🔫 •BAB 16•

2.2K 119 6
                                    

"Jangan dekat dengan dia." Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Aireen apabila dua beradik itu masuk ke dalam rumah. Aryan mengerutkan dahi.

"Siapa?", tanya Aryan. Aireen memandang Aryan.

"Khanisa."

"Kenapa pulak tak boleh?", tanya Aryan tak puas hati.

"Kau bagi harapan dekat dia Ry." Terang Aireen.

"Harapan apa ni?" Aryan menentang berani pandangan mata Aireen.

"Dia suka kau." Hanya tiga patah perkataan tapi cukup untuk membuatkan Aryan terkedu.

"Apa benda kau merepek ni ngah?" Aireen menggelengkan kepala.

"Aku tak merepek Ary. Dia suka kau. Kalau kau tak suka dia jangan beri harapan. Kesian Nisa." Aryan meraup mukanya.

"Macam mana kau tahu? Dia bagitahu kau?" Aireen menggeleng menandakan tidak.

"Aku perempuan. Nisa pun perempuan. Aku tahu lah." Aryan ketawa sinis.

"Setakat macam tu. Aku pun boleh buat spekulasi sendiri. Abang Aiden suka kau." Aireen mengerut dahi.

"Apa kau cakap ni Ary?" Aryan tersenyum sinis.

"What? Aku tahulah. Aku lelaki. Abang Aiden pun lelaki." Aryan memulangkan paku buah keras.

"Ya Allah, Ary. Kau kenapa Ary?" Aireen memandang tidak puas hati.

"Kau sendiri pun cakap macam tu dekat aku." Aireen menepuk dahinya. Adik dia ni kenapa?

"Okay, fine. Anggap je lah aku hanya teka perasaan Nisa. Tapi please. Jangan bagi harapan dekat dia." Aireen memandang Aryan penuh berharap. Dia tahu rasa sakitnya bila orang bagi harapan pada dia, tapi hanya di anggap seperti rakan sahaja. Menyedihkan bukan?

"Fine. Aku akan jauhkan diri aku dari dia. Aku takkan kacau dia lagi. Tapi..." Aireen menunggu ayat yang akan dikata.

"Tapi?"

"Tapi apa yang aku cakap pasal abang Aiden tu betul." Aireen menggulingkan mata ke atas. Malas nak layan adik dia. Perangai cam harom.

"Kau suka abang Aiden?" Aireen menggelengkan kepala. Dia suka Ethan? Huh memang tak lah.

"Assalamualaikum." Tersentak mereka berdua. Pandangan mereka tertumpu pada Adrian dan Kak Rania yang baru masuk ke dalam rumah. Mereka tersenyum lebar.

"Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak. Adrian memandang pelik.

"Dah kenapa berdiri depan pintu ni?" Aireen mengangkat kening. Baru dia perasan mereka berdua berdiri di depan pintu. Dia tersengih memandang alongnya.

"Saje." Jawab Aryan.

"Ni. Doktor kata apa? Kak Rania sakit apa?" Iya. Adrian dan Kak Rania pergi ke klinik disebabkan Kak Rania masih muntah muntah sejak semalam.

Adrian dan Kak Rania memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum lebar.

"Dah kenapa senyum pulak ni? Sakit pun senyum ke?", tanya Aryan pelik.

"Kak Rania mengandung." Balas Adrian. Aireen membulatkan matanya. Aryan pula hanya mengangguk sebelum membulatkan mata.

"Serious?" Kak Rania mengangguk. Mereka berdua tersenyum suka. Aireen segera memeluk Kak Rania. Kak Rania membalas pelukan.

"Tahniah kak." Kata Aryan. Tidak lama lagi, dia bakal jadi paksu. Haha. Muda lagi dah jadi paksu ye. Kak Rania mengucapkan terima kasih.

"Berapa bulan kak?" Tanya Aireen. Kak Rania mengeluarkan dua jarinya.
Aireen menutup mulutnya.

"Patutlah Reen tengok akak makin gemok." Mati senyuman Kak Rania. Adrian yang mendengar membulatkan mata. Mati dia nak pujuk bini dia nanti. Orang mengandung ni bukannya boleh buat main. Aryan pula terkekek kekek ketawa. Aireen yang tidak tahu dia salah cakap, menggaru kepala. Pelik bila Aryan ketawa tiba tiba. Alongnya juga berubah riak muka.

Dia salah cakap ke? Betullah apa yang dia cakap. Jujur dan tidak menipu.

"Akak gemok?" Aireen mengangguk mengiyakan. Jujur lebih baik kan?

"Eh tak lah sayang. Mana ada awak gemok. Awak kurus je lah." Ujar Adrian tiba tiba. Aireen memandang pelik. Dah kenapa tetiba ni?

"Kau kenapa bang? Tak baik tipu tau. Bini sendiri pulak tu." Adrian menepuk dahinya. Ketawa Aryan makin kuat. Aireen memandang pelik.

"Dah kenapa korang ni?" Adrian menjegilkan mata ke arah Aireen. Aireen yang tidak faham memandang Aryan. Mungkin adiknya itu faham. Aryan menunjuk pada Kak Rania. Aireen turut memandang. Lama kelamaan baru dia sedar. Dia tutup mulutnya.

Dia salah cakap pulak! Aduh!

"Eh kak. Maksud Reen tadi bukan akak gemok tau. Dia macam ni. Akak kan mengandung. So mestilah akak makan banyak kan? Tak peliklah kalau badan akak agak besar. Well, untuk baby jugak kan?" Aireen memandang adik beradiknya untuk memberi kerjasama. Adrian dan Aryan mengangguk laju. Faham akan perangai ibu mengandung.

Kak Rania menjeling mereka sebelum berlalu ke tingkat dua yang menempatkan bilik dia dengan Adrian. Merajuk. Dia tahulah dia gemok. Tapi bukannya gemok sangat pun. Tanpa sedar pipinya mula basah dengan air mata. Sejak berbadan dua ni, kerap sangat dia berkecil hati.

"Kau lah ni. Eee. Kalau malam ni aku kena tidur luar. Memang aku halau kau dari bilik kau. Biar aku yang tidur dalam bilik kau. Eee." Adrian menjentik dahi Aireen. Aireen mengaduh sakit. Adrian berlalu ke biliknya. Nak pujuk isteri tercinta.

Aireen memandang Aryan meminta simpati. Aryan cuma ketawa. Aireen menunjuk penumbuk ke arah adiknya itu.

"Dahlah. Aku nak naik atas. Baju pun aku tak kemas lagi tau." Ujar Aireen.

"Kemas baju? Nak pergi mana? Balik kampung ke?" Aireen menjentik pula dahi Aryan.

"Kau punya tahap pelupa. Teruk. Aku nak pergi kem tau besok." Terang Aireen. Aryan membuat huruf 'O'.

"Baru nak kemas sekarang? Malam semalam tak reti nak kemas ke?" Aireen berdecit. Nak tegur kita pulak. Dia penat tau malam tadi.

"Suka hati aku lah. Dah lah. By the way, aku belum breakfast tau. Masakkan aku nasi goreng. Kau kan pandai masak." Usik Aireen. Aryan menjelingnya.

"Hmm." Aireen membulatkan matanya.

"Serius?"

"Iya. Kau kemaslah baju dulu. Nanti aku panggil turun." Aireen tersenyum sebelum memeluk adiknya itu. Aryan yang geli terus menolak kakak nya itu. Gedik.

"Terima kasih adik ku sayang." Aryan menggulingkan matanya. Geli!

Aryan mengorak langkah ke dapur. Dia mengeluarkan segala barang yang perlu untuk memasak nasi goreng. Simple memang simple. Tapi kalau rasa dia manis tu macam pelik pulak.
Dia memang pandai masak. Cuma bakatnya dipendam. Ada juga terfikir. Dah besar nanti nak ambil course culinary. Tapi... Kecik lagi. Dah tak payah fikir.

Aireen masuk ke dalam biliknya. Beg dikeluarkan. Tidak kecil dan tidak besar. Cukup untuk memuatkan segala barang untuk 3 hari 2 malam di sana. Segala jenis pakaian di ambil dan dimasukkan ke dalam beg. Memakan masa juga untuk dia menyiapkan semuanya. Biasalah...

Perempuan.

Banyak barang yang perlu di bawa. Perempuan tak macam lelaki. Pergi kem pun bawak beg belakang je. Kalau boleh tu memang tak payah bawak beg pun tak apa.

Akhirnya, Aireen dipanggil turun untuk bersarapan. Kak Rania dan Adrian juga turut bersarapan sekali. Mungkin mood Kak Rania dah baik. Pandai alongnya memujuk. Hailah. Tetiba rasa nak kahwin.

Terima kasih sudi baca :)



ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now