🔫 •BAB 4•

2.9K 154 17
                                    

Aireen yang melihat Qalish sedang berjalan ke arahnya mulai cemas.

Gulp!

Dia menelan air liur. Qalish senyum apabila dia melihat Aireen mulai cemas. Suka apabila orang takut akannya. Dia menyentuh pipi Aireen. Belum sempat dia ingin menyentuh, tangannya dipusing ke belakang.

"Arggh." Tegang wajah Aiden ketika ini. Iya! Dia yang memulas tangan Qalish ke belakang.

"Don't touch her!" Qalish tersenyum sinis. Dia sedaya upaya melepaskan tangannya yang digenggam Aiden sebelum memberikan tumbukan ke arah Aiden. Jika sebelum ini dia tidak melawan, tapi kali ini tidak. Dia membalas.

Aiden membalas tumbukan pada abdomen Qalish. Melihat Qalish yang menunduk menahan sakit, dia melayangkan tumbukan sekali lagi pada abdomen Qalish sehingga dia terduduk di tanah. Tak cukup dengan itu, dia menyepak kepala Qalish sehingga dia terbaring di atas tanah. Aireen yang melihatnya jelas tergamam.

Wat de! Kalau tahu pandai lawan asal tak lawan tadi.

"Huh lemah," ujar Aiden sebelum memandang Aireen. Tajam matanya melihat ke arah Aireen.

"Kau kenapa datang balik. Aku dah suruh kau pergi kan." Aireen menunduk.

"Maaf." Aiden menjelingnya. Aireen memandang ke arah Qalish yang tidak sedarkan diri.

"Kau..."

"Tak pernah berubah." Qalish bangun dari pembaringan sebelum meluru ke arah Aiden.

"Hoi", semua pasang mata tertumpu ke arah seseorang yang memandang tajam ke arah kami. Cikgu disiplin.

Mampos!

"Apa kamu semua buat ini? Fikir gangster lah tu bila bertumbuk. Sampai berdarah pulak tu. Apa saya nak cakap dekat ibu bapa awak nanti?" Mereka hanya diam berdiri di depan cikgu disiplin.

"Cakap dengan saya sekarang, siapa mula dulu?"

"Aiden cikgu. Dia yang tumbuk saya dulu." Tajam Aiden memandang Qalish. Suka hati je menuduh.

"Betul Aiden?" Aiden hanya diam. Tidak berniat untuk membela diri.

"Tak cikgu. Qalish mula dulu. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Aiden tak balas pun waktu Qalish pukul Aiden. Tapi bila Qalish nak pegang saya baru dia pukul Qalish." Terang Aireen.

"Saya peninglah. Siapa yang betul, siapa yang salah. Awak, Aiden. Takkan takde nak cakap apa apa?" Aiden menggelengkan kepala.

"Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni. Sebab saya tak tahu siapa yang start dulu. Jadi macam ini, saya bagi peringatan terakhir. Kalau saya dapat tahu kamu berdua bergaduh lagi. Saya tak akan teragak agak nak bagi awak hukuman. Faham?" Mereka hanya mengangguk. Sekurang kurangnya mereka terlepas dari hukuman.

"Dah. Kamu semua boleh keluar."

"Ethan", panggil Aireen. Aiden memandang Aireen. Dingin.

"Aku dah cakap kan jangan panggil aku Ethan." Aireen hanya buat tak endah sahaja.

"Ikut saya", arah Aireen. Aiden mengerutkan dahi. Tapi dia masih mengikuti Aireen sehingga mereka tiba di...

Bilik Kesihatan?

"Kau nak buat apa pergi sini. Kau cedera ke?", soal Aiden sebelum memandang Aireen atas bawah.

"Ehem." Aireen berdehem. Malu bila dipandang sebegitu rupa.

"Bukan saya. Tapi awak tu. Dah jom masuk." Aireen menyuruh Aiden duduk di salah sebuah katil. Dia mengambil first aid kit sebelum duduk bersebelahan dengan Aiden.
Dia mengambil kapas dan dengan berhati hati dia meletakkan di hujung bibir Aiden. Uish mesti sakit.

Aiden memandang Aireen tanpa lepas.

"Kenapa awak pandang saya macan tu?", soal Aireen. Malu bila ditenung sebegitu rupa.

"Aku ada mata. Tak salah aku nak pandang apa pun." Aireen menggulinkan matanya ke atas. Seketika matanya tertumpu pada tangan Aiden.

"Bagi tangan awak."

"Kau nak buat apa?"

"Bagi jelah." Aireen mengambil plaster lalu menampalnya di tangan Aiden. Aiden mengangkat keningnya.

"Huh?"

"Tangan awak luka. Saya tampallah plaster", terang Aireen.

"Tahu. Tapi perlu ke gambar kartun?"
Aireen mengangguk.

"Perlu. Comelkan?" Aiden hanya tersenyum nipis sebelum senyumannya mati.

"Ehem. Dah habiskan? Aku nak keluar." Aireen hanya mengangguk. Aiden berlalu keluar dari bilik kesihatan. Aireen memegang dadanya. Bukan dia tak perasan akan senyuman Aiden tadi. Fuh.

Aireen mengetuk pintu kelas sebelum berlalu ke mejanya di sebelah Mikayla.

"Cikgu mana?", tanya Aireen. Mikayla memandang Aireen. Tidak sedar akan kehadiran Aireen di sebelahnya kerana sibuk melukis.

"Ouh. Semua guru panitia math dan sains ada mesyuarat." Terang Mikayla. Aireen hanha mengangguk.

"Kau pergi mana? Lambat kau masuk kelas."

"Aku..." Terhenti percakapannya bila seseorang menyampuk.

"Huh. Kau tak tahu ke? Qalish dengan Aiden gaduh sebab dia." Aireen hanya diam di tempatnya. Tidak menyangkal apa yang dikatakan oleh Qaseh. Faham akan perangai Qaseh yang memang anti dengannya. Tidak tahulah mengapa.

"Heh. Kau perempuan. Tak tahu malu eh kau. Bukannya cantik pun. Itupun ada orang yang gaduh sebab kau." Sinis Qaseh tersenyum. Aireen tetap diam di tempatnya. Malas mahu cari gaduh. Kang ada yang masuk bilik disiplin kali kedua.

Panas hati Qaseh melihat Aireen yang tetap diam. "Eh kau perempuan. Bisu dah ke. Takde mulut nak cakap?" Aireen masih diam. Tidak tahan akan perangai Aireen, Qaseh menghentak kuat meja Aireen.

"Huh. Mak bapak kau tak ajar ke? Aku tanya kan. Tak reti nak jawab?" Tajam mata Aireen memandang ke arah Qaseh. Pantang bila Qaseh bercakap soal ibu bapanya.

Dia bangun dari tempatnya. Qaseh mulai tersenyum sinis. Aireen menghampiri Qaseh dengan berani. Matanya memandang tepat pada mata Qaseh. Qaseh berundur ke belakang apabila Aireen semakin mendekat sehingga badannya berlanggar dengan dinding. Aireen tersenyum sinis.

I just wanna play along...

Aireen berdiri di hadapan Qaseh. Dia memegang pipi Qaseh sebelum menepuknya dengan agak kuat.

"Jangan main dengan mak bapak aku. Sabar aku ada limit dia." Sejurus dia berkata begitu, dia kembali duduk di tempat duduknya. Qaseh hanya memandang dengan riak tidak puas hati sebelum berlalu ke mejanya. Rakan sekelas mereka hanya diam. Tidak bising seperti selalu.

"Kau okey tak?", tanya Mikayla. Risau akan kawan baiknya yang hanya diam dari tadi. Aireen hanya mengangguk. Tiada mood nak bercakap. Mereka berlalu ke perhentian bas.

"Abang kau dah sampai?" Aireen menggeleng.

"Harini aku balik naik Ary. Abang aku tak dapat ambik." Terang Aireen. Mikayla hanya mengangguk sebelum perasan akan kelibat kereta abangnya di seberang jalan.

"Wei. Abang aku dah datang. Aku balik dulu tau."

"Aik. Bukan ibu kau ke yang biasanya ambik?" Mikayla mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Hmm. Dah pergilah. Nanti lama pulak abang kau tunggu." Mikayla mengangguk sebelum melintas jalan. Aireen hanya memandang. Bunyi deruman motor berkuasa tinggi menyentakkannya. Dia memandang motor yang baru sahaja melepasinya.
Terbit senyuman nipis di bibir.

Ethan

Eh. Apahal aku senyum ni.

Mati senyuman di bibir Aireen. Motor yang berhenti di hadapannya di jeling sekilas.

"Lambat." Aryan hanya tersengih memandang kakaknya.

"Sorrylah. Cikgu bagi taklimat sikit tadi. Cepatlah naik. Aku nak balik." Aireen menjelingnya sebelum mengangkat kainnya sedikit. Nasib baik dia memakai seluar di dalam. Takdelah orang nampak aurat dia nanti.

Terima kasih sudi baca :)

Vote and comment

<3

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now