🔫 •BAB 19•

2K 115 2
                                    

"Baiklah. Aku nak beri beberapa pengumuman. Pertama sekali, kita berada bersebelahan laut dengan hutan. Jadi, aku nak sepanjang kita berada disini, korang semua jaga mulut korang. Cakap jangan main lepas je. Kalau korang nampak sesuatu yang bukan milik korang, korang biarkan je. Tak perlu nak ambil. Faham?" Semua pelajar menganggukkan kepala.

"Kedua, sepanjang kita di sini, kita akan buat aktiviti di laut dan di dalam hutan. Jadi aku nak tanya, korang bawak baju cukup ke tak. Kang tak cukup baju nanti, takkan nak pinjam baju aku." Sebahagian dari pelajar ada yang mengangguk dan ada yang menghela nafas kasar. Mungkin tak bawak baju lebih. Pandai pandai diorang lah.

"Jadi untuk hari ini, kita hanya akan buat aktiviti yang ringan sahaja. Sekarang dah pukul 11 pagi. Aku nak nanti korang ambil beg korang dekat dalam bas. Lepastu korang ambil khemah yang dekat sana tu. Siapkan khemah korang dulu, baru korang rehat. Satu khemah 4 orang. Dengar je bunyi siren nanti. Aku nak korang bergerak ke bangunan sana." Ujar abang Faruq sambil menunjuk ke arah satu bangunan.

"Boleh bergerak sekarang!" Para pelajar mula bangun dari duduk. Bergerak ke bas untuk mengambil beg masing masing. Setelah ambil beg, mereka mula membuat khemah di tempat yang telah ditetapkan.

"Siapa lagi dengan kita?", tanya Aireen kepada Mikayla.

"Kitorang lah." Amsyar menjawab. Mikayla menunjuk penumbuk. Agak agaklah satu khemah dengan perempuan.

"Ajak Lara lah." Mikayla mengangguk. Mereka menghampiri Lara.

"Lara!" Lara memandang sebelum mengangkat sebelah kening.

"Apa?"

"Jom satu khemah." Lara berfikir sebelum memberi jawapan. Dia mengangguk.

"Okay." Mikayla dan Aireen tersenyum.

"Tiga orang je?" Aireen mengangkat bahu.

"Siapa lagi yang tak ada khemah?" Mereka memandang sekeliling mencari orang yang bersendirian. Pandangan Aireen tertumpu pada Qaseh yang duduk memandang orang lain. Terbit rasa kasihan di hati.

"Aku ajak Qaseh boleh?" Aireen meminta kebenaran.

"Kau pasti? Tak terbalik ke khemah nanti?" Aireen ketawa kecil sebelum mengangguk. Iya dia pasti. Qaseh bukannya jahat sangat.

"Boleh. Kau ajak lah." Aireen menghampiri Qaseh.

"Qaseh!", panggil Aireen. Qaseh memandang Aireen di hadapannya.

"Kau nak apa?" Kasar bahasanya. Aireen hanya tersenyum.

"Kau dah ada kumpulan ke?", tanya Aireen lembut. Qaseh menggelengkan kepala tanpa memandang Aireen. Aireen menghulur tangannya di depan muka Qaseh. Qaseh memandang pelik.

"Jom." Ajak Aireen. Qaseh mengerutkan dahi.

"Jom?" Aireen mengangguk.

"Satu khemah dengan kitorang." Dia memandang Aireen tak percaya. Aireen ajak dia? Dia memandang ke arah Mikayla dengan Lara yang tersenyum memandangnya.

"Tak takut ke?" Aireeng mengerutkan dahi.

"Takut apa?"

"Kalau aku satu khemah dengan kau. Tak terbalik ke khemah nanti?" Aireen tersenyum lucu.

"Tak pe. Kalau terbalik boleh betulkan semula. Cuma, asalkan kau tak makan orang. KItorang okay je kalau kau satu khemah." Qaseh tersenyum. Aireen terlampau baik. Berapa kali dia pernah sakitkan hati Aireen, tapi Aireen masih layan dia dengan baik.

"Okay." Qaseh memberi kata putus. Aireen tersenyum.

"Cun. Jom kita bina khemah." Ajak Aireen. Qaseh tersenyum sebelum bangun dari duduk.

"Thanks Reen." Aireen cuma tersenyum. Mereka berjalan ke arah Mikayla dan Lara.

"Pergi ambil khemah. Kita bina khemah dekat sini je." Mereka mengangguk setuju.




"Sumpahlah! Kita berdua je satu khemah?" tanya Amsyar tidak percaya. Aiden mengangkat bahu.

"Entah. Aku tengok semua dah ada khemah masing masing. Kita berdua je lah rasanya yang tinggal." Amsyar mengangguk. Dia memandang Aiden serius.

"Apahal kau? Nak kaki ke?" Aiden menjeling Amsyar. Tetiba pandang orang macam tu. Dahlah diorang berdua je satu khemah. Mahu jadi lain nanti.

"Aku ada benda nak cakap." Serius nadanya. Aireen mengangkat sebelah kening.

"Apa kau? Benda tak penting tak payah cakaplah. Buang masa aku je nanti." Amsyar memukul lengan Aiden. Aiden menggosok perlahan lengannya.

"Pasal Qalish." Aiden memandang Amsyar.

"Kenapa dengan Qalish?" tanya Aiden.
"Parents Qalish kena reman minggu lepas. Lepastu, baru beberapa hari lepas diorang kena tangkap." Berkerut dahi Aiden.

"What? Kenapa? Atas dasar apa diorang kena tangkap?"

"Aku tak pasti jugak. Tapi apa yang aku dengar lah. Diorang masuk penjara sebab ada kes rasuah. But, paling aku tak sangka kan. Diorang tak bayar gaji pekerja." Aiden memandang pelik.

"Kenapa tak bayar pulak? Bukan diorang kaya ke?" Amsyar mengangkat bahu. Manalah dia tahu.

"Mana kau tahu cerita?" Soal Aiden. Amsyar tersengih.

"Inspektor Irsyad." Amsyar dijeling.

"Takkan Inspektor bagi macam tu je maklumat?" Aiden memandang Amsyar musykil.

"Hah kau. Jangan ingat aku rasuah Inspektor eh. Adalah cara aku buat. Kau tak perlu tahu. Jangan risau. Aku tak buat guna cara kotor." Aiden menyepetkan matanya. Dia mengangguk.

"Okay. Now, apa kena mengena dengan aku?" tanya Aiden.

"Hah. Inilah aku nak cakap. Inspektor cakap dekat aku yang kau sebenarnya punca diorang kena tangkap."

"Apa benda kau merepek ni? Aku ambil tahu pasal Qalish pun tak. Tetiba nama aku naik apahal?" Tanya Aiden tak puas hati. Amsyar mengangkat bahu.

"Itu aku tak tahu. Tapi yang pasti, Inspektor kata dia takkan libat kan kau. Kecuali kalau mereka junpa bukti yang kau terlibat sama." Aiden menghela nafas kasar. Penat dia macam ni.

"Kau perasan tak, Qalish tak ikut kem kali ini. Minggu lepas pun dia tak datang sekolah." Aiden mengangguk. Semestinya dia perasan. Musuh sejati. Kalau tak cari pasal, memang tak sah. Tapi kalau dia tak datang ni, memang tenang lah hidup dia. Tak perlu penat penat berfikir.

"Mungkin sebab ni lah dia tak datang sekolah." Aiden hanya mengangkat bahu. Malas nak kisah. Bukan masalah dia.

"Tapi kan. Kalau diorang kena tangkap, kenapa tak masuk berita. Mustahillah kalau tak masuk berita. Diorangkan usahawan berjaya. Terkenal dekat banyak negara." Amsyar menggelengkan kepala.

"Entah tak tahu. Nanti diorang dapat tahu lah tu. Mungkin masuk berita waktu kita dekat sini." Aiden mengangguk. Ada betulnya. Mungkin dah masuk berita dah pasal benda ni. Cuma mereka sahaja yang tak tahu. Iyalah, mereka di kem. Kawasan dekat sini pulak kadang kadang ada line, kadang kadang tak. Mereka bukannya ada dekat kawasan bandar.

"Aku syak kan. Ini apa yang aku syak lah. Qalish kut yang nak langgar Aireen hari itu." Aiden berkerut dahi.

"Kenapa pulak?"

"Dendam dengan kau. I think. Lagipun mungkin parents dia tuduh kau yang buat semua tu. So, dia pun nak balas dendam." Amsyar memberi pendapat.

"Okay. Kalau macam tu, kenapa dia aim Aireen untuk kena langgar? Aku tak rasa dia aim aku." Aiden memandang Amsyar. Amsyar kelihatan berfikir sebelum mengangkat bahu.

"I don't know. Aku rasa kita kena cari tahu. Kalau betul Aireen ada kena mengena dalam hal ni. Takkan kau nak berdiam diri kan. Kekasih pujaan hati tu. Betul tak?" Dalam diam, Amsyar menyakat. Aiden mengangguk tanpa sedar. Betul, dia kena tahu. Kalau apa apa jadi pada Aireen nanri macam mana. Dalam diam Amsuar tersengih.

'Dah suka tapi tak nak mengaku. Macam inilah member'

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now