6-Ibu

1K 60 0
                                    

Sorryyyyy kate update. vote and comment boleh after complete this chapter? Thank you :)




PUAN Yuhaina memandang anaknya yang masih gigih membuat kerjanya di hadapan laptop di ruang tamu. Sudah sejam, Talia langsung tidak bergerak dari menatap skrin yang bercahaya itu.

Dia tahu, Talia sangat gigih dalam melakukan kerjanya. Pada usia 20 tahun, Talia mula menjinakkan diri dalam bidang pastry sehinggakan Talia teringin untuk membuka bakeri sendiri.

Talia yang dulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Pada Puan Yuhaina, ini adalah peluang kedua untuk dia didik Talia jadi sebaik-baiknya. Talia sekarang lebih sopan dan lembut berbanding dulu. Dua personaliti yang berbeza, namun adakalanya dia rindu gadis yang pernah berusia 17 itu.

Puan Yuhaina dekati anak gadisnya. Ada sesuatu yang perlu di bincangkan tentang kehidupan mereka akan datang. Sesuatu yang mungkin Talia menolak. Mahu tak mahu dia perlu tanyakan dahulu tentang penerimaan anaknya itu.

"Buat apa Talia?" Tanya Puan Yuhaina lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Talia kalih memandang ibunya dengan sedikit senyuman.

"Buat kerja sikit bu. Kenapa?"

Dia bangun dari bersila duduk di atas sofa bersama-sama ibunya. Dia perhati wajah ibunya yang masih cantik, namun berkerut seperti ada masalah yang sedang melanda wanita itu. Selepas pemergian ayah, ibu satu-satunya orang yang buat dia bangkit dari kehidupan yang kelam.

Dulu tiap malam dia dihambat mimpi ngeri setiap malam selepas kemalangan itu, ibu yang mendodoinya kembali tidur sampai ke pagi. Oleh sebab itu, dia tidak mahu melukankan hati wanita yang menjaganya dari kecil itu.

Membahagiakan ibunya adalah yang keutamaannya buat masa sekarang. Hidupnya jatuh pada tempat kedua.

"Café okay ke sekarang? Ibu tengok lately ni Talia busy sangat dengan urusan café sampai bawa balik rumah. Dulu tak macam ni pun. Ada masalah apa-apa yang ibu boleh tolong? Masalah kewangan ke?"

Talia yang mendengar soalan ibunya yang bertalu-talu itu terus meletus tawanya. Terhibur dengan sikap ibunya yang mahu membantunya menguruskan café itu.

"Ibu ni. Tanya la satu-satu. Pening Talia nak jawab. Café okay je bu. Tak ada masalah. Cuma Talia tengah cari supplier baru untuk café sebab supplier yang sekarang ni tak boleh nak supply banyak barang sangat. Tu Talia tengah buat cari sambil kira-kira untuk costing café." Jelas Talia pada ibuya panjang lebar.

Puan Yuhaina jarang sekali masuk campur tentang pengurusan café itu. Wanita itu masih mempunyai kerjayanya sendiri sebagai seorang doktor di kliniknya sendiri. Cumanya kadang-kadang ibunya terpaksa pergi ke hospital juga yang sama dengan Megat Raed. Megat Raed pun bercita-cita jadi seorang doktor disebabkan terinspirasi oleh ibunya.

"Kenapa ibu nampak macam ada masalah je ni? Ada apa-apa masalah yang ibu nak share dengan Talia ke?"

"Ya. Ibu ada benda nak cakap sikit ni pada Talia. Ibu tahu, mungkin berat untuk Talia terima tapi, ibu harap Talia pertimbangkan dulu apa yang ibu akan cakap ni." Kata Puan Yuhaina.

Talia mengangguk beberapa kali. Sabar menanti patah bicara yang bakal ibunya keluarkan biarpun jantungnya sudah berdegup kencang bagai mahu pecah.


TALIA mengatur langkahnya masuk ke unit kecemasan. Suasana tidak sibuk seperti selalunya. Megat Raed terpaksa on call pada waktu begini membuatkan dia datang untuk memberikan Megat Raed yang lelaki itu pesan sebelum dia menutup cafenya tadi.

Matanya meliar mencari susuk tubuh Megat Raed. Tadi Megat Raed kata dia akan tunggu di unit kecemasan. Telefon di dalam beg dicapai dan nombor Megat Raed dihubungi.

"Abang Raed dekat mana?" matanya masih melihat sekeliling yang mungkin akan ternampak kelibat Megat Raed lalu.

"Kejap. Abang turun. Talia ada dekat kecemasan kan?"

"Talia naik bilik abang Read boleh tak? Talia nak mengadu ni."

"Masalah apa pula kali ni?"

"Bagi la Talia naik dulu baru Talia cerita. Lagipun Talia beli nasi ayam untuk abang Raed ni."

"Ya, sila lah naik bilik abang." Mendengar kepada persetujuan Megat Raed, Talia terus tekan button lift untuk ke bilik Megat Raed.

Buka saja pintu lift, wajah Nafisa dan juga nurse yang lain memandang Talia terkejut. Mereka keluar dari lift.

"Nak jumpa doktor Raed la tu..." kata Nafisah dengan nada usikan.

Talia ketawa perlahan.

"Iya. Akak baru nak balik ke?"

Nafisah mengangguk menjawab soalan Talia.

"Talia naik atas dulu. Bye akak!" selepas berpamitan, Talia terus memboloskan dirinya ke dalam lift. Sempat dia melambai pada Nafisah sebelum pintu tertutup penuh.

Talia menolak pintu bilik yang renggang itu. Kelihatan Megat Raed sedang menaip sesuatu di komputer melakukan kerjanya. Mungkin membuat rekod untuk pesakitnya. Talia masuk membuka luas pintu itu. Tak mahu ada sebarang gosip melanda buat Megat Raed biarpun ramai yang tahu hubungan mereka sebagai sepupu itu.

"Sibuk ke?" Megat Raed mengangkat kepala melihat kepada orang bertanya. Terus dia renggangkan ototnya yang terasa keras. Lenguh.

Tadi sengaja dia menyuruh Talia untuk membawanya espresso. Dah alang-alang Talia telefon bertanya tentang apa yang dia mahukan, terus dia ambil peluang itu.

"Tak ada lah sibuk. Tengah tulis thesis abang. Mana nasi ayam abang? Abang dah lapar teruk dah ni. Last makan pagi tadi dengan Ziyad." Beritahu Megat Raed tanpa disoal. Tadi selepas round ward, tak sempat dia untuk menjamah makanan disebabkan ada pembedahan kecemasan. Tak tak nak, dia sebagai doktor bedah umum kena turun padang. Lagipula, peluang ini diambil untuk melengkapkan trainingnya sebagai bakal doktor pakar.

Nasi ayam dihidangkan di atas meja yang tersusun kemas dengan beberapa fail di satu sudut. Nampaknya Megat Raed sudah bersedia dari awal kerana dulu kalau dia naik bilik lelaki ini, memang penuh dengan fail, kertas dan buku-buku medik yang Talia sendiri tak tahu untuk membacanya. Bahasa Inggeris tapi langsung dia tak faham biarpun MUET band 6.

Megat Raed bangun membasuh tangan di singki yang ada dalam biliknya. Begitu juga Talia. Kemudian, dia kembali duduk dan membuka bungkusan nasi ayam itu untuk dirinya dan Talia. Setelah Talia kembali duduk bersama-sama segelas air kosong, Megat Raed terus menadah tangan untuk membaca doa makan.

"Kenapa muka tak manis langsung ni? Masalah apa yang Talia nak mengadu dekat abang? Stress dengan kerja ke apa?" soal Megat Raed prihatin. Dia risau kalau ada perkara yang menganggu Talia apatah lagi selepas bertemu dengan Muiz beberapa hari lepas. Bimbang kalau ingatan Talia akan kembali biarpun itu merupakan perkembangan positif, namun sangat negatif untuk Talia ingat semula.

Lagi pula, tak mustahil Talia akan berjumpa dengan orang lain selepas ini. Malaysia ini bukannya besar mana. Pusing-pusing pasti akan bertemu juga. Yang dia risaukan adalah memori Talia yang Talia lupakan.

Megat Raed kembali merenung wajah Talia yang perlahan saja pergerakkannya menyuap nasi ke dalam mulut.

"Makan la dulu. Talia pun lapar gila ni."



151021

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now