🔫 •BAB 29•

1.7K 82 2
                                    

"Why?" Tanya Tyler. Dia tidak puas hati dengan Aiden.

"Maaf." Hanya itu yang boleh Aiden kata.

"Maaf? Semudah itu?" Aiden dipandang tajam. Aiden mengangguk. Tyler ketawa sinis.

"Perlu ke kau lepaskan dia?" Aiden diam. Ketika ini, keputusan yang terbaik adalah memilih untuk diam.

"I'm asking you!" Keras nada suaranya. Pandangan tajam dari Tyler dibalas.

"Yes, perlu." Tyler mengetap rahang. Aiden sedang mencabar kesabaran dia sekarang ini.

"You should kill him!" Tegas Tyler. Aiden menggeleng kepala.

"No! Aku ada agama. Islam tak bagi untuk membunuh. Ingat! Kau dengan aku lain. Kita beza agama! Kalau kau boleh buat macam macam, aku tak boleh!" Terang Aiden. Suasa di sekitar mereka berubah tegang. Amsyar cuma diam. Tidak mahu mencampur tangan. Jika perlu, baru dia masuk campur.

"Then, you just give me that bitch. I'll kill him." Kata Tyler.

"Sebab tu aku tak hantar dia pada kau. Nanti kau bunuh dia!" Balas Aiden. Tyler menggulingkan mata.

"What's wrong with you?" Soal Tyler. Aiden mengerut dahi.

"What?" Tanya Aiden kembali. Tidak faham.

"Agama kau tak boleh membunuh. Jadi, hantar je lah pada aku. Aku sendiri akan hantar dia jumpa tuhan secepat mungkin. Susah sangat ke?" Aiden meraup muka.

"Aku tak nak kau membunuh lagi Tyler. Cukuplah!" Tyler membuat muka malas. Lagi lagi perkara ini. Tak habis habis.

"Stop! Aku tak nak dengar kau berceramah dekat sini." Tyler menghentikan Aiden. Tak pasal pasal nanti Aiden berhujah sampai tahun depan.

"Kau tahu siapa yang lepaskan pengkhianat akan dikenakan hukuman kan?" Aiden telan air liur. Lambat lambat dia mengangguk.

"Ikut aku sekarang." Arah Tyler.

"Fine! Biar aku kena hukuman. But, please. Jangan cari budak tu. Aku dah lepaskan dia." Tyler menggeleng.

"No, cannot. Pengkhianat tetap pengkhianat. Dan kau mungkin akan jadi salah satu pengkhianat jugak sebab lepaskan budak tu." Kata Tyler lagi.

"Tyler, please." Aiden memegang lengan Tyler. Tyler melepaskan pegangan. Kalau orang lain nampak ni, mungkin dia kena cop gay. Huish tak mau! Tyler memandang Aiden. Terdesak sangat budak ni.

"Fine! Kali ini je." Aiden mengangguk.

"Ikut aku." Suruh Tyler. Aiden cuma mengikut.

"Wait!" Halang Amsyar yang sedari tadi hanya berdiam diri melihat perbalahan di antara Tyler dengan Aiden. Tyler mengangkat sebelah kening.

"Yes? What do you want, Amsyar?" Soal Tyler. Amsyar teguk liur. Seram dengan aura seorang Tyler Andrew.

"Biar aku kena sekali dengan Aiden. Kitorang berdua yang setuju nak lepaskan budak tu. Jadi tak adil kalau Aiden kena seorang." Ujar Amsyar. Tyler memandang Aiden.

"No! Tak payah. Tak ada kena mengena dengan kau pun benda ni." Tegas Aiden.

"Aku buat keputusan dengan kau. Takkan kau sorang je yang kena?" Amsyar tak puas hati. Tyler memeluk tubuh. Mari tengok drama!

"Aku cakap tak payah, tak payah!" Aiden mencerun tajam memandang Amsyar.

"Aku ikut!" Degil Amsyar.

"Tak!"

"Ikut!"

"Tak payah!"

"Hoi hoi. Jangan macam budak budak sangat boleh?" Kata Tyler geram. Perangai macam budak budak betullah dua ekor ni.

"Senang cerita macam ni lah. Aiden seorang je okay. Lagipun aku tak de masa ni. Ada benda aku nak kena settle. Jadi tak ada masa sangat. So, kau. Ikut aku." Kata Tyler sambil menunjuk ke arah Aiden. Aiden cuma mengangguk. Amsyar memandang tidak puas hati.

Tyler dan Aiden masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik itu dipenuhi dengan senjata. Ada juga tempat untuk bersenam. Dan di tengah tengah bilik itu ada satu gelanggang.

"Disebabkan kau tu sepupu kesayangan aku, jadi aku kasi senang sikit ye hukumannya." Kata Tyler sambil menekankan perkataan 'kesayangan'.

"Tak guna senjata?" Tyler menggeleng.

"Ke kau nak?" Aiden menggeleng. Tyler tersenyum sinis.

Mereka berdiri di tengah tengah gelanggang. Tanpa menunggu lebih lama, Tyler menumbuk perut Aiden. Aiden terundur ke belakang. Senak wei. Aiden berdiri tegak meskipun sakit masih dirasai.

"Tak nak balas?" Tanya Tyler sinis. Aiden menggeleng. Penumbuk dilepaskan di pipi kiri dan kanan. Pecah bibirnya.

"Uish darah. Esok kau sekolah kan? Cuti je lah esok." Pesan Tyler. Acah prihatin. Kali ini, rahang Aiden pula ditumbuknya. Aiden jatuh. Dia menggigit bibir bawah. Menahan sakit.

"Nak aku tolong tak?" Tyler memandang Aiden. Jelas dari mukanya seperti mengejek. Aiden menjelingnya. Dia bangkit dari duduk.

Kaki dilayang ke kepala Aiden. Sekali lagi Aiden jatuh. Kepalanya rasa berpusing.

"Ouh my god. Are you okay?" Jelas tidak ikhlas dari suaranya. Aiden memandangnya tajam. Dia bangun. Tidak boleh bersabar lagi. Dia menumbuk rahang Tyler. Tyler senyum. Ini yang dia nak.

"Yes, balas Aiden. Ini yang aku tunggu. Bukan diam je." Dia menumbuk Aiden tapi Aiden cekap mengelak. Tanpa memberi peluang, Tyler menumbuk Aiden berkali kali. Ada yang dia mampu elak, ada yang tidak mampu. Dia terduduk lemah. Penat!

"Come on, Aiden. Tak fun lah. Cepatnya kalah." Aiden menjelingnya. Lawan Tyler memanglah kalah. Tengoklah siapa tyler. Cucu pertama keluarga Andrew. Pewaris syarikat Andrew. Ketua mafia bagi kumpulan Andrew. Senang cerita, Tyler bukan calang calang orang. Silal besar nak dibuat main.

"Haish. Lemah lah kau ni. Dah lah bangun. Kau pun budak sekolah lagi. Tak nak lah aku buat lebih teruk. Dah kau pergi balik. Kalau tak mampu bawak motor, kau suruh je lah Am hantar. Motor kau nanti aku suruh budak aku hantar." Suruh Tyler. Aiden bangun dari duduk. Mereka keluar dari bilik itu. Amsyar bangun dari duduk. Terkejut dia melihat Aiden yang berdarah. Tidak teruk sangat, tapi... Teruklah tu!

"Aiden." Panggil Amsyar. Jelas kerisauan pada matanya.

"Kau hantar lah dia balik. Aku nak keluar lepas ni." Amsyar mengangguk. Dia memapah Aiden keluar dari penthouse Tyler.

"Kau okay?" Tanya Amsyar risau. Aiden cuma mengangguk. Tak larat rasanya dia nak bercakap.

"Balik rumah keluarga kau ke?" Soal Amsyar. Aiden berfikir seketika. Nanti mesti kena soal. Ah biarlah. Aiden mengangguk.

"Okay." Amsyar memberi helmet kepada Aiden. Aiden mengambilnya. Dia naik atas motor. Belum sempat dia ingin pergi, matanya tertumpu pada seseorang.

"Den." Panggil Amsyar.

"Hurm."

"Itu bukan Qalish?" Aiden memandang ke arah yang dimaksudkan. Iya benar. Itu Qalish. Dia berdiri di depan penthouse Tyler. Apa dia buat?

"Dia buat apa dekat penthouse Tyler?" Tanya Amsyar. Aiden memerhati Qalish. Dia juga ingin tahu.

"Kita balik dulu. Aku penat." Ajak Aiden. Penat rasanya dia nak memikir pada waktu ini. Amsyar mengangguk. Dia ikut sahaja. Motornya mula membelah jalan raya.

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now