🔫 •BAB 45•

2.3K 101 2
                                    

"Cantik tak?" Tanya Aireen. Dia menunjuk blouse berwarna pink cair kepada Aiden yang sedang duduk di kerusi. Dari mana datang kerusi tu pun dia tak tahu. Tadi tak ada pun.Aiden mengangguk.

"Kau nak ke?" Soal Aiden. Kalau nak dia belikan. Alang alang tu cepat sikit habis. Lenguh kaki dia berjalan dari tadi. Ingat hari ini nak cari barang untuk perkahwinan diorang je, tapi dah nama pun perempuan. Mesti nak masuk semua kedai. Tapi bukannya beli pun.

"Tak nak lah. Mahal!" Balas Aireen. Baju satu je dah beratus. Memang tak lah dia nak membeli. Mampu memang mampu tapi tak nak lah membazir duit.

"Dah jom lah. Kita balik. Kesian saya tengok awak. Penat sangat ke tunggu saya?" Tanya Aireen. Aiden mengangguk.

"Penatlah. Dah lah masuk hampir semua kedai, last last tak beli pun." Aireen ketawa kecil. Alah kesian bakal suami kita.

"Jom lah kita balik. Saya pun dah penat." Aiden mengangguk. Dia pun dah penat.

"Kau keluar dulu, aku ada benda jap nak cari." Aireen mengerut dahi. Cari apa? Tanpa bertanya dia hanya menurut. Dia keluar dahulu dari kedai itu. Tidak lama kemudian, Aiden keluar dari kedai. Aiden menghulurkan satu beg kertas kepada Aireen.

"Apa ni?" Aireen mengambilnya. Dia melihat isi dalam beg kertas itu. Membulat mata Aireen melihat isinya. Baju blouse berwarna pink cair tadi.

"Kenapa beli? Kan mahal ini." Tanya Aireen. Aiden mengangkat bahunya.

"Entah lah. Tiba tiba rasa nak beli." Aireen memandang Aiden tak percaya. Boleh pulak macam tu.

"Untuk saya ke?" Aiden menggelengkan kepalanya. Masam muka Aireen. Ingatkan untuk dia.

"Untuk bakal isteri aku." Wajah masam Aireen bertukar ceria. Dia tersengih.

"Siapalah bakal isteri awak tu kan. Mesti cantik." Puji Aireen kepada 'bakal isteri' Aiden. Aiden menggulingkan matanya.

"Puji diri sendiri nampak." Kata Aiden. Aireen ketawa kecil.

"Jom lah balik. Dah lewat ni. Kang Adrian marah aku pulak." Ajak Aiden. Aireen mengangguk. Tidak sabar rasanya dia nak pulang. Masuk bilik lepastu baring atas katil. Lepastu tidur. Uish bestnya!





Pelamin yang berada di hadapannya dilihat. Aireen tersenyum sendiri. Nanti dia akan duduk atas pelamin ni. Tidak sabar rasanya. Tinggal dua hari sahaja lagi dia akan bergelar isteri orang. Dan pada waktu itu, dia perlu mengikut Aiden ke mana sahaja. Mesti dia kena tinggalkan adik beradik dia. Wajah Aireen bertukar sedih.

"Kenapa muka macam itu? Dah nak kahwin kan. Kena lah senyum sikit. Kasi manis sikit muka tu. Baru nampak cantik waktu dekat atas pelamin nanti." Ujar Adrian tiba tiba. Aireen memandang Adrian di sebelahnya. Masam wajah Aireen.

"Kenapa ni? Kenapa muka macam ini? Aiden buat hal ke? Dia sakitkan hati Reen? Hah? Cakap dengan along. Tahu lah dia nanti kalau dia buat apa apa dekat adik along. Dia tak tahu lagi siapa Adrian." Kata Adrian. Aireen memeluk alongnya secara tiba tiba. Terkejut Adrian dibuatnya. Belakang badan adiknya ditepuk perlahan.

"Kenapa ni?" Tanya Adrian risau. Tiba tiba je perangai adik perempuannya jadi macam ini.

"Ada masalah ke?" Aireen menggelengkan kepalanya.

"Habistu?" Tanya Adrian lagi. Aireen cuma diam.

"Cuba bagitahu along. Reen sakit ke?" Aireen menggeleng lagi.

"Jadi?" Soal Adrian. Aireen meleraikan pelukan.

"Nanti Reen dah nak kahwin. Mesti Reen kena ikut suami Reen kan? Jadinya Reen kena tinggalkan along dengan Ary ke? Tak boleh ke kalau Reen tinggal dengan along, tinggal dengan Ary? Reen tak nak jauh dari along. Tak nak jauh dari Ary." Luah Aireen. Air matanya jatuh ke pipi.

Adrian mengesat air mata Aireen. Dia tersenyum hambar. Dia juga fikir benda yang sama. Semakin mereka membesar, semakin mereka ada kehidupan sendiri. Dia tahu, suatu hari nanti adik adiknya pasti akan meninggalkan nya. Mengikut pasangan masing masing. Tapi apa dia boleh buat? Terpaksa menerima kenyataan dengan hati yang separuh lera separuh tidak.

"Reen. Dengar cakap along ni okay? Reen kalau dah kahwin nanti, Reen akan ikut suami Reen. Reen tak boleh tinggal dengan along lagi. Bukan ke tugas isteri adalah untuk mengikut suami dia ke mana sahaja? Walau hujung dunia sekali pun. Reen kena ikut dia sebab syurga Reen ada pada dia. Kalau Reen nak tinggal dengan along, habistu nanti Aiden macam mana?" Aireen diam menunduk. Dia mengangkat bahunya.

"Sebabtu Reen kena ikut dia. Tinggal dengan dia. Lagipun along pun nak ada masa sendiri dengan isteri along, anak anak along. Kalau Reen tak ada kan senang. Along boleh buat apa apa je. Lepas Reen dah keluar dari rumah ni, tinggal turn Ary pulak. Bila lah budak tu nak keluar juga." Kata Adrian. Aireen memukul bahu Adrian. Ada ke along dia cakap macam tu. Sakit tau hati kita ni!

"Ary baru 22 tahun long. Agak lah nak kahwin pun. Kasi dia belajar dulu. Lagipun dia tu mana ada calon." Aireen mengutuk adiknya. Waktu macam ini lah best nak kutuk adik sendiri. Sekali sekala.

"Siapa kata tak ada?" Adrian memandang Aireen penuh makna. Aireen membulatkan matanya.

"Dia ada?" Adrian mengangguk. Lagilah Aireen bertambah terkejut.

"Siapa?" Adrian menangkat sebelah keningnya berkali kali. Aireen berfikir. Dia menutup mulutnya selepas seseorang bermain di dalam kotak pemikirannya.

"Nisa?" Tanya Aireen meminta kepastian. Adrian mengangguk sebelum mereka ketawa bersama.

"Sumpahlah?" Adrian menangguk.

"Macam mana kau tahu?" Adrian menepuk dadanya.

"Come on. Ni Adrian lah. Semua benda dia tahu." Adrian memuji diri sendiri. Aireen menggulingkan matanya ke atas. Acah betul abang dia ni.

"Kau ni. Yek yek je. Entah entah andaian kau je. Ary ada cakap ke?" Tanya Aireen meminta kepastian. Kang silap silap adik dia tak ada perasaan pun pada Khanisa.

"Tak ada lah cakap. Cuma... Ish aku kan abang dia. Aku tahu lah. Kau apa tahu?" Balas Adrian. Memanglah dia teka je, tapi gerak hati seorang abang ni terlalu kuat mengatakan adiknya itu suka akan Khanisa. Aireen membuat muka menyampah.

"Baik tak payah cakap. Aku pun boleh buat andaian sendiri. Aku rasa mesti Ary suka mak cik bedah." Aireen turut membuat andaian. Adrian boleh takkan dia tak boleh?

"Mak cik bedah? Siapa tu?" Tanya Adrian. Macam pernah dengar. Tapi yang mana?

"Mak bedah yang jual kuih tepi jalan itu." Jawab Aireen. Adrian ketawa kuat. Bukannya dia tak tahu Aryan pernah kena ngurat dengan mak cik bedah itu. Dah tua tua pun tetap nak mengurat orang. Orang yang lebih muda pulak itu.

Uwerk. Uwerk.

"Pergi tengok anak kau tu. Dah nangis dah budak itu." Suruh Aireen. Adrian cepat cepat naik ke biliknya.

"Tidur awal. Jangan tidur lambat." Sempat Adrian berpesan. Aireen cuma mengangguk sambil tersenyum.

Terima kasih sudi baca :)

Btw, cerita ni dah nak tamat. Rasanya lah °-°
<3


ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now