🔫•BAB 8•

2.4K 129 2
                                    

"Alonggg. Ouh alonggg", panggil Aireen. Dia membuka pintu bilik yang menempatkan alongnya dengan Kak Rania selepas diketuk.

"Kenapa Reen?", soal Kak Rania.

"Cari along. Nampak along tak kak?", Aireen memandang kakak iparnya.

"Dekat bawah rasanya. Dengan Aryan. Katanya nak tengok movie tadi." Terang kakak iparnya. Aireen berdecit perlahan. Tengok movie bukannya nak ajak dia. Nak merajuklah macam ni.

Aireen keluar dari bilik. Sempat dia menutup pintu bilik. Dia melangkah kaki menuruni tangga. Dia memandang ruang tamu. Betullah. Ada along dan adiknya.

"Along!", panggil Aireen. Adrian memandang adik perempuannya itu.

"Kenapa?", tanya Adrian. Aryan pula masih dengan movienya. Tidak mahu masuk campur akan perihal yang ingin dibualkan dua adik beradiknya itu. Aireen memberi borang ditangannya kepada Adrian. Adrian memandang pelik tapi dia tetap mengambil kertas itu.

"Apa ni?", Aireen menggulingkan matanya. Tak reti nak baca sendiri ke?

"Tengoklah sendiri." Adrian membaca kertas di tangannya. Berkerut dahinya. Aireen duduk di sebelah abangnya. Matanya melihat ke arah kaca tv yang menayangkan cerita Captain Marvel.

"Perkhemahan?", Aireen mengangguk. Dia memandang alongnya sekilas sebelum matanya kembali tertumpu pada kaca tv.

"Reen nak pergi ke?", soal Adrian.

"Ofcourse lah nak. Kalau tak Reen takkan bagi borang tu dekat along." Adrian memandan sekeliling mencari pen. Tak jumpa. Dia menghulurkan tangan pada Aireen.

"Hah?", Aireen memandang tangan Adrian pelik sebelum meletakkan tangannya di tangan Adrian. Adrian memukul adiknya perlahan. Bengap juga adiknya itu.

"Auch sakitlah long." Aireen memandang abangnya tak puas hati. Ni nak nangis ni. Benda boleh cakap kan, buat apa nak pukul.

"Pen mana pen? Macam mana abang nak isi borang kalau pen takde." Terang Adrian.

"Tch", Aireen berdecit. Ha kan boleh cakap nak pen. Ni tak. Pergi hulur tangan tu buat apa? Aireen mengeluarkan pen dari kocek seluarnya.

"Nah." Adrian mengambil pen itu sebelum mengisi borang persetujuan. Dalam diam, perasaan hiba mulai bertandang di hati Adrian.

'Kalau ibu ayah ada, mesti dia yang isikan borang kan.' Adrian tersenyum tawar.

"Nah. Aku dah isi borang." Aireen mengambil borang. Dia melihat isi borang itu.

"Okay. Thanks long. Kau bagi aku pergi kan?", Aireen meminta kepastian.

"Iyaa. Kalau tak bagi aku takkan isi borang kebenaran tu." Aireen hanya tersenyum. Dia bangun dari duduk lalu menuju ke biliknya. Henfon Oppo A7 nya di ambil. Aplikasi whatsapp dibuka. Dia melihat grup kelasnya. Hanya sebentar sebelum membuka chat dari grup yang dia tidak pernah tahu.

"Grup apa ni?"

Kambeng golek

"Apa bendalah nama grup macam ini." Ujarnya sendiri.

0118123456
-hello semua

Badakayla
-Bukan Islam dah ke?

"Eh Kayla pun ada?"

0118123456
-Ekhem..
-Assalamualaikum

Badakayla
-hmm..
-Waalaikumsalam

0125678901
-Grup mende ni?

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now