🔫 •BAB 28•

1.8K 95 5
                                    

Aiden mengelap rambutnya yang basah. Dia memandang ke arah cermin. Macam biasa...

"Hensem." Puji Aiden sendiri. Kalau tak ada orang nak puji kita, kita pujilah diri sendiri.

Lagu Love Shot dari kumpulan EXO terdengar di segenap ruang bilik Aiden. Aiden memandang telefonnya. Iya! Itu nada dering yang baru dipakainya. Dah serik dah dia nak guna lagu Śenorita. Tak pasal pasal Aireen gelakkan dia nanti.

Jack.

Aiden mengangkat panggilan telefon.

"Tuan." Tegur Jack dahulu.

"Hmmm. Asal?" Tanya Aiden terlebih dahulu.

"Saya dah dapat maklumat yang tuan mintak. Tuan nak saya hantar dekat tuan atau tuan sendiri yang datang markas?" Aiden berfikir. Kalau Jack datang ke rumahnya, sudah semestinya Jack akan disoal siasat dengan keluarganya.

"Tak. Tak payah. Aku sendiri datang markas." Ujarnya. Itu yang terbaik. Dia tak nak keluarganya tahu apa yang dia lakukan.

"Tuan nak datang bila?" Tanya Jack lagi. Aiden berfikir dahulu.

"Kejap lagi aku sampai. Maklumat tu kau letak je atas meja aku." Suruh Aiden.

"Baik tuan." Tanpa menungggu lebih lama, Aiden memutuskan panggilan. Dia bersiap ala kadar. Alah, bukan nak pergi mana pun. Markas je.

T-shirt hitam menjadi pilihan. Begitu juga dengan seluar. Topi hitam di ambil dan diletak atas kepalanya. Kasut hitam disarung. Kalau boleh, nak je dia pakai selipar. Tapi, tak apalah. Hari ini dia memakai serba hitam. Memang kegemarannya.

"Saya dah letak atas meja tuan." Kata Jack. Aiden mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik khas yang memang khas untuknya. Sampul di atas meja di ambil.

"Dia duduk dekat pangsapuri?" Gambar yang di ambil secara senyap diperhati. Pangsapuri itu agak tidak bersih. Jauh sekali dengan kehidupannya yang dahulu. Gambar seterusnya dilihat. Gambar Qalish yang keluar dari rumahnya. Pakaiannya agak sedikit mencurigakan.

"Jack. Masuk sekejap." Arah Aiden. Tanpa berlengah, Jack masuk ke biliknya.

"Ye tuan." Aiden menunjuk gambar yang terakhir. Jack mengerutkan dahi.

"Kenapa dengan gambar ni?" Tanya Jack.

"Ni gambar last ke?" Jack mengangguk.

"Ada tak gambar dia pergi mana?" Jack menggeleng.

"Saya suruh pengintip tu ambil gambar Qalish dekat pangsapuri. Tak tahu pulak dia memanh buat betul betul. Tangkap gambar dekat pangsapuri je." Terang Jack.

"Dia first time ke jadi pengintip?" Soal Aiden. Jack menggaru kepala. Macam mana nak cakap ini.

"Dia sepupu saya and haah. Ni first time dia buat kerja macam tu. Dia kata dia tak ada kerja. Jadi saya offerlah dia buat kerja tu." Jawab Jack. Aiden memandangnya tajam. Dia memicit dahinya. Penat lah dia macam ini. Stres rasa.

"Kau. Kau memang. Ish." Geram Aiden. Nasib dia ni baik, kalau tak memang tak tahulah nasib Jack apa lepas ni.

"Aku nak kau tukar pengintip. Pengintip yang lebih hebat! Secara detail, aku nak dia tangkap gambar setiap gerak geri Qalish. Setiap minggu aku akan mintak maklumat tentang dia. Faham?" Jack mengangguk faham.

"Boleh keluar." Arah Aiden. Jack hanya menurut. Belum sempat dia nak keluar, dia berhenti seketika. Ada perkara yang dia lupa bagitahu tuannya.

"Tuan." Aiden memandang Jack. Dia mengangkat sebelah kening.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now