♡Special Chapter♡

3.4K 138 48
                                    

Part Last



"Aqeez, sini." Aiden memanggil anaknya yang hanya berdiri sambil memandang sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa di hadapannya. Aqeez diam.

"Aqeez." Panggil Aiden lagi. Aqeez memandang. Aiden membuat isyarat tangan. Menggamit Aqeez supaya mendekat. Lambat lambat Aqeez menurut.

"Cium dahi ibu." Arah Aiden lembut. Aqeez berdecit perlahan.

"Siapa ibu? Ibu aku hidup lagi lah." Tubuh ibunya dipandang. Dia tak percaya. Mustahil untuk dia percaya.

"Bukannya dah mati!" Jeritnya. Merah matanya menahan air mata daripada jatuh. Dia tak boleh terima. Aiden memeluk anaknya. Ingin menenangkan Aqeez.

"Aqeez, tak baik nak. Ibu dah tak ada. Jangan macam ni." Pujuk Aiden. Air mata yang mengalir, laju dikesat. Dia perlu kuat demi anak anaknya. Aqeez menggelengkan kepalanya.

"Tak. Ibu ada lagi. Mana ibu, ayah? Mana ibu? Qeez nak ibu. Qeez nak ibu, ayah. Bawaklah Qeez jumpa ibu." Rintih Aqeez. Air matanya laju mengalir. Azeeq yang berada disamping Aiden, turut menangis.

"Aqeez, ibu dah tak ada. Aqeez redha ye?" Pujuk Aiden lagi. Tak sanggup dia melihat anaknya jadi macam ini.

"Aqeez nak ibu, yah." Kata Aqeez dalam pelukan ayahnya. Belakang badan anaknya diusap.

"Aqeez, cium dahi ibu nak." Lembut Aiden mengarah. Pelukan dileraikan. Takut takut Aqeez ingin menyentuh tubuh kaku itu.

"Ibu." Panggil Aqeez perlahan.

"Ibu. Kenapa tinggalkan Qeez? Ibu kan dah janji tak nak tinggalkan Qeez. Kenapa ibu mungkir janji." Tubuh kaku itu dipeluk Aqeez. Erat dia memeluk tubuh ibunya.

"Ibu, Qeez tak kuat. Ibu..." Dia memanggil dalam tangisan. Terhinjut bahunya. Muka disembamkan ke perut ibunya.

"Ibu peluklah Qeez. Dulu ibu selalu peluk Qeez kalau Qeez menangis. Kenapa ibu dah tak peluk Qeez? Ibu benci Qeez ke?" Air matanya tidak henti menurun. Malah semakin lebat. Dia berharap ibunya bangun dan memeluknya. Tapi, dia tahu itu semua mustahil. Ibu dah tinggalkan dia.

Perlahan lahan dia menjauh dari tubuh kaku ibunya. Mata memandang tepat muka ibunya.

"Qeez benci ibu. Qeez benci ibu sangat sangat. Kenapa ibu mungkir janji? Kenapa ibu tinggalkan Qeez? Ibu tak sayang Qeez kan?" Jerit Aqeez kuat. Orang lain yang mendengar, mengalirkan air mata.

"Aqeez." Tegur Aiden. Tidak suka anak berkata macam tu. Air matanya jatuh. Azeeq lantas memeluk ibunya.

"Ibu maafkan abang tau. Dia tak sedar waktu dia cakap macam tu." Kata Azeeq di tepi telinga ibunya. Walaupun ibu dia tidak mendengar tapi dia berharap sangat ibunya mendengar.

"Azeeq sayang ibu tau. Zeeq harap ibu masuk syurga. Kita jumpa dekat syurga tau ibu. Ibu tunggu Zeeq tau." Katanya perlahan. Dahi ibunya dicium lama.

"Aqeez, cium ibu. Kejap lagi diorang dah nak bawak ibu pergi kubur." Arah Aiden lagi. Dia tak nak anaknya menyesal. Aqees mendekat. Dia mencium dahi ibunya. Mata dipejam. Lama dia berkeadaan begitu sebelum dia mengangkat wajah. Air mata laju mengalir di pipi. Dia menjauh.

Aiden mendekat. Wajah isterinya dipandang. Dia cuba untuk tersenyum manis. Dahi isterinya dicium penuh syahdu. Lama dia berkeadaan macam itu sebelum dia mengangkat wajah. Dia pergi ke tepi telinga Aireen.

"Abang maafkan sayang. Abang maafkan semua salah isteri abang. Abang janji abang akan jaga anak anak kita. Abang cintakan sayang." Ucapnya bersama air mata. Dahi isterinya dicium sekali lagi.


Orang ramai mula beransur pergi.

"Aiden." Panggil Adrian. Aiden mengangkat wajah. Memandang abang iparnya.

"Kau tabah ye." Bahu Aiden ditepuk. Aiden mengangguk. Dia tersenyum hambar.

"Maaf, bang. Aku tak mampu jaga adik kau elok elok." Aiden memohon maaf.

"Apa cakap macam itu. Kau dah buat yang terbaik dah. Itu ajal dia. Kita siapa nak menghalang?" Kata Adrian. Tidak suka Aiden cakap macam itu. Aiden tertunduk.

"Maafkan abang, Ary." Aryan menggeleng.

"Bukan salah kau, bang." Balas Aryan. Kubur kakaknya yang masih merah dipandang. Aku sayang kau, Aireen.

Dia mendongak ke atas. Menghalang air matanya jatuh. Tapi akhirnya tumpah jua. Adrian memeluk Aryan. Dia menangis dibahu Adrian.

"Aiden." Aiden memusingkan tubuh menghadap mamanya. Sayu Puan Khaleeda melihat anaknya. Dia menarik Aiden ke dalam pelukan.

"Aiden kena redha tau dengan pemergian Aireen." Pesan Puan Khaleeda. Aiden menggangguk. Puan Khaleeda meleraikan pelukan. Tuan Eiskandar menepuk bahu Aiden. Memberi sedikit kekuatan kepada anaknya.

Kedua anaknya dipandang. Kedua duanya memandang kubur Aireen.

"Aqeez, Azeeq." Panggil Aiden. Mereka berdua memandang.

"Kita balik jom." Ajak Aiden. Azeeq mengangguk manakala Aqeez menggeleng. Enggan berjauhan dengan ibunya.

"Aqeez, redha nak. Tak baik kita meratapi. Tak tenang ibu nanti." Pujuk Aiden. Air mata Aqeez mengalir lagi. Batu nisan yang tertulis nama ibunya dipegang.

"Nanti Aqeez datang lagi ibu. Ibu tunggu Qeez tau." Aqeez mencuba untuk tersenyum. Dia bangun.

"Jom." Aqeez mengangguk. Mereka semua berlalu pergi. Aiden menoleh sekilas kubur isterinya.

Selepas ini, tiada lagi gurauan dari isterinya. Tiada lagi gelak tawa isterinya. Tiada lagi yang menyambutnya pulang. Tiada yang akan masak untuknya. Tiada yang mendengar luahan hatinya. Semuanya akan jadi lain selepas ini.

"I love you, abang"

"I love you too, sayang"

Semuanya hanya tinggal kenangan...

-The End-

Terima kasih sudi baca sehingga ke penghujung cerita ini. Tamat sudah kisah cinta Ethan dengan Aireen. Maaf jika banyak kesilapan dalam cerita ini.

🌠 HAPPY ENDING 🌠

_________________________________________

Tiktok acc: sistxrrr_
Check my latest video
Thank you ;)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now