🔫 •BAB 9•

2.3K 132 4
                                    

"Angahhh. Cepatlah. Lamanya kau bersiap. Aku dah nak pergi ni!", jerit Aryan dari luar bilik.

"Iya! Sabarlah", balas Aireen kegeraman.

"Orang nak pakai tudung pun tak senanglah", ujar Aireen sendiri.
Aireen tersenyum puas melihat pantulan dirinya di cermin.

"Cantik." Puji Aireen kepada diri sendiri sebelum tertawa kecil. Dia mengambil beg tangannya sebelum keluar dari bilik. Dia melangkah menuruni tangga. Kelihatan adik beradiknya serta kak Rania sedang duduk di meja makan.

"Lambat", ujar Aryan.

"Heh aku nak keluar tau mestilah kena bersiap cantik cantik." Aireen menjeling adiknya.

"Bukannya cantik pun. Lagipun kau nak pergi rumah kawan aku. Keluarga kawan aku pun kau tak pernah jumpa kak. Itupun nak pakai cantik cantik" Aryan tersenyum senget. Aireen mencubit adiknya. Geram dia dengan perangai Aryan.

"Aduh, sakitlah. Apahal main cubit cubit pulak. Kalau lebam macam mana?" Aryan membelek tangannya yang baru sahaja dicubit. Sian kau tangan, mesti sakit kan.

"Padan muka." Aireen menjelirkan lidahnya.

"Nah Reen." Kak Rania menghulurkan pinggan ke arah Aireen. Aireen mengambilnya. Tiba tiba kak Rania berlari ke arah sinki sebelum memuntahkan sisa makanan yang baru sahaja di makan. Mereka yang lain memandang risau.

"Awak tak apa apa ke sayang?", tanya Adrian sambil menghalang rambut Kak Rania dari terkena muntahnya.
Kak Rania mengangguk.

"Betul ke ni? Jomlah saya bawak pergi klinik", ujar Adrian risau akan isterinya.

"Tak pe. Saya okay. Salah makan lah kot." Kak Rania tersenyum perit. Tekaknya sakit.

"Jomlah naik atas. Awak tak sihat ni." Kak Rania hanya mengangguk. Dia betul betul perlukan rehat.

"Makanlah dulu. Along nak bawak kak Rania naik atas kejap." Aireen dan Aryan mengangguk. Risau juga mereka terhadap kakak ipar diorang.

"Cepatlah makan. Aku dah nak gerak ni. Aku tunggu kau dekat motor. Lambat, tinggal!" Aryan bangun lalu meletakkan pinggan di sinki. Takkan nak letak atas meja je kan. Dia mengambil kunci motor sebelum keluar rumah.

Cepat cepat Aireen menghabiskan makanannya. Bukan boleh percaya adiknya yang sorang itu. Pinggan dan cawan yang digunakan di letak dalam sinki. Dia berlari keluar rumah. Sempat dia tutup pintu tadi. Dia mengambil kasut nike lalu memakainya.

"Cepatlah naik."

"Iya. Sabarlah. Tak reti sabar betullah." Aireen menjeling adiknya. Selesai dia memakai kasut, dia naik motor pada belakang Aryan.

"Ha dah. Jalanlah," arah Aireen. Tadi suruh dia cepat. Bila dia dah naik tak nak pulak gerak.

"Pegang kuat kuat. Aku nak pecut ni." Aireen membulatkan mata.

"Aku bagitahu along", ugut Aireen. Dia dah lah takut kalau orang bawak laju laju ni. Atau lebih tepat, dia trauma. Benda benda yang bahaya macam ini, dia memang takut.

"Hish. Aku gurau je pun", ujar Aryan. Takut juga kalau along dia sita motor dia ni.

"Dah pegang kuat kuat." Aireen tersenyum senget. Tak mainlah pegamg pegang baju. Kita kasi up sikit. Aireen memeluk Aryan dihadapannya. Aryan terkejut tapi dia hanya membiarkan sahaja. Lagipun bukan orang lain, kakak dia juga.

Aryan membawa motor dengan berhati hati. Tidak selaju ketika dia membawa motor sorang sorang.

"Taman Mega?", tanya Aireen sebaik sahaja mereka melepasi pengawal yang mengawasi taman ini. Aryan dihadapan mengangguk.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now