10-Larikan Talia!

962 64 1
                                    

Votes ⭐ and comment

HARI minggu. Talia menanti dengan penuh sabar orang yang mahu bertemu dengannya petang ini. Jam tangannya ditilik untuk ke sekian kali. Sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Talia masih menunggu. Sambil itu dia Matcha Tea Latte didepannya. Telefon dimain-mainkan beberapa kali.

Notifikasi yang masuk membuatkan Talia mengambil semula telefonnya. Whatsapp dari Megat Raed yang dia terima kerana Talia datang dengan Grab tadi. mood malas memandu kereta itu datang secara tiba-tiba. 

Pukul berapa nak abang ambil?

-Megat Raed

5.30 ke 6.00 boleh?

Talia tak sure uncle nak jumpa sekejap ke lama.

-Talia

Okay. Abang otw.

-Megat Raed

Sengaja dia mengajak Megat Raed untuk mengambilnya disini kerana malam nanti ibunya mahu membuat makan-makan. Memang itu adat keluarga yang Talia nampak dalam keluarga kecil mereka. Sebulan atau dua bulan sekali pasti Puan Yuhaina atau Puan Yasmeen dan Tuan Megat Amran mengadakan makan-makan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Assalamualaikum. Sorry Talia, uncle lewat sikit." Beritahu Encik Razak atau lebih mesra Talia panggil uncle Razak, teman baik ibu dan arwah ayahnya.

Talia menjawab salam. Dia hanya senyum.

"Tak apa. Tak lama mana pun Talia tunggu. Lagipun uncle ada kerja kan tadi? Tak jadi masalah pun. Uncle tak nak order air dulu?" Talia memandang wajah lelaki yang sebaya dengan ibunya itu. Masih kacak bairpun ada beberapa uban yang terselit disebalik rambut hitam.

"Tak perlu. Uncle rasa Talia nak cepat kan? Malam ni ada makan-makan dekat rumah?" soal Encik Razak pula.

"Haah ya. Ibu beritahu?" Talia menyoal dengan senyuman. Sesungguhnya hatinya hampir keseluruhannya reda dengan apa yang akan berlaku akan datang. Dia sudah terima untuk menyambut Encik Razak dalam keluarganya.

Demi kebahagiaan Puan Yuhaina.

Soalan Talia itu Encik Razak balas dengan anggukan. Dia sedia maklum kerana tahu rutin yang sering dilakukan oleh keluarga Puan Yuhaina.

"Ibu ada beritahu uncle semalam tentang keputusan Talia. Uncle datang nak double confirm dan dengar jawapan jujur dari Talia, is it okay to you kalau uncle dengan ibu Talia berkahwin. Uncle risau kalau Talia tak boleh terima uncle become part of your family." Jelas Encik Razak tentang kerisauannya. Dia mahu dengar sendiri dari mulut anak gadis itu tentang penerimaannya.

Talia pandang lagi lelaki itu sekali lagi. Senyumannya masih terbias diwajah. Seperti dia katakan kepada Puan Yuhaina, dia terima asalkan ibunya itu bahagia.

"Jangan risaukan Talia. Saya dah besar uncle. Saya terima tapi bersyarat." Balas Talia pula. Melihat kepada riak wajah yang masih tidak berubah buat Talia yakin dengan jawapan yang dia berikan pada ibunya semalam.

"Apa syaratnya?"

Talia tarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Jaga ibu. Talia harap uncle jaga ibu dan bahagiakan ibu semampu yang uncle boleh. Janji?"

"Tak perlu berjanji kerana itu yang uncle akan buat. Membahagiakan dan melindungi ibu Talia dan juga Talia. Seperti yang uncle pernah berjanji pada arwah ayah Talia dulu."

Terperangkap dalam emosi apabila arwah ayahnya disebut, Talia menahan rasa sebak. Dia tahu, kerana Encik Razak tak pernah culas untuk menjaga mereka.

"Kalau uncle boleh tahu, kenapa Talia terima uncle?"

Talia terdiam. Mencari jawapan dan menyusun ayat untuk menjawab soalan itu yang padanya agak sukar untuk dia menjawabnya.

"Talia nak ibu tak terus terperangkap dengan kesedihan. Talia punca suaminya meninggal dan Talia tak mahu ibu terus bersedih kerana Talia kalau Talia tak setuju. Talia cuma nak ibu bahagia walaupun bukan Talia yang membahagiakan dia. Talia juga yakin yang uncle masih sayangkan ibu, sebab tu uncle masih single kan?" usiknya pada hujang bicara. Dia tahu, Encik Razak masih lagi single sewaktu pertama kali dia mengenali lelaki itu 6 tahun lalu. Kerana itu lebih meyakinkan dia bahawa lelaki itu masih setia dan tulus mencintai ibunya seperti zaman mereka muda dahulu.

Encik Razak ketawa lalu menggelengkan kepala melihat kenakalan Talia. Hatinya bersyukur apabila Talia sudi menerimanya.

"Uncle akan jaga Talia seperti anak uncle sediri walaupun uncle tak pernah ada anak. But I hope, Talia boleh ajar uncle. This is my first time." Pertuturan Encik Razak disambut dengan tawa Talia pula kali ini.

'Ayah, Talia yakin dengan keputusan Talia. Jangan risaukan ibu dan Talia lagi. Kami akan baik-baik saja.' ucapnya dalam hati.

SELEPAS Encik Razak pulang sebentar tadi, Talia masih menunggu kedatangan Megat Raed. Tadi lelaki itu ada mengirimkan pesanan melalui Whatsapp bahawa dia akan sedikit lewat kerana singgah ke supermarket untuk membeli barangan yang dipesan oleh Puan Yuhaina.

Talia memandang sekeling sebelum matanya terhenti pada satu wajah yang dia kenali. Pantas dia bangun menghampiri lelaki yang tidak berapa jauh dari pandangannya. Ada 2 orang lelaki yang turut bersama lelaki itu pada ketika itu.

Bila mata mereka bersambung, Talia terus memberikan senyuman mendekatinya.

"Hye Muiz. Lama tak nampak." Sapa Talia langsung tidak beralih melihat Muiz didepannya.

"Talia?" Belum sempat Muiz berkata apa-apa, Anas terlebih dahulu menyeru nama Talia.

Talia pandang lelaki yang menyebut namanya itu. Wajah yang langsung dia tidak kenali. Talia mengerutkan dahinya. Dia kembali memandang Muiz yang wajahnya sudah pucat dan cuak. Ingin bertanya namun tidak tahu pada siapa.

Muiz bingkas bangun menarik hujung baju lengan Talia berlalu dari situ. Larikan Talia keluar dari kawasan itu yang dirasakan tidak selamat itu.

Disebalik dinding yang memisahkan Talia dan Muiz dari kawan-kawan Muiz. Talia terkebil-kebil memandang Muiz. Menanti apa yang bakal keluar, namun masih tiada.

"Kenapa tarik aku keluar? Ada apa-apa ke? Aa.. lagi satu, macam mana kawan kau tu boleh tahu nama aku? Dia kenal aku ke? Aku kenal dia ke tak? Kawan aku ke du...."

"Talia, Relax! Satu-satu soalan tu. Aku tak dapat tangkap." Potong Muiz akan persoalan Talia yang bagaikan tiada penghujung tadi.

Talia melepaskan nafasnya. Begitu banyak soalannya tadi sampaikan dia rasa bagaikan hilang nafas. Sekali lagi dia melihat Muiz yang berdiri di hadapannya.

"Kenapa kau tarik aku keluar dan kawan kau tu macam mana dia tahu nama aku?" hanya dua soalan dia berikan kepada Muiz kerana padanya soalan itu akan menjawab semua persoalannya sebentar tadi.

"Kawan-kawan aku tu buaya semua. Aku tak nak mereka nampak kau lepas tu nak try memandangkan kau ni boleh dikategorikan manusia yang cantik. Dia orang tahu nama kau sebab dia orang pernah tengok gambar kau dulu dekat IG aku. Ingat?" cerita Muiz menyembunyikan kebenaran yang sebenarnya.

Talia meng'oh'kan saja mendengar jawapan Muiz.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Muiz pula

"Oh, aku jumpa orang tadi. Sekarang tengah tunggu abang Raed datang ambil." Jelas Talia pula.

"Kau dengan Raed tu ada apa-apa ke?"

Talia diam. Namun bibirnya naik tersenyum sedikit. Kemudian matanya menangkap kereta Megat Raed yang sedang bergerak perlahan.

"Abang Raed dah sampai. Aku balik dulu. Nanti kita sembang lagi, okay? Bye!"


271121

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now