen. Mikayla membuat muka jijik.

"Eeewww. Aku dengan Am? Huh kirim salam. Takkan pernah terjadi walaupun dalam mimpi tau." Aireen tersenyum sinis.

"Ceh, kau cakaplah macam tu. Nanti kalau korang kahwin aku cakap tahniah." Amsyar tersenyum. Satu hari nanti pasti akan jadi kenyataan. Aaminn.

"No, way. Never. Tak akan dan takkan sesekali aku kahwin dengan dia." Aireen menggelengkan kepala.

"Jadi, semua dah duduk dalam kumpulan?"

"Dah!" Jawab mereka kuat. Kak Laila tersenyum.

"Baiklah. Saya nak korang dalam satu kumpulan tu. Korang fikirkan satu nama grup. Bincanglah korang semua ye. Dan saya nak korang ada sorakan untuk grup korang sendiri. Boleh?" Ada yang mengangguk, ada yang menjawab dan ada yang diam.

"Baiklah, saya bagi korang masa 10 minit. Eh tak tak. 15 minitlah. Fasi yang berada di depan kamu juga boleh tolong kamu sedikit apa yang patut. Faham?" Mereka mengangguk. Mereka mula berbincang dalam kumpulan.

"Jadi, apa nama kumpulan kita?" Khalis yang merupakan kumpulan 3 bertanya. Dia memandang semua ahli kumpulannya. Semua sekali ada dalam 8 orang.

Aireen, Mikayla, Aiden, Amsyar, Ashel, Fakhri, Zahril dan dia, Khalis.
3 perempuan dan 5 lelaki dalam kumpulan 3.

"Barbie?" Zahril memberi idea yanh terang terang akan ditolak. Semua pandang dia tak percaya.

"Seriously?" Zahril mengangkat bahu.

"Mana aku tahu. Aku bagi idea je." Fakhri mengetuk kepala Zahril. Zahril menggosok kepalanya. Khalis memandang yang lain.

"Ejen Ali." Lagi sekali Zahril memberi idea.

"Eh kau ni. Betul betullah. Ingat lawak ke?" Cemberut muka Zahril. Orang nak buat lawak pun tak boleh.

"Aku tahu. Unicorn." Ashel memberi cadangan

"Ah tak nak. Geli je unicorn. Lainlah. Yang ganas ganas sikit." Zahril menolak.

"Eh okay lagi aku punya. Dari kau Barbie. Sah kau tengok Barbie kan." Ejek Ashel.

"Tak salah pun tengok Barbie. Kau jeles kan sebab tak pernah tengok Barbie." Zahril meletak jari di depan muka Ashel. Ashel menepisnya. Zahril dijeling.

"Kau ni. Dengan perempuan pun nak gaduh. Tak ada kerja ke?" Zahril memandang tidak puas hati. Tak! Asal dia yang kena marah. Asyik dia je. Orang lain pun ada salah. Kenapa tak marah diorang? Kenapa asyik dia je? Huh siapalah dia ni kan. Hanya insan yang lemah dan tiada apa apa.

"Korang. Tak ada cadangan?" Tanya Khalis. Aireen menggeleng.

"Tak ada idea lah."

"Memang kena panjang ke nama? Kalau pendek je tak boleh?" Tanya Mikayla.

"Tak silap aku boleh je. Letak satu perkataan pun tak apa." Terang Khalis. Mikayla mengangguk.

"Lion?" Amsyar menggeleng.

"No. Dah biasa sangat orang guna." Mikayla memandang tak puas hati. Dia siapa sampai nak tolak cadangan dia.

"Habistu apa? Cat? Rabbit? Chicken?" Amsyar berfikir. Dia memetik jarinya.

"Snake?" Mikayla menggeleng. Amsyar tak puas hati. Mikayla tersenyum sinis. Tadi Amsyar buat dia kan, kali ini dia balas balik.

"Wolf nak?" Aiden memandang Amsyar tajam. Gila budak ni? Nama kumpulan kita tu.

"Eagle?" Aireen memberi cadangan. Terbatuk batuk Aiden dibuatnya. Amsyar hampir tergelak. Aireen memandang pelik.

"Kenapa? Tak okay ke? Tak okay tak apa. Aku bagi cadangan je." Amsyar menggeleng.

"Tak adalah. Okay je. Aku setuju je. Kau pun setuju kan?" Amsyar meletak tangan di bahu Aiden. Aiden menjelingnya sebelum mengangguk.

"Aku setuju je. Tak payah nak fikir yang susah sangat. Lagipun masa pun tinggal beberapa minit je lagi. Sorakan pun belum buat." Yang lain pun mengangguk setuju. Aireen tersenyum. Tak tahulah. Tapi dia terfikir Eagle je waktu diorang sebut nama haiwan.

"Nama samaran kau pun dia tahu. Macam bukan kebetulan je." Gurau Amsyar perlahan. Aiden menyiku perut Amsyar.

"Auch." Semua mata kini tertumpu ke arahnya.

"Kenapa?" Soal Mikayla. Amsyar menggeleng.

"Tak ada apa apa. Kerengga kut yang gigit." Amsyar memberi alasan. Mikayla memerhati sekeliling.

"Mana ada kerengga." Amsyar dipandang pelik.

"Tak ada eh? Ouh tak ada apa apa lah. Aku okay je." Amsyar tersenyum menahan sakit. Bapak tajam siku orang sebelah dia ni. Aiden tersenyum sinis dalam diam.

"Yang awak senyum ni kenapa?" Mati senyuman Aiden. Dia memandang Aireen. Dia hanya tersengih tidak bersalah.

"Tak ada apa apa. Teringat benda lawak je." Aireen memandang pelik sebelum dia membiarkan. Mereka menyambung perbincangan. Kali ini mereka berbincang tentang sorakan. Pelbagai cara dan gaya yang mereka bincangkan. Ini tak kena, itu tak kena. Sehinggalah mereka dibantu oleh abang Faruq. Baru idea itu datang mencurah curah.

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now