🔫 •BAB 17•

2.1K 118 3
                                    

Hari ini hari yang ditunggu tunggu Aireen. Hari apa? Hari Isnin. Hari dia pergi kem dan hari yang dia tidak perlu pergi perhimpunan. Tidak perlulah dia dengar pengetua membebel yang mengalahkan perdana menteri tu.

"Along! Cepat aku tak sabar ni." Aireen mengangkat beberapa begnya dan diletakkan di hadapan pintu rumah. Nanti pandai pandailah Adrian mengangkat masuk bonet kereta.

"Huh. Reti pulak kau awal hari ini." Sinis Adrian berkata. Aireen menjelingnya.

"Cepatlah!" Arah Aireen.

"Makanlah dulu kau ni." Aireen duduk di hadapan alongnya. Kak Rania memberi pinggan kepada Aireen. Aireen mengambilnya. Bihun goreng menjadi pilihan untuk sarapan pagi ini.

"Mana Ary long?"

"Tengah bersiap lah kut." Aireen mengangguk.

"Ceh. Lambat pulak dia hari ini." Aireen tersenyum mengejek.

"Kau yang terlebih awal. Dia memang kalau pukul macam ni dia masih belum turun." Terang Adrian. Aireen menjeling abangnya. Awal salah, lambat pun salah.

"Pergh. Awal kau ngah." Aryan yang baru turun ke dapur tersenyum senget. Jaranglah nak tengok kakak dia siap dulu daripada dia. Setahun sekali. Aireen memukul lengan adiknya.

"Janganlah pukul." Ujar Aryan tidak puas hati. Aireen menjelirkan lidah.

"Ha. Lidah tu nanti. Kena potong baru tau." Masam muka Aireen mendengarnya. Aryan menunjuk tangan yang dibuat tanda 'good' padanya. Aireen menunjuk penumbuk.

"Dah makan cepat. Gaduh je kerja." Aryan mengambil tempat bersebelahan Aireen. Dia turut mengambil bihun goreng. Aireen meniup air teh yang panas itu sebelum meminumnya sehingga habis.

"Dah. Reen dah siap. Jom pergi." Ajak Aireen.

"Ehem. Pinggan dengan cawan tu siapa nak basuh?", tanya Adrian sambil mengangkat sebelah kening.
Aireen tersengih seperti kerang busuk.

"Tak pe. Nanti akak basuhkan. Reen pergi lah sekolah. Kang tertinggal bas nanti." Kata Kak Rania. Aireen tersenyum suka.

"Terima kasih kak." Kak Rania cuma senyum.

"Dah jom bang." Ajak Aireen bersemangat. Adrian sempat mencium ubun ubun Kak Rania dan mengusap perutnya sebelum keluar memanaskan enjin kereta. Aireen dan Aryan terbatuk batuk melihat adegan itu.

Hormat orang single please.

Adrian mengambil barang barang Aireen yang berada di pintu. Dia memasukkan segala barang ke dalam bonet kereta. Aireen memakai kasut sukan. Dia cepat cepat masuk ke dalam kereta apabila Adrian meng'hon' kereta. Dia berdecit perlahan. Tak reti sabar.

Tiba sahaja di sekolah, kelihatan 2 buah bas sudah menunggu di hadapan sekolah. Ramai juga budak form 5 yang tiba awal. Mungkin bersemangat nak pergi kem. Boleh melepaskan stres dari memikir pasal SPM.

Mereka berdua keluar dari kereta dan menuju ke bonet. Adrian mengeluarkan beg dan memberinya kepada Aireen. Nasib beg nya tidak terlalu banyak. Senang untuk dia bawa beg nya sendiri tanpa pertolongan.

"Dah. Dekat sana nanti hati hati. Jaga perangai. Tempat orang kita tak tahu." Aireen mengangguk. Adrian menggosok kepala Aireen. Aireen menghulurkan tangan. Adrian menyambutnya. Aireen tunduk mencium tangan Adrian. Dia melambai tangan ke arah Adrian sebelum masuk ke dalam sekolah.

Aireen mencari keberadaan Mikayla. Melihat Mikayla yang mengangkat tangannya, dia segera mengatur langkah.

"Wassup." Aireen menggulingkan matanya ke atas. Acah je kawannya yang sorang itu. Dia melihat barang yang di bawa Mikayla.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now