🔫 •BAB 39•

1.9K 106 5
                                    

Seatbelt dipakai sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta milik Aiden.

"Ada nak pergi mana mana lagi ke?" Tanya Aiden ke arah Aireen. Aireen berfikir.

"Makan?" Cadang Aireen. Lagipun dah tengah hari sekarang. Last dia makan pun pagi tadi. Jadi sekarang dia lapar. Dia nak makan!

"Okay." Balas Aiden. Aireen senyum.

"Makan dekat mana?" Soal Aiden lagi. Aireen memetik jarinya.

"Boleh tak kita pergi makan dekat cafe kawan saya." Aireen meminta izin.

"Kawan kau?" Aireen mengangguk.

"Kawan yang mana?"

"Kawan kolej saya. Saya rapat jugak dengan dia waktu kitorang semester pertama. Tapi lepastu dia dah pindah Universiti. Tapi saya masih rapat jugak lah dengan dia. Tak rapat sangat tapi rapat. Hah macam tu." Jelas Aireen. Aiden mengangguk.

"Okay. Nanti kau tunjuk jalan." Aireen mengangguk sambil tersenyum. Aiden juga turut tersenyum melihat Aireen yang tersenyum. Kereta yang dipandu Aiden mula bergerak pergi.






Ting!

Bunyi loceng kedengaran di segenap pelusuk ruangan cafe itu. Menandakan ada pelanggan yang baru datang.

"Selamat datang. Nak order apa ye?"

"Jual kek tak dekat sini?" Tanya pelanggan tersebut. Pekerja cafe itu mengangguk sambil tersenyum.

"Iya kami ada jual kek dekat sini. Nak kek apa ye?" Tanya pekerja cafe itu kembali.

"Tiramisu ada?" Pekerja cafe itu mengangguk.

"Ada. Makan sini ke?" Pelanggan itu menggelengkan kepalanya.

"Bungkus boleh?" Tanya pelanggan itu. Pekerja cafe itu mengangguk.

"Boleh. Tunggu sekejap ye." Pelanggan itu mengangguk. Pekerja cafe itu berlalu ke bahagian yang menempatkan kek. Kek tiramisu di ambil dan dibungkus. Dia memberi bungkusan itu kepada pelanggannya.

"Berapa semua?" Tanya pelanggan itu.

"Semua sekali 7 ringgit." Kata pekerja cafe itu. Pelanggan itu mencari duit di dalam beg duit nya. Satu keping not 5 ringgit dan dua keping duit satu ringgit dihulurkan. Pekerja cafe itu mengucapkan terima kasih sebelum dibalas oleh pelanggan itu. Pelanggan itu berlalu keluar dari cafe.

Ting.

Aireen dan Aiden memasuki cafe tersebut. Suasana di dalam cafe itu diperhatikan Aiden.

Not bad.

Suasana yang cukup nyaman dan selesa untuk pelanggan berkunjung di sini. Padanlah cafe ini agak popular. Lagi lagi dalam kalangan orang remaja dan dewasa. Agak ramai jugalah orang yang datang ke cafe ini.

Aireen berdehem perlahan. Pekerja cafe itu mengangkat kepalanya. Padah main phone waktu kerja. Orang masuk cafe pun tak dengar.

"Best sangat ke phone tu sampai akak datang pun buat tak tahu." Perli Aireen. Pekerja cafe itu menggaru kepala yang tidak gatal.

"Alah, kak Reen. Zura tak perasan lah kak. Akak jangan bagitau bos tau." Kata pekerja cafe yang dikenali sebagai Zura itu. Mati dia kalau bos tau dia main phone waktu tengah kerja. Walaupun bos dia baik, tapi kalau ada pekerja yang buat perangai pasti akan kena juga.

"Tengoklah macam mana nanti." Ujar Aireen. Zura membuat muka merayu.

"Alah kak Reen. Akak tak kesian ke dekat Zura. Akak tak takut ke kalau Zura kena buang kerja. Zura ni dah lah pekerja terbaik dakat cafe ini." Sempat Zura memuji diri sendiri. Iya lah. Daha kalau orang tak nak puji kita, kita puji diri sendiri. Tak gitu?

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now