40 - "𝑷𝒂𝒓𝒂𝒄𝒆𝒕𝒂𝒎𝒐𝒍?"

971 52 2
                                    

Vote and comment!!!!

Harini i nak jadi penulis yang psiko. HAHAHA


HANYA tinggal dia seorang. MegatRaed disuruh pulang untuk membersihkan diri. Sekejap lagi suaminya itu akan datang semula untuk menemaninya. Lelaki itu dari selepas dari tadi menemaninya biarpun dia hanya bisu tanpa bicara. Langsung tiada kata yang terkeluar dari bibirnya.

Biarpun dengan tubuh yang penat, Megat Raed langsung tidak berganjak dari sisinya. Kadang apabila lelaki itu melakukan tugasannya, pasti dia akn menitipkan orang untuk menemani dia. sama ada Naira ataupun Aliya. Namun Aliya tidak boleh untuk terlalu lama menemaninya disini. Tugasan di kafe semakin sibuk dan syukurlah ada beberapa orang pekerja baru yang dapat membantu Aliya disitu.

Sejak semalam dia hanya mendiamkan diri sebenarnya. Bila keluarganya dan mentuanya datang, dia juga bercakap sekadar untuk berbahasa. Tidak mahu perubahannya nampak ketara. Biarpun dia tahu, dimata Puan Yuhaina sudah dapat ditangkap gerak geri yang dia lakukan.

Naira dan Muiz pula sudah pulang dua jam yang lalu. Sempat Naira titipkan nasihat atas perkara yang berlaku ini bukan salahnya.

"Cukuplah kau menghukum diri sendiri. Dah tiba masa untuk kau bahagia seperti orang lain. Kalau kau terus menghukum diri, orang sekeliling kau juga akan terus bersedih tengok keadaan kau yang macam sekarang ni."

"Memang aku tak ada ditempat kau. Aku tak boleh nak bagi nasihat macam-macam sebab aku tak pernah lalui pun. Jadi... kalau kau rasa kau nak aku dengar luahan kau, cari aku okay?"

Talia capai telefon di sebelah bantal. Kosong. Tiada notifikasi yang masuk. Terpapar foto dia dan Megat Raed ketika akad nikah. Megat Raed sedang mencium dahinya ketika itu. Senyumannya terukir. Masih dia ingat perasaannya ketika itu. Gembira walaupun dia malu ketika itu. Seorang demi seorang mengusiknnya pada saat itu sehingga mukanya terasa berbahang.

Pintu yang terkatup membuatkan senyuman Talia pudar. Kelibat susuk tubuh yang kini berada dalam satu ruang bersamanya buat dia rasa sesak nafas. Wanita itu. Talia kenal siapa perempuan yang sedang berada dihadapannya ini. Tubuh berbalut dengan kot putih bersama stateskop di leher.

"I never think kau dengan Dr. Raed akan bersama." Suara wanita itu tanpa ditanya.

Talia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu berkata apa. dengan keadaannya sekarang, dia bimbang jika dia melayan, emosinya akan rosak berterusan. Dia sekarang masih cuba untuk tidak melayan segala kata-kata negatif dalam otaknya.

"Dulu, kau ambil Naufal dari aku. Sekarang pula, kau ambil Dr. Raed dari aku. Kau ni memang perempuan yang suka rampas hak orang ke?"

Talia larikan pandangan. Kalau dulu, dia mengaku dia ambil Naufal dari perempuan itu. Dia tahu, Aufarina punya perasaan yang berlebihan terhadap Naufal walaupun waktu itu hubungan mereka sebagai seorang sepupu.

Aufarina anak yatim piatu. Dia kemudiannya dijaga oleh keluarga Naufal. Mereka bersekolah di sekolah yang sama. Jika Naufal dan Talia berada di kelas pertama, Aufarina pula berada di kelas kedua.

"Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap, kau boleh keluar Rina. Sambung kerja kau rawat pesakit, bukannya menyakitkan hati pesakit." Balas Talia mendatar.

Tawa Aufarina kedengaran. Dalam ruangan yang tidak begitu besar ini, tawa itu terasa nyaring menerjah anak telinganya. Dahi Talia berkerut menahan perasaan.

"Kau tu tak layak pun bersama Dr. Raed. Kau tahu kenapa? Sebab kau tu bekas Naufal. Dr. Raed tu berhak dapat yang masih dara, yang masih suci macam aku ni. Kau tak rasa macam tu?" tanya Aufarina dengan sinisnya.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now