🔫 •BAB 42•

2K 110 8
                                    

Aireen memandang ke arah langit malam. Fikiran dia bercelaru setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Adrian.

"Aireen. Along nak cakap sedikit." Ujar Adrian tiba tiba sewaktu semua berkumpul di ruang tamu. Aireen memandang pelik. Asal macam seriua semacam je ni.

"Apa? Cakap je lah." Semua mata disitu memandang ke arah Adrian. Aireen memberi sepenuh tumpuan kepada Adrian.

"Tadi, waktu Reen tak ada dekat rumah, ada orang datang." Kata Adrian. Aireen mengangguk.

"Okay, lepastu?" Tanya Aireen.

"Along tak nak lah cakap panjang panjang. Pendekkan cerita, ada orang masuk minang Reen." Terang Adrian. Aireen terkelu mendengarnya.

"Okay, jadi along... Along terima ke?" Soal Aireen. Jujur dia kata, dia berharap sangat Adrian tidak menerima lamaran itu. Lama Adrian diam sebelum perlahan lahan dia mengangguk.

"Along terima." Aireen menghela nafas kasar.

"Tapi, kalau Reen nak putuskan pun along okay je." Kata Adrian ingin menyedapkan hati Aireen. Lama Aireen diam. Kepalanya sarat memikirkan banyak hal.

"Siapa orang itu?" Tanya Aireen lagi. Dia perlu pastikan siapa orangnya.

"Diorang suruh rahsiakan siapa orangnya. Diorang kata, diorang tak nak malukan orang tu kalau Reen tak terima." Jelas Adrian. Aireen mengangguk faham.

"Reen kenal tak dia tu siapa?" Adrian berfikir.

"Maybe no, maybe yes." Jawab Adrian.

"Bagi Reen masa lah. Reen nak fikir dulu. Reen tak nak buat keputusan yang terburu buru." Kata Aireen. Adrian mengangguk faham.

"Baiklah. Cincin ada dekat atas meja bilik Reen. Itu pun kalau Reen perasan lah. Kalau Reen setuju, Reen pakai cincin tu, kalau Reen tak setuju, Reen bagi pada along. Nanti along pulangkan semula pada diorang. Okay?" Aireen mengangguk faham.

"Reen masuk bilik dulu." Aireen meminta diri. Adrian mengangguk."

Cincin di atas mejanya dipandang.

Setuju atau

Tak?

Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia buntu. Jika orangnya Aiden, pasti dia akan terus terima. Tapi ini, orangnya juga dia tak tahu.

Tapi kalau alongnya terima, pasti orangnya menepati cita rasa along. Along pun orangnya memilih. Lagi lagi untuk menjadi adik iparnya. Aireen meraup mukanya. Ah buntu!

Dia mengambil telefonnya. Nak call Aiden atau tak?

Nak?

Tak payah?

Nak?

Tak payah?

"Ish tak payahlah. Nanti nampak macam terhegeh hegeh pulak." Dia meletak kembali telefonnya. Dia berbaring di atas katil.

"Tidurlah dulu. Besok baru fikir." Kata Aireen kepada dirinya sendiri.



Tok tok

Meja diketuk. Orang dihadapannya mengangkat kepala. Fokus sangat nuat kerja sampai orang datang pun tak perasan.

Melihat ada orang yang datang, dia segera berdiri. Ingin menyambut tetamu dengan hormat.

"Iya cik. Cari siapa?" Tanya orang dihadapannya.

"Ethan ada?" Tanya Aireen. Orang dihadapannya mengerutkan dahi.

"Ethan? Siapa?" Tanya orang dihadapannya kembali. Aireen menepuk dahinya perlahan. Lupa pula dia yang orang lain memanggil Ethan, Aiden.

"Maksud saya, Aiden. Aiden ada?" Orang dihadapannya membuat mulut berbentuk 'O'.

"Ouh, Tuan Aiden. Ada, dia ada dekat dalam. Cik nak jumpa dia ke?" Aireen mengangguk.

"Cik ada buat appointment ke dengan Tuan Aiden? Sebab kalau cik tak ada buat apa apa appoinment, cik tak boleh jumpa dia." Terang orang dihadapannya. Kecewa Aireen dibuatnya.

"Kalau saya nak jumpa dia sekarang tak boleh ke? Suruh dia keluar jumpa saya ke tak boleh ke?" Soal Aireen. Orang dihadapannya menggelengkan kepala.

"Tak bolehlah cik. Lagipun tuan Aiden tengah mesyuarat berdua dengan pengurus besar." Jelas orang dihadapan Aireen.

"Pengurus besar?" Orang dihadapannya mengangguk.

"Dato Eiskandar." Aireen mengangguk faham. Papa Aiden rupanya.

"Erm tak apa lah..." Aireen memandang nama di tudung orang dihadapannya.

"Hana. Nama saya Hana." Bagitahu orang itu. Mungkin dia perasan Aireen melihat namanya.

"Ouh okay. Tak apa lah Hana. Eh bolehke saya panggil awak Hana?" Hana mengangguk sambil tersenyum. Aireen membalas senyuman itu.

"Boleh saya tunggu dekat depan ni tak? Sampai dia keluar?" Aireen meminta izin. Hana seperti berfikir.

"Boleh kut. Tapi cik tak kan nak tunggu? Saya takut lama je mereka berbincang." Kata Hana.

"Tak apa. Saya tunggu je. Dah lama ke diorang dekat dalam?" Tanya Aireen meminta kepastian.

"Lama jugalah. Kejap lagi keluar lah tu kut. Tapi kalau cik tunggu, lepas diorang habis mesyuarat saya boleh tanya tuan Aiden yang ada orang nak jumpa dia." Hana memberi cadangan. Aireen mengangguk sambil tersenyum.

"Boleh juga."

"Cik duduklah dulu dekat sofa tu." Aireen mengangguk lagi. Dia duduk di atas sofa itu.

"Uish, sedap juga sofa ni." Puji Aireen sendiri. Kedengaran pintu dibuka. Aireen memandang ke arah pintu Aiden.

"Eh Reen." Aireen tersenyum memandang Dato Eiskandar.

"Papa." Tegur Aireen. Dato Eiskandar sendiri yang menyuruh dia memanggilnya sebegitu. Mama juga bersetuju akan hal itu. Dato Eiskandar membalas senyuman itu.

"Datang sini nak jumpa Aiden ke?" Soal Dato Eiskandar. Aireen mengangguk.

"Haah. Ada hal sikit nak cakap dengan dia." Dato Eiskandar mengangguk faham. Dia memandang ke arah Hana.
"Bagi je dia masuk okay. Tak pe saya kenal dengan dia." Hana mengangguk. Patuh akan arahan Dato Eiskandar.

"Baik Dato. Cik masuk lah." Kata Hana. Aireen mengangguk.

"Terima kasih pa." Dato Eiskandar cuma tersenyum sebelum berlalu pergi. Aireen mengetuk pintu pejabat Aiden.

"Masuk." Setelah mendapat izin, dia segera masuk ke dalam. Kelihatan Aiden masih tekun akan kerjanya. Langsung tidak melihat siapa gerangan yang masuk ke dalam pejabatnya.

"Kenapa Hana? Ada apa apa ke?" Tanya Aiden tanpa mengangkat kepalanya setelah seminit berdiam diri.

"Hana?" Aiden mengangkat kepalanya. Terkejut dia melihat gerangan yang disangkanya Hana itu.

"Reen. Kau buat apa dekat sini?" Soal Aiden pelik. Sampai cari dia dekat office pulak tu. Reen menggenggam kedua dua tangannya. Nervous pulak tiba tiba.

"Reen?" Panggil Aiden lagi.

"Saya... Saya ada benda sikit nak cakap dengan awak." Aiden mengangkat sebelah keningnya.

"Benda? Apa? Pasal apa? Kalau pasal yang dekat pantai hari itu, tak perlu kut. Aku tak nak cakap apa apa pasal hal tu. Lupakan je lah apa yang aku cakap hari itu. Kau buat je macam tak ada apa apa yang berlaku." Kata Aiden tanpa mengetahui apa yang ingin disampaikan Aireen. Kecewa Aireen mendengarnya.

"B-but..." Aiden memotong percakapannya.

"Aku rasa tak ada benda kut yang nak dibincangkan. Kau balik je lah Reen. Aku pun sibuk ni. Okay? Balik je. Sorrylah aku tak dapat nak hantar kau balik. Maklumlah aku busykan." Ujar Aiden. Sedikit kasar pada pendengaran Aireen. Aireen tahan air mata daripada jatuh. Hati dia sakit mendengar kata kata Aiden. Seolah olah Aiden dah tak nak berjumpa dengan dia. Jahat sangat ke dia ni?

Terima kasih sudi baca (;

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now