1-Hayera Talia

1.7K 61 0
                                    


TALIA menapak masuk ke dalam perkarangan hospital. Jam tangannya dikerling sekilas menunjukkan pukul 10.30 malam. Senyumannya diberikan kepada jururawat yang bertugas malam ini. Matanya memandang suasana hospital yang masih ramai dengan orang di ruangan kecemasan ini. Seseorang yang dicari masih belum tiba.

Sedar dia sudah terlewat. Tadi, Talia berjanji pada Megat Raed akan datang pada jam 10 malam untuk menghantarkan kek yang dia buat di bakeri tadi. Tak sangka dia tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh kemalangan tadi.

"Talia?"

Talia merasakan bahunya disentuh dari belakang terus memalingkan tubuhnya melihat gerangan yang menegurnya. Bibirnya terus melebar dengan senyuman apabila melihat wajah seseorang yang memanggilnya tadi.

"Eh, Kak Fisa! On call juga ke malam ni?" tanya Talia ramah kepada wanita lewat 20-an itu yang berbaju putih bersih.

"Haah, kena on call malam ni. Talia datang sini cari Doktor Raed ke?" soal Nafisa sambil matanya melihat tangan gadis itu yang penuh dengan plastik yang berisi kotak kek.

Mesti untuk Doktor Raed. Untung la Doktor Raed dapat bakal isteri rajin buat manisan itu ini. Bisik hatinya perlahan.

Nafisa berkenalan dengan Talia beberapa tahun yang lalu. Selalu dia nampak Doktor Raed dengan Talia kemana-mana. Selain itu, Hayera Talia ini sangat ramah orangnya. Baik hati. Mula dari itu Talia dan Nafisa mula rapat.

"Tadi Talia janji nak hantar kek dekat abang Raed. Customer cancel last minutes. Lagipun, red velvet favourite abang Raed. Itu yang Talia datang bawa untuk abang Raed." Cerita Talia dengan senyuman.

Masih dia ingat tadi apabila customernya cancel order kerana si boyfriend pasang orang ketiga dalam hubungan mereka. Bila Talia nak bagi refund pun gadis itu menolak tidak mahu. Dia yang mendengar ikut panas hati dengan boyfriend customernya itu.

"Rasanya Doktor Raed dalam OR (operation room) sekarang. Tadi ada patient TA (traffic accident). Nak jumpa Doktor Raed memang kena tunggu 2 ke 3 pagi baru keluar OR."

Talia menangguk faham. Hatinya sedikit kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Megat Raed hari ini. Bukan selalu mereka berjumpa. Yang pastinya dalam seminggu, sekurang-kurangnya pasti sekali mereka akan berjumpa.

Namun dia faham, tugas Megat Raed sebagai seorang pakar bedah umum bukan tugas yang biasa. Suatu tugas yang berat yang perlu digalas, bukan saja untuk Megat Raed, tetapi semua doktor, jurawat dan department lain yang bertugas. Kerja sehari-harian adalah tugas untuk menyelamatkan orang. Komitmen sepenuhnya perlu diberikan untuk pesakit mereka.

"Oh, kalau macam tu, nak minta tolong akak pass pada abang Raed boleh?" tangannya menghulur plastik yang mempunya kotak besar berbanding yang lain.

Nafisa menyambut. "Boleh. Nanti akak bagi dekat Doktor Raed."

"Yang ini pula untuk akak dengan yang lain-lain." Dia menyerahkan lagi satu palstik kepada Nafisa.

"Rasuah ke ni?" Tanya Nafisa. Keningnya merangkat sebelah mengusik gadis itu.

"Bukan rasuah, tapi upah." Balas Talia dengan ketawa kecil. Hatinya terhibur dengan kata-kata Nafisa.

"Talia balik dulu lah akak. Nanti sampai rumah lambat, ibu membebel. Happy working kak Fisa. Chaiyok!"

Nafisa melambai tangannya apabila ternampak kereta Talia ingin keluar dari kawasan tersebut. Hatinya kuat mengatakan yang seorang Hayera Talia itu menyimpan perasaan kepada doktor kacak Megat Raed Baihaqi. Bukan dia seorang saja yang sering nampak gadis itu dengan doktor kesayangan staff disini, staff yang lain juga pernah nampak mereka bersama.

Tapi setakat yang dia tahu, Megat Raed Baihaqi itu abang sepupu kepada Hayera Talia. Dan acap kali juga Talia mengatakan benda yang sama. Talia sering menafikan perasaannya.

Nafisa menggelengkan kepala. Tangannya yang memegang plastik-plastik kek itu dipandang sekilas sebelum berlalu untuk menjalankan tugasnya malam ini.



BADANNYA dibaringkan diatas katil. Rasa penat seharian di cafe hilang begitu saja apabila bila rasa selesa dengan keadaan itu. Telefon di bawah bantal diambil. Menaip beberapa perkara yang perlu dia lakukan di cafe dan juga penghantaran kek ke beberapa tempat.

Traffic accident. Setiap kali dia mendengar perkataan itu, jantungnya pasti berdegup kencang. Sakit terasa kadang-kadang. Tubuhnya seperti trauma untuk mendengar perkataan itu. Pernah beberapa kali Talia ceritakan perkara itu kepada Megat Raed. Respond Megat Raed mengatakan itu tindak balas bagi mereka yang pernah trauma dalam sesuatu perkara.

Dalam hal ini, Talia beranggapan yang tubuhnya pasti trauma dengan kemalangan jalan rasa disebabkan dia juga mangsa dalam kemalangan jalan raya.

Talia pandang pergelangan tangannya. Bukti kemalangan yang meninggalkan parut dalam hidupnya. Selain itu, ayahnya, Encik Hassan juga meninggal dalam kemalangan itu.

Matanya juga dulu pernah hilang upaya untuk melihat. Namun dia bersyukur tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perderma seperti orang lain.

Rasa bersalahnya tak pernah hilang terhadap si ayah yang meninggal tetapi dia masih hidup. Seringkali Talia menangis kerana dia tidak boleh mengingati susuk tubuh ayahnya. Kenangan apa yang dia ada bersama ayah, langsung dia tidak tahu. Sekarang, dia boleh terima segalanya kerana ini adalah takdir untuk dia dan ibunya.

Teruskan hidup tanpa seorang ayah. Teruskan hidup tanpa dia kenal sesiapa pun dalam hidupnya pada usia 18 tahun dulu, memang sangat mencabar. Terjaga dari koma selama 3 bulan itu, telah mengubah hidupnya. Dia cuma ada ibu.

Megat Raed adalah sepupunya. Anak kepada maklongnya. Megat Raed Baihaqi dan Megat Raes Ukasyah. Pasangan kembar seiras yang seorangnya doktor, seorang lagi tentera laut.

Dia sekadar rapat dengan Megat Raes tidak seperti rapatnya hubungan dia dengan Megat Raed kerana lelaki itu sering bertugas di lautan. Sesekali mereka berjumpa, lelaki itu ramah dengan soalan tentang dirinya dan kadang bercerita suasana tempat kerjanya.

Jam sudah menunjukkan angka satu. Talia masih menunggu Whatsapp daripada Megat Raed.

Dia tersenyum tawar. Beranggapan bahawa Megat Raed masih dalam OR. Telefonnya kemudiannya diletakkan di tepi katil. Membaca doa tidur lalu terus memejamkan matanya menjemput lenanya datang.


LittleKnowledge with LittleShi

PTSD ( Post-Traumatic Stress Disorder) - a mental health condition that's triggered by a terrifying event — either experiencing it or witnessing it. Symptoms may include flashbacks, nightmares and severe anxiety, as well as uncontrollable thoughts about the event.

(Sumber: Mayo Clinic: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/post-traumatic-stress-disorder/symptoms-causes/syc-20355967 // Google)


030921

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now