38 - I don't want to... live anymore...

773 60 2
                                    

tak minta lebih... nak votes nad comment jerrr


TIDUR panjang Talia akhirnya berakhir. Suasana putih dengan tangannya yang yang dipasang IV drip membuatkan sedar dan tahu dimana dia sekarang. Telefon di sebelah jag air dicapai. 

Dicongak bilangan hari. Masih pada hri yang sama. Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Hampir seharian dia tidak sedarkan diri. Mimpinya yang terasa sangat panjang itu hanya memakan masa setengah hari untuk dia ingat hampir keseluruhan cerita.

Kepala terasa pening mengimbas satu persatu kejadian yang membuatkan dia berada disini sekarang. Mimpi itu benar-benar telah membuatnya sedar siapakah dirinya pada masa dulu. Talia yang dulu dan Talia yang sekarang, dua personality yang sangat berbeza.

Kejadian bilik hotel dengan lelaki bernama Naufal. Kata-kata Naufal ketika itu. Tangisan dia di tangga kecemasan. Kemunculan Muiz dan... mimpi panjangnya.

Talia tahan nafas. Dadanya terasa sesak tiba-tiba. Dan serentak itu air matanya jatuh bercucuran. Tanpa henti. Tanpa mampu dia kawal. Kerana dia tahu, betapa hancurnya hatinya sekarang mengetahui perkara 6 tahun lalu yang dia sendiri cuba sembunyikan dari diri sendiri.

Yang dia sendiri padam untuk dirinya.

Talia bangkit merentap IV drip yang berada belakang tangannya sehingga keluar titisan demi titisan darah. Dia pandang tanpa perasaan sakit. Hanya kosong. Lalu dia berlalu keluar dari bilik dengan langkah yang perlahan dan badan yang terhuyung-hayang. Cuba menstabilkan langkahnya dengan yang kian lemah.

Bukan saja fizikalnya terasa sangat lemah. Mentalnya juga sangat penat melawan segala rasa yang terus-menerus menyalahkan dia.

"Puan Talia? Puan nak pergi mana?" tanya seorang jururawat dengan nada suara yang bimbang. Apatah lagi apabila matanya menangkap titisan darah yang mengalir dari belakang tangan Talia.

Jururawat itu kemudian berpandangan dengan jururawat yang lain. Langkah berjaga-jaga seperti yang Dr. Raed katakan. Isteri lelaki itu dalam emosi yang tidak stabil. Fikiran wanita itu berkemungkinan tidak tersusun. Hubungi Dr. Raed atau Dr. Taufiq kalau keadaan diluar kawalan. Itu yang sempat Dr. Raed katakan kepada mereka sebelum lelaki itu berlalu untuk merawat kecemasan.

"Puan tak boleh keluar lagi. Tangan puan berdarah. Mari saya ubatkan dulu." Beritahu jururawat itu lagi sambil menarik tangan Talia untuk masuk ke dalam bilik semula.

"Lepas." Kata Talia lemah. Jemari cuba merungkaikan pegangan jururawat itu.

Pandangannya kian kabur. Otakknya pula tidak memberi kerjasama. Mengulang tayang segala-galanya.

"Tak mungkin..." itu semua mimpi. Namun mengapa parut ditangan kirinya wujud. Kata ibu itu luka kemalangan, tapi mengapa lain yang mimpinya menceritakan yang sebaliknya. Dirinya cuba menafikan segalanya, namun otaknya terus menerus memutarkan memori demi memori yang tidak pernah dia ingat. Seperti ulang tayang segalanya.

"Tapi puan, keadaan puan masih lemah. Puan tak boleh..."

"Aku kata lepas! Aku tak nak ada dekat sini!" Talia meronta kuat apabila seorang demi seorang datang memengang tangannya.

"Jangan pegang! Lepas! Aku nak pergi!" jeritan Talia tiada henti.

"Jangan dekat!"

"Jangan sentuh!"

"Aku tak mahu disini!"

"Puan... sabar puan!"

"Lepaskan aku."

"Give me alprazolam and please... call Dr. Raed and Dr. Taufiq now!"

Pantas jururawat itu membuat kerjanya. Dicapai picagari kosong ditusuk pada botol mengambil cecair alprazolam sebelum dihulurkan kepada doktor yang bertugas itu.

[C] Cukup SempurnaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα