41 - Glimpse of Us

915 49 3
                                    

sorry a bit late sebab i dont have enough ide to write one chapter. luckily, ada glimpse of us yg bagi shi inspirasi untuk menulis. so,, vOte, and comment



ENJOY YOUR READING!


AMUKAN Megat Raed ketika itu tidak berkesudahan. Baru sekejap dia tinggalkan isterinya, balik ke bilik tengok Talia dalam keadaan sesak nafas dengan ruam merah hampir seluruh badan. Bila ditanya jururawat yang bertugas, katanya Talia ambil paracetamol kerana demam.

"You guys ni reti baca report pesakit ke tidak, ha?! My wife ada allergic reaction pada paracetamol!"

Report pesakit dihujung katil ditarik kasar.

"Dah tulis terang-terang dekat sini tak reti nak baca ke? Siapa doktor yang bertanggungjawab untuk my wife sekarang?"

"Dr. Rina, doktor. Dia berikan arahan untuk berikan paracetamol pada pesakit. Pharmacist dan juga saya hanya ikut arahan." Jawab jururawat itu perlahan sambil menjeling kearah wanita disebelahnya yang juga berwajah pucat sepertinya.

Semua orang tahu, Dr. Rina ada hati pada Dr. Raed. tapi langsung Dr. Raed tak pandang. Entah-entah, prescribe ubat tu sebab nak arwahkan wife Dr. Raed cepat-cepat. Bisik hatinya.

Dr. Aufarina sudah berubah riak wajahnya menahan malu. Ya memang dia yang prescribe ubat itu kepada Talia. Namun dia langsng tidak tahu isteri Megat Raed tu ada allergic reaction pada paracetamol.

"I'm sorry Dr. Raed. Perkara ni takkan jadi lagi. I promise!" pintanya laju. Bimbang jika dia akan dikenakan sebarang hukuman daripada hospital. Sudahlah diba baru saja menamatkan HO beberpa minggu yang lalu.

"You tahu tak, kalau I lewat tadi..." dia tak dapat meneruskan kata-kata.

Sebaik dia masuk ke bilik rawatan isterinya, Talia sedang sesak nafas. Kesukaran untuk bernafas kerana ada pembengkakan pada saluran pernafasan. Ruam merah juga penuh di badan isterinya. Hati suami mana yang mampu tenang. Selepas dirawat dengan antihistamine, barulah isterinya kembali boleh bernafas semula. Masih memakai topeng oksigen. Namun masih ada merah-merah ditubuhnya.

"Abang... sudahlah. Talia dah okay." pujuk Talia dengan topeng oksigen diturunkan kebawah dagu. Suaranya tersekat-sekat dan kedengaran serak. Tak lepas suaranya untuk keluar.

Megat Raed berpaling. Garang. Serius.

"No, you are not okay! Look at your body. Rashes everywhere!" ujarnya tegas dalam kelembutan. Tidak mahu kalah buat masa ini.

Dia kembali berpaling kepada manusia yang sedang berdiri memandang lantai dihadapannya.

"I akan ambil tindakan undang-undang atas kecuaian..."

"Doctor... please don't do that..."

"Jangan buat apa? You belajar medik dah berapa tahun dah sampai boleh buat kesilapan macam ni? You sendiri tahu allergic reaction boleh membawa maut! Wife I tadi sedang berhadapan dengan maut waktu I tiba. You nak bertanggungjawab ke if 'that' thing happens?!" jerkahnya lagi.

Sengaja dia tekankan perkataan 'that' dalam frasa ayatnya. Mahu perempuan itu sedar, perkara ini boleh membawa maut.

Air mata Dr. Rina yang mengalir itu langsung tidak dapat meredakan rasa marahnya. Mlah perasaan itu makin membuak-buak untuk dilepaskan.

[C] Cukup SempurnaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora