🔫 •BAB 23•

2K 100 2
                                    

"Abang! Malam ni ada aktiviti apa je?" Aireen, Mikayla, Lara dan Qaseh berhenti berjalan. Masing masing ingin mendengar perbualan budak itu dengan abang Ridhwan.

"Malam ni? Erm rasanya malam ni ada night walk je. Kenapa?" Jawab Abang Ridhwan.

"Ouh. Esok malam?" Ridhwan memandang pelik budak dihadapannya.

"Kenapa ni?" Budak itu tersengih.

"Abang bagitahu dulu esok malam kita buat apa?" Tergelak kecil si Ridhwan.

"Kalau taknak." Masam wajah budak itu.

"Betul betullah bang." Ridwan mengangguk.

"Esok tak ada aktiviti sangat. Rasanya buat macam biasa macam kem sebelum sebelum ni. Kita have fun je. Main truth or dare, persembahan. Macam tulah. Kenapa?" Budak itu mengangguk sambil tersenyum. Ridhwan yang melihat naik pelik. Dah kenapa dengan budak ni?

"Kenapa tanya?" Dia tersengih sebelum mendekat ke telinga Ridhwan. Ridhwan mendengarnya. Tersenyum Ridhwan mendengarnya.

"Boleh!"

"Cun." Mereka melagakan tumbukan. Aireen memandang yang lain.

"Agak agak diorang cakap apa? Kenapa perlu sampai berbisik?" Yang lain mengangkat bahu. Mana nak tahu. Jarak mereka tidak jauh dan tidak dekat dari tempat budak itu berbual. Still tak boleh dengar kalau budak tu berbisik.

"Jomlah masuk khemah. Aku tak sabar pula nak night walk untuk malam ni." Ujar Mikayla.

"Harap harap tak ada lintahlah malam ni. Boleh trauma aku kalau dia pergi kat kaki aku lagi." Mikayla tersenyum senget memandang Aireen. Aireen memandang tajam Mikayla.

"Apa? Kau fikir apa? Nak letak dekat aku ke kalau jumpa? Hah buatlah. Kalau nak tengok kita putus kawan." Ujar Aireen. Mikayla memegang dadanya acah acah sakit.

"Auch, sakitnya hati ini mendengar." Kata Mikayla penuh drama.

"Aku tumbuk kau karang." Mikayla membuat muka takut. Acah acah takut sebenarnya.

"Argh takutnya. Janganlah garang sangat. Nanti abang makin jatuh hati tau." Terkebil kebil Aireen melihat perangai Mikayla.

"Kau kenapa sengal?" Tanya Aireen kasar.

"Auch, dia panggil kita sengallah. Sakitnya hati kita." Mikayla masih tidak habis berdrama. Lara dan Qaseh sudah bantai gelak. Aireen menggeleng kepala. Makin dilayan makin menjadi jadi.

"Aku masuk khemah dululah. Tak kuasa aku nak layan dia. Kena sampuk kut." Aireen terus berjalan laju ke khemah. Mikayla terus mengejar Aireen. Lara dan Qaseh berpandangan seketika sebelum turut mengikuti mereka ke khemah.





"Semua dah berkumpul dalam kumpulan?" tanya Abang Hazim selaku fasi yang akan mengambil alih dalam aktiviti pada malam ini.

"Dah!" Jawab para pelajar. Hazim.mengangguk.

"Korang tahu apa aktiviti yang kita nak buat malam ni?" Ada pelajar yang mengangguk dan ada pelajar yang menggeleng. Yang pemalas pula hanya diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.

"Ouh. Ingatkan semua dah tahu. Ada lagi rupanya yang belum tahu. Malam ni kita ada aktiviti night walk." Sejurus Abang Hazim berkata begitu, pelbagai reaksi dikeluarkan. Mengeluh ada, gembira ada, tak sabar pun ada.

"And yeah, seperti petang tadi, malam ni juga semua murid kena buat aktiviti ini. Tiada yang terkecuali! Kecuali korang ada sebab yang tersendiri. Faham?" Pelajar mengangguk. Terpaksa mereka mengangguk walau dalam hati tidak rela.

"Jadi kitorang akan bagi torchlight. Satu kumpulan satu torchlight. Nanti dekat dalam sana, korang akan bergerak dalam satu kumupulan. Ketua kumpulan kena ambil tahu. Pastikan ahli kumpulan cukup waktu pergi dan balik. Kurang tak apa, jangan tiba tiba bila balik nanti jadi lebih pulak ahli kumpulan. Haa itu bahaya." Sempat abang Hazim bergurau. Ada yang tergelak dan ada yang meremang walaupun Abang Hazim tidak sebut nama'nya'.

"Okay baiklah. Kita mula dengan kumpulan satu sehingga kumpulan lima. Korang dah ada torchlight kan?"

"Ada!" Jawab mereka semua. Hazim mengangguk. Dia melihat sekeliling.

"Okay kumpulan satu boleh bangun. Nanti dekat dalam jaga diri, jaga mulut dan jaga perangai. Bukan korang je yang ada dekat sini. 'Dia' pun ada. Okay, korang boleh bergerak." Arah Abang Hazim. Kumpulan satu mula bergerak. Diikuti kumpulan dua, ketiga, keempat dan yang terakhir kumpulan lima.

"Khalis, bukaklah torchlight cepat." Suruh Zahril.

"Ceh penakut rupanya kau ni." Ashel memandang sinis.

"Bukan penakut. Aku cuma berhati hati. Takut pulak kau ni hilang. Yelah, kau kan pendek." Zahril dipandang tajam. Zahril cakap apa? Dia pendek? Kecik besar kecik besar sahaja Zahril dipandang.

"Dah jangan gaduh. Kita dalam hutan ni. Dah lah malam." Tegur Fakhri. Khalis menyuluh ke depan. Kumpulan dua berada di hadapan mereka. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat.

"Agak agak ada yang muncul tiba tiba tak nanti." Ujar Amsyar tiba tiba. Dia mendapat jelingan maut dari semua orang. Dia gelak pura pura.

"Aku gurau je lah." Takut dia melihat jelingan dari semua orang. Lagi lagi dua budak di hadapannya. Aireen dan Mikayla. Tajam dia tu, lagi tajam dari pisau. Agak agak kalau ada laser dekat mata tu, mesti terbelah dua Amsyar.

"Gurau pun agak agaklah." Orang di belakang Amsyar menegur. Aiden! Bukan orang lain. Jangan fikir benda lain.

"Tahulah. Ish." Amsyar tidak puas hati. Aiden menggulingkan mata.

"Jauh lagi ke Khalis?" Tanya Aireen. Khalis menggeleng dalam kegelapan.

"Aku dah nampak cahaya sikit kat depan tu. Jomlah cepat." Kata Khalis. Mereka berjalan ke arah cahaya itu dan...

Ouh yeah! Dah sampai. Mereka menghembus nafas lega. Di depan mereka sekarang, kumpula dua dan satu sedang duduk dalam kumpulan mereka. Ada juga yang berterabur. Berkumpul dengan kawan mungkin. Khalis selaku ketua terua mengira ahli kumpulan.

"Alhamdulillah tak ada yang kurang dan lebih. Risau jugak aku kalau ada lebih." Mereka tergelak mendengar kata Khalis. Mereka duduk dalam bulatan sementara menunggu kumpulan lain untuk tiba.

Semua mata tertumpu pada hutan itu. Kunpulan empat mula tiba. Kelihatan Adam selaku ketua kumpulan, kumpulan empat sedang mengira ahli kumpulan. Mereka menarik nafas lega sebelum duduk di dalam dewan. Kini, hanya tinggal kumpulan lima sahaja. Aireen dan Mikayla terus merapati Lara dan Qaseh. Bergosiplah apa lagi?

Beberap minit menunggu, fasi fasi semua mula kelam kabut. Mereka memanggil abang Faruq yang paling dekat dengan mereka.

"Kenapa kelam kabut bang?", tanya Aireen. Muka Faruq juga kelihatan resah.

"Kumpulan lima tak sampai lagi. Sepatutnya dah sampai dah. Dah lama sangat ni diorang tak sampai sampai." Mereka mula risau. Cikgu cikgu mula berkumpul di dewan. Mungkin sudah mendapat berita itu.

Beberapa fasi mula masuk ke dalam hutan. Mungkin ingin mencari budak kumpulan lima. Para pelajar mula menunggu. Sekarang ini, dewan itu senyap. Tiada yang bercakap. Menunggu akan rakan rakan mereka yang masih di dalam hutan.

Setelah beberapa minit, fasi fasi yang tadi masuk ke hutan mula keluar. Selepas itu baru kumpulan lima turut keluar. Semua mengucapkam syukur. Cikgu cikgu menarik nafas lega.

Mengikut apa yang dikatakan Hasif, mereka tertinggal jejak kumpulan empat ketika torchlight mereka jatuh. Abang Faruq menyuruh semua murid masuk ke khemah. Tidur. Bagi mereka berehat selepas apa yang berlaku.

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now