🔫 •BAB 35•

2K 94 1
                                    

"Macam mana kak? Okay?" Tanya Aireen sebaik sahaja dia tiba di wad yang menempatkan kakak iparnya.

Kak Rania cuma mengangguk sambil tersenyum. Mungkin dia penat.

"Mana baby?" Tanya Aireen lagi.

"Sabar. Belum sampai lagi. Kejap lagilah kut." Balas Adrian. Aireen mengangguk.

"Nak bagi nama apa dekat baby?" Adrian dan Kak Rania memandang sesama sendiri sebelum kedua duanya mengangkat bahu. Aireen tersenyum suka.

"Apa kata aku tolong bagi nama." Cadang Aireen. Adrian menggeleng laju.

"Tak boleh. Itu anak aku, biarlah aku yang bagi nama. Kau kalau nak bagi nama, pergi buat anak sendiri." Balas Adrian. Kak Rania menepuk lengan Adrian. Tak bertapis langsung.

"Aku tak kahwin lagi okay." Kata Aireen.

"Jadi, pergilah kahwin. Umur kau pun dah boleh kahwin dah ni." Aireen menggulingkan mata ke atas. Malas lah nak cakap pasal kahwin ni. Umur dia pun baru 24 tahun. Lambat lagi nak kahwin.

"Tak ada calon lah long." Jawapan paling selamat setakat ini.

"Nak aku tolong carikan tak?" Pelawa Adrian. Laju Aireen menggeleng.

"Tak payah." Adrian ketawa kecil.

"Tapi aku dah jumpa calon." Aireen mengerut dahi. Calon? Siapa pulak ni?

"Siapa?" Tanya Aireen. Dia juga ingin tahu siapa yang along maksudkan. Mana tahu hensem, boleh dia terima. Hahaha gurau!

"Aiden." Jawab Adrian. Aireen buat muka.

"Come on, Reen. Takkan kau tak maafkan dia lagi?" Soal Adrian. Aireen diam. Tak tahu rasanya nak jawab apa. Nak kata dia marah? Tak cuma agak terkilan sedikit.

"Mana anak kau yang lain?" Tanya Aireen. Cuba mengalih topik.

"Reen!" Panggil Adrian. Kalau sebut nama Aiden je mesti adiknya itu tukar topik. Aireen menghela nafas perlahan.

"Tak tahulah. Reen tak tahu. Reen malas nak fikir. Stoplah cakap pasal dia." Ujar Aireen. Penat dia dengan alongnya. Tak habis habis nak cakap pasal Aiden.

"Aireen. Dia layak dapat peluang kedua. Lagipun k-" Kak Rania memegang lengan Adrian menyuruhnya berhenti. Adrian memandang isterinya. Kak Rania menggelengkan kepala. Adrian mengeluh perlahan.

"Anak anak aku dekat Ary." Jawab Adrian bagi soalan Aireen tadi. Aireen mengangguk.

"Aryan dekat mana?" Tanya Aireen lagi.

"Dekat rumah." Balas Adrian.

"Aku balik sekejaplah. Nak jumpa anak buah aku. Badan aku pun dah berbau. Jadi aku kena mandi." Kata Aireen.

"Haah memang pun. Kau tu bau busuk. Memang patut pun kau balik. Takut pulak kalau anak aku sampai, dia bau benda yang busuk." Kata Adrian. Aireen menjelingnya. Tak cari pasal sehari memang tak sah.

"Ah kau. Malas aku layan kau. Dah lah aku balik dulu. Nanti aku datang lagi. In syaa allah." Aireen meminta diri.

"Hmm. Yelah." Aireen menunduk menyalam along dan kakak iparnya sebelum berlalu pergi.






"Hello, Amirul." Kata Aireen kepada anak buahnya itu. Amirul Fattah yang berusia 7 tahun, anak pertama abang dan kakak iparnya. Ada lagi satu anak buahnya. Mungkin dengan Aryan.

"Assalamualaikum lah, mak ngah." Tegur budak itu. Iya! Mak ngah. Nampak tua pulak bila kena panggil macam tu, tapi nak buat macam mana, itu anak buahnya. Terima je lah.

"Iyalah. Assalamualaikum." Aireen memberi salam selepas kena tegur dengan anak buahnya sendiri.

"Waalaikumsalam." Balasnya. Aireen tersenyum. Comel sahaja anak buahnya itu. Bila lah dia nak ada anak sendiri. Aireen menggelengkan kepalanya. Apa benda dia fikir ni? Astaghfirullah. Kahwin pun belum.

"Mana Amirah?" Tanya Aireen.

"Mira dengan pak su." Jawabnya. Aireen mengangguk. Dia melihat anak buahnya yang menyiapkan kerja sekolah. Sesekali dia bermain dengan rambut anak buahnya itu.

"Ngah." Aireen berpaling. Aryan sedang mendukung si Amirah yang baru berusia 3 tahun.

"Bila kau sampai?" Tanya Aryan. Dia duduk bersebelahan kakaknya. Amirah didudukkan di atas ribanya. Manja betul anak buahnya yang satu itu.

"Tadi. Baru beberapa minit tadi." Balas Aireen.

"Ouh. Kau dari hospital ke?" Aireen mengangguk. Dia mencubit pipi Amirah. Bulat pipi anak buahnya itu. Geram je tengok. Kalau boleh gigit, memang dah lama dia gigit.

"Dah tengok baby?" Tanya Aryan lagi. Aireen menggelengkan kepala.

"Belum. Tak sempat. Aku balik dulu. Nak mandi." Kata Aireen. Aryan mengangguk.

"Pak su!" Panggil Amirul. Aryan memandangnya.

"Iya? Kenapa?" Tanya Aryan.

"Dah siap." Aryan mengambil buku yang dihulur anak buahnya itu. Dia teliti satu persatu. Anak buahnya itu bukannya boleh percaya sangat. Entah entah ada yang dia tinggalkan sebab nak main henfon.

"Okay bagus." Aryan mengangguk puas hati. Amirul tersenyum suka sebelum menghulur tangan kepada pak su nya.

"Nak apa?" Tanya Aryan berpura pura tidak faham.

"Nak henfon." Kata Amirul.

"Nak buat apa?" Tanya Aryan lagi. Saja nak mengusik anak buahnya itu.

"Nak tengok omar dengan hana. Cepatlah pak su. Nak henfon." Pinta Amirul.

"Kalau pak su tak nak bagi?" Aireen menggelengkan kepala. Jahat betul adiknya itu. Tak habis habis nak sakat anak buahnya itu.

"Pak suuu." Rengek Amirul. Aryan ketawa kecil. Henfon yang sememangnya dibeli oleh Adrian untuk anaknya diberi. Amirul tersenyum lebar. Dia segera mengambil henfon itu. Youtube dibuka. Omar dan hana dicari. Aireen senyum melihat anak buahnya itu.

"Dahlah. Aku naik atas dulu. Nak mandi." Kata Aireen. Aryan mengangguk.

"Okay mandilah. Lagipun kau dah busuk dah ni. Kalah bau longkang." Kata Aryan. Aireen mencebik. Adrian dengan Aryan sama je perangai.

"Nak kaki ke nak tangan?" Tanya Aireen kepada Aryan. Aryan cuma tersengih macam kerang busuk.

"Sengih, sengih. Aku tampar kang baru tau." Kata Aireen.

"Eeh. Jangan marah sangat. Kau period ke apa?" Tanya Aryan. Aireen menumbuk bahu Aryan. Tidak kuat dan tidak perlahan. Cukup untuk buat Aryan rasa sakit.

"Aduh. Sakitlah ngah." Aryan mengaduh sakit. Bahunya digosok perlahan. Aireen menjelirkan lidah.

"Padan muka kau. Cakap lagi kan yang aku busuk macam longkang. Kan dah kena." Balas Aireen. Tak kesian langsung dia melihat Aryan. Rasa nak ketawa ada lah.

"Bila masa aku cakap kau busuk macam longkang?" Tanya Aryan.

"Tadi tu apa?" Balas Aireen kembali.

"Aku cakap kau lagi busuk dari longkang. Bukannya kau busuk macam longkang. Entah entah, longkang lagi wangi dari kau." Kata Aryan.

"Ehh. Kau ni dah melebih." Belum sempat Aireen ingin menumbuk bahu Aryan untuk kali kedua, Aryan cepat cepat mengelak. Sakit tau kakak dia tumbuk. Entah batu ke apa tangan kakak dia tu.

"Dah lah. Malas aku layan kau. Baik aku pergi mandi. Bai." Kata Aireen sebelum melangkah kaki menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua. Pintu bilik dibuka sebelum dia melompat ke atas katil.

"Argh penatnya." Dia merehatkan badan seketika sebelum kembali bangun ingin membersihkan diri.

Terima kasih sudi baca :)

Merepek kan? Tahu...
Sorrylah ye🙏

ETHAN AIDEN [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon