🔫 •BAB 26•

2K 103 4
                                    

Aireen tersengih seorang diri.

"Dah dah lah tu sengihnya. Tidur! Dah pukul berapa dah ni." Tegur Lara. Aireen cuma senyum. Indahnya malam ni. Entah entah ini semua mimpi. Aireen menggeleng kepala. Dia ketawa kecil.

"Yang kau ketawa apahal? Jangan buat takut aku Reen. Dah tengah malam ni." Seriau Mikayla melihat rakannya itu. Dari tadi senyum lepastu ketawa. Mana orang tak fikir lain.

"Ketawa pun salah." Masam muka Aireen. Member nak gembira pun tak boleh.

"Tahulah dah bahagia, tak payahlah tunjuk sangat. Kesian orang single ni. Dahlah tak ada yang nak." Ujar Qaseh. Aireen ketawa kecil. Iya dia terima lamaran Aiden.

"Aireen! Aku suka kau. Nak jadi girlfriend aku tak?" Aireen memandang Aiden tak percaya.

D-dia tak bertepuk sebelah tangan?

Baru sahaja Aireen ingin memberi jawapan, Aiden menghalang terlebih dahulu.

"Aku tak terima 'tidak'. Just yes or yes?" Kata Aiden. Aireen mencebik.

"Apa function bagi pilihan kalau macam tu?" Aiden hanya mengangkat bahu. Dia menunggu jawapan Aireen.

"Terima, terima, terima." Orang lain menyokong. Aireen berfikir.

"Dah tak ada pilihan kan. So, yes. Saya terima je." Balas Aireen. Aiden senyum suka.

Macam ni ke rasa bila crush balas perasaan kita?

"Cieee"

"Kapal lagi satu nak lalu."

"Wuish siapa lagi nak confess malam ni?"

Dan macam macam lagi suara yang kedengaran. Dan sekarang dia secara official jadi girlfriends Aiden.

"Tidur Aireen. Dah dahlah tu. Aku tampar juga nanti." Teguran itu mematikan lamunan Aireen. Cis, nak berangan sekejap pun tak boleh. Tak syok betullah.

"Iya, nak tidur lah ni." Geram geram jugak. Tapi tetap Aireen membalasnya. Dah mari kita tidur. Esok kita bergambar sepuasnya dekat sini.

"Selamat malam." Kata Lara.

"Selamat malam." Yang lain membalas. Beberapa minit lepas itu, dengkuran halus mulai kedengaran. Semua tidur kepenatan.

"Ambil korang punya je ye. Jangan ambil orang lain punya pulak." Pesan Abang Hazim. Mereka mengambil telefon masing masing. Seperti yang dijanjikan, hari last disini telefon mereka akan dipulangkan. Jadi hari ini mereka akan mengambil gambar sepuas puasnya. Lagi lagi dengan berlatar belakangkan laut. Uish, perfect!

"Jadi kami benarkan untuk korang buat sesuka hati kamu. Nak ambil gambar ke, nak duduk santai ke, nak duduk bergosip ke, terpulang. Harini memang diberi kebebasan. Tapi kalau nak amik gembar dekat laut, korang hati hati. Dekat situ licin. And, pukul 11 je korang balik semula ke sini. Ada taklimat sebelum korang bertolak pulang pukul 12. Faham?" Yang lain mengangguk. Masing masing menunjukkan riak teruja. Tidak sabar ingin buat hal masing masing.

"Okay, korang boleh pergi." Tanpa membalas, semua serentak berdiri. Mereka mencari kawan sebelum membuat hal sendiri.

"Jom, pergi dekat jambatan semalam." Ajak Mikayla. Yang lain mengangguk. Sesi menggambar. Mereka pergi ke jambatan semalam. Kelihatan beberapa pelajar turut ada di situ. Mengambil gambar bersama rakan mereka.

"Siapa nak tolong ambilkan gambar?" Tanya Qaseh.

"Am! Amsyar!" Panggil Mikayla kuat. Amsyar yang sedang berbual bersama Aiden berpaling. Dia mengangkat sebelah kening. Mikayla memberi isyarat tangan supaya dia kesitu. Aiden turut mengikuti.

"Hah, apahal?" Tanya Amsyar. Aiden dan Aireen berbalas senyum. Lara dan Qaseh yang melihat menggulingkan mata ke atas. Tahu lah taken, tak reti hormat orang single ke?

"Tolong ambilkan gambar kitorang boleh?" Tanya Mikayla.

"Apa aku dapat kalau tolong kau?" Tanya Amsyar semula. Mikayla membuat muka malas. Hah inilah manusia, suruh tolong sikit pun nak mintak upah.

"Tak pelah. Aku suruh Aiden je." Kalut Amsyar dibuatnya. Orang nak bergurau pun tak boleh.

"Aku gurau je lah. Ish", balas Amsyar. Geram dia dibuatnya. Ingatkan nak kenakan orang, last last terkena diri sendiri.

"Bak sini phone kau." Amsyar merampas telefon Mikayla. Mikayla menjelingnya. Main ambil je. Cubalah mintak baik baik. Kan bagus. Tapi tak pelah, asalkan orang tu nak tolong ambilkan gambar, dia okay je.

Bermacam gaya dan posing yang mereka ambil. Dari gambar berempat jadi berdua. Lepastu mereka mengajak Amsyar dan Aiden bergambar sekali. Tidak lupa juga pasangan kekasih baru. Mereka turut mengambil gambar bersama. Sudah bosan dengan latar belakang laut, mereka beralih pula ke tempat lain. Masa berlalu begitu pantas. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Sudah sampai masa untuk mereka kembali berkumpul di dewan.

Cikgu Radi memberi sedikit taklimat. Well, jangan percaya jika cikgu kata dia ingin memberi 'sedikit' sahaja taklimat. Sedikit dia tu ada lah dalam 30 minit. Taklimat itu pun hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ada yang menunjukkan reaksi mengantuk. Ada juga yang tertidur.

"Dijemput kelima lima fasi kita kedepan." Semua fasi beratur di hadapan. Cikgu Radi menyampaikan sedikit cendera hati untuk fasi fasi itu. Setelah itu, Cikgu Radi memberi peluang untuk semua fasi memberi sedikit ucapan. Sedar tak sedar, sekarang dah pukul 12 tengah hari. Bas juga sudah menunggu. Akhirnya mereka dilepaskan. Beg dimasukkan ke dalam bas.

"Duduk tempat haritu ke?" Soal Aireen. Mikayla mengangguk. Mereka mengambil tempat seperti waktu mereka menaiki bas. Aiden dan Amsyar di belakang mereka. Sayangnya, Lara dan Qaseh mengambil bas yang kedua. Jadi mereka tidak dapat bersama sama dengan Aireen dan Mikayla.

"Jajan ada lagi tak?" Tanya Aireen kepada Mikayla. Mikayla mengangguk. Dia keluarkan jajan dari dalam beg yang memang dibawa ke dalam bas.

"Nah." Dia menghulurkan jajan itu kepada Aireen. Aireen tersenyum suka.

"Makan je tau." Tegur orang di belakangnya. Cemberut muka Aireen.

"Biarlah saya lapar." Balas Aireen. Aiden tersenyum. Amsyar memandang tidak puas hati. Asal senang sangat Aiden dapat hati Aireen? Dia dari awal tahun try hard nak dapat hati Mikayla. Tapi dia tak dilayan pun.

It's not fair!!

"Kau apahal pandang aku macam tu? Tak puas hati?" Soal Aiden sambil tersenyum sinis. Amsyar mendengus kasar sebelum memejam mata. Tidurlah. Lagi bagus. Daripada dia tengok pasangan kekasih baru di sebelahnya ini. Rasa loya pulak tekak nanti.

"Dah sampai nanti kejut aku." Pesan Amsyar.

"Okay." Aiden mengangguk. Dia kembali memandang gadis di hadapannya. Dari belakang pun cantik. Apatah lagi dari depan. Dia tersenyum lebar.

Mikayla yang perasan pandangan Aiden cuma buat tidak tahu. Walhal dalam hati hanya dia dengan Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan dia. Rasa nak cekik orang. Ni kalau dia tampar ni memang sedap. Cepat cepatlah habis sekolah, boleh suruh diorang kahwin cepat cepat.

Sama seperti Amsyar, Mikayla turut memejam mata. Tidur. Tak sanggup nak melihat aksi sweet pasangan itu. Karang ada yang jadi arwah sebab tak hormat orang single.

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now