🔫 •BAB 46•

2.8K 115 5
                                    

Hari ini hari yang ditunggu tunggukan. Hari bahagia untuk seorang Aireen Qaisara. Hari yang dia akan bergelar isteri orang. Rasa gemuruh menghantui diri. Macam ini ke perasaan orang yang nak berkahwin? Baru dia tahu.

"Cantik kawan aku ni." Puji Mikayla yang turut membantu Aireen untuk mempersiapkan diri.

"Baru tahu ke?" Tanya Aireen sambil tersenyum senget. Saja ingin bergurau. Lepas ni mesti mereka dah jarang berjumpa. Mikayla menggulingkan matanya ke atas.

"Menyampah aku dengan kau. Orang puji tu sepatutnya ucap terima kasih, ini tak. Boleh pulak dia cakap macam tu. Lepasni memang tak lah aku nak puji kau." Balas Mikayla geram. Aireen ketawa kecil. Seronok dia melihat muka tidak puas hati Mikayla. Nampak comel je bila marah.

"Iyalah. Terima kasih ye. Aku hargai sangat sangat pujian tu." Kata Aireen dengan nada yang agak tidak ikhlas. Mikayla memukul lengan Aireen. Aireen menggosok lengannya.

"Sakitlah." Adu Aireen. Mikayla menjelirkan lidahnya.

"Padan muka." Aireen kembali memandang cermin. Mukanya yang dihiasi makeup ditilik. Cantik! Aireen tersenyum sebelum riak mukanya berubah.

"Kau kenapa?" Tanya Mikayla apabila dia sedar akan perubahan riak muka Aireen.

"Entahlah. Aku rasa tak sedap hati. Macam ada benda yang tak elok akan berlaku. Aku... Entahlah tak tahu nak cakap macam mana." Terang Aireen.

"Rileklah. Perasaan kau je tu. Kejap lagi kau kan dah nak nikah. Mestilah kau nervous. Dah jangan fikir bukan bukan." Mikayla menenangkan Aireen. Aireen cuma mengangguk.

Tok! Tok! Tok!

Aireen dan Mikayla serentak memandang ke arah pintu bilik yang diketuk oleh seseorang.

"Boleh kitorang masuk?" Suara Adrian kedengaran dari luar bilik.

"Masuk je lah long." Pintu dibuka dari luar. Adrian dan Aryan masuk ke dalam bilik.

"Aku keluar dulu Reen." Mikayla meminta diri. Aireen cuma mengangguk. Sempat Mikayla menutup pintu bilik sebelum keluar. Ingin memberi privacy kepada tiga beradik itu.

"Cantik adik along." Puji Adrian. Aireen tersengih. Dah biasa dah dengar pujian tu. Sebelum sebelum ni pun ramai je yang puji dia. Bukan hari ini sahaja.

"Biasanya aku tengok." Tipikal seorang Aryan. Mana pernah nak puji kakak sendiri. Kecuali kalau dia ada nak mintak apa apa. Aryan dipandang tidak puas hati.

"Eleh. Kau sebenarnya jeles dengan aku kan. Iyalah. Aku dah nak kahwin. Kau tu? Jodoh ada tak? Tak ada? Huh lemah!" Balas Aireen. Saje ingin menyakitkan hati adiknya itu. Aryan menjeling kakaknya.

"Ada je jodoh. Cuma tak sampai lagi je. Lagipun ramai je nak dekat aku. Sekali aku petik jari, ramai tau yang beratur. Cuma aku je yang tak nak. Kau apa tahu?" Aryan membalasa sama. Kedua duanya saling tak nak mengalah.

"Eleh kau. Yek yek je kau petik jari, ramai orang beratur. Entah entah seorang pun tak ada. Maklumlah kau ni pun bukannya hensem sangat." Kutuk Aireen. Aryan memandang kakaknya tak puas hati.

"Aku hensem okay. Kalau tak takkan ada orang confess dekat aku? Cuma tu lah... Aku reject. Nak fokus belajar." Aireen memandang tak percaya.

"Iya ke? Bukan kau tengah tunggu seseorang?" Soal Aireen. Aryan mengerutkan dahinya.

"Siapa?" Tanya Aryan tidak tahu akan siapa yang dimaksudkan. Aireen mengangkat keningnya berkali kali.

"Siapa?" Tanya Aryan lagi. Geram pulak dia dengan Aireen.

"Nisa." Jawab Aireen. Aryan berdehem. Tekak rasa kering pulak tiba tiba. Aireen memandang Aryan penuh makna.

"Bila masa pulak?" Tanya Aryan. Agak cuak juga dia sebenarnya.

"Eleh kau. Tak payah lah nak tipu. Aku dengan along tahu lah." Kata Aireen. Aryan memandang Adrian. Adrian turut memandang Aryan dengan penuh makna. Aryan berdehem lagi.

"Dah lah. Malas aku layan korang." Aryan memandang ke arah lain. Aireen dengan Adrian ketawa.

"Kau tu dah nak kahwin. Ingat pesan along. Dengar cakap suami. Jangan ingkar arahan dia. Kata nak masuk syurga. Faham?" Pesan Adrian. Aireen mengangguk.

"Iya long. Faham. Faham sangat sangat. Dah berapa kali kau pesan dekat aku benda yang sama. Takkan aku tak ingat kan?" Balas Aireen. Adrian mencebik kecil.

"Tapi kan..." Aireen menggantung ayat.

"Ini lah kau. Cakap kasi habis lah. Nak gantung ayat pulak." Ujar Aryan geram.

"Kan best kalau ibu dengan ayah ada. Kan?" Semua diam. Tidak tahu mahu balas apa.

"Ibu dengan ayah ada je. Dekat hati kita semua. Sangat dekat dengan kita. Selagi kita sayang dan ingat dekat ibu dengan ayah, selagi itu mereka ada dengan kita." Kata Adrian menenangkan Aireen. Air mata mula bertakung di kelopak mata Aireen.

"Haalah kau ni. Tetiba nak buat sedih sedih pulak ni kenapa?" Tanya Aryan. Dia turut rasa sedih. Tapi takkan nak tunjuk. Dia lelaki. Lagipun hari ini hari gembira kakaknya. Biarlah hari ini dipenuhi dengan kegembiraan sahaja. Air mata mula tumpah.

Tisu yang berdekatan diambil oleh Aryan. Air mata Aireen dilap perlahan.

"Kau ni tak payahlah nangis. Rosak lah make up nanti." Ujar Aryan. Aireen secara tiba tiba memeluk adiknya. Aryan agak terkejut tapi dia tetap membalas pelukan Aireen. Adrian yang melihat turut memeluk mereka berdua. Nanti dah tak ada dah macam ni.

Pintu dikuak dari luar. Kak Rania masuk ke dalam bilik.

"Err, dah habis ke? Jomlah turun. Pengantin lelaki dah sampai dah ni." Kata Kak Rania. Mereka meleraikan pelukan. Aireen memandang ke arah cermin buat kali terakhir. Ingin memastikan makeupnya tidak comot.

"Jomlah turun." Ajak Adrian. Aireen mengangguk. Mereka turun ke bawah bersama sama. Aireen duduk di atas pelamin. Matanya bertentang dengan Aiden untuk seketika sebelum tok kadi berdehem. Mereka berdua malu sendiri.

"Boleh kita mulakan?" Aiden mengangguk. Mereka mula berjabat tangan.

"Uish sejuknya tangan." Sempat tok kadi bergurau. Saje ingin menghilangkan gemuruh pengantin lelaki. Aiden tersengih.

"Kita mula ye?" Aiden mengangguk.

"Ethan Aiden bin Eiskandar Andrew."

"Iya saya." Jawab Aiden.

"Aku nikahkan dikau dengan Aireen Qaisara binti Arman Qayyir dengan mas kahwinnya sebanyak 500 ringgit tunai." Aiden menarik nafas.

"Sah." Balas Aiden. Semua orang tergelak. Aireen juga turut sama tergelak. Aiden meraup mukanya. Salah pulak!

"Hahaha! Tak menyabar ye kamu ni. Kita mula lagi sekali lah ye?" Aiden mengangguk. Dia menarik nafas dalam. Aireen dipandang sekilas. Aireen mengangguk memberi semangat. Aiden mengangguk sama.

"Ethan Aiden bin Eiskandae Andrew."

"Iya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Aireen Qaisara binti Arman Qayyir dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." Dia yakin dengan diri dia sendiri. Kali ini dia pasti boleh.

"Aku terima nikahnya Aireen Qaisara binti Arman Qayyir dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." Jawab Aiden.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Aiden menarik nafas lega. Air mata Aireen mengalir di pipi. Dengan dua kali lafaz, kini dia bergelar seorang isteri kepada Ethan Aiden. Mereka berdua berpandangan sebelum tersenyum.

Terima kasih sudi baca :)
Tinggal epilogue je kut. Rasanyalah...🙈

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now