9-Ayah Akan Gembira

928 60 4
                                    

Votes and comments! <3


ICED hazelnut latte dan hot americano diatas dulang Talia letak dengan perlahan di atas meja. Wajah pasangan kekasih itu yang datang pada awal pagi begini membuatkan Talia rasa sedikit terhibur.

"Awal datang dating Abang Raes." Tegur Talia sambil melirik orang yang berada di hadapan Megat Raes. Lelaki itu hanya mengangkat kening sekali. Dahulu dia pernah berkata yang dia mahu kenalkan Talia dengan kekasihnya.

"Ulya... kenalkan, ini cousin I." Beritahu Megat Raes.

"Hayera Talia. Panggil Talia je." Talia menghulurkan tangan kearah gadis yang dipanggil Ulya oleh Megat Raes.

"Ulya Hana. Ulya boleh. Hana pun boleh. Mana-mana pun boleh." Ulya menyambut memperkenalkan dirinya.

"Nama yang simple, but nice." Puji Talia apabila dia mendengar nama penuh gadis itu. Mudah untuk dia ingat. Hanya dua patah perkataan dan dua suku kata semuanya.

"Oh, thank you. Tak payah pening-pening untuk orang ingat." Balas Ulya.

"By the way Talia, duduk lah. Boleh kita kenal-kenal." Kata Ulya lagi. Hatinya gembira kerana dapat mengenali gadis yang bernama Hayera Talia itu. Dulu Megat Raes ada juga bercerita tentang sepupu perempuan yang dia rapat tapi lebih rapat dengan abangnya, Megat Raed.

Talia duduk di atas kerusi setelah dipelawa oleh Ulya. Dia mula berbual dari satu perkara ke satu perkara baru dia tahu, Ulya baru saja tamat pengajian master dalam bidang undang-undang. Pernah berkerja sebagai peguam sebelum menyambung pengajian ke peringkat master.

"Ulya memang nak jadi penyarah ke macam mana?"

"Dulu memang minat nak jadi penyarah subjek undang-undang. Tapi bila habis belajar rasa macam sayang pula nak tinggal kerja peguam terus ke penyarah. Lagipun requirement sebagai pensyarah sekarang at least kena ada PhD. Sempat la kot Ulya sambung study. Ulya rasa akan terus stay sebagai lawyer dulu kot. Nanti bila dah bersedia atau dah penat nanti, Ulya tukarlah kerja." Jelas Ulya panjang lebar.

Megat Raes yang bersama mereka itu hanya diabaikan saja. Lelaki itu kadang mengerling dua wanita yang rancak berbual tanpa menghiraukan kewujudan dirinya disitu. Sesekali mereka berdua ketawa sedikit kuat. Nampak macam dah kenal lama.

Megat Raes tahu, Talia sangat ramah orangnya. Mudah untuk diajak berkawan. Seperti Talia yang dulu, sangat ceria orangnya. Melihat kepada perbualan yang tiada penghujung, Megat Raes terus saja berlalu untuk mengambil cheesecake yang berada di kaunter.

"Abang Raes kan?" tegur Qayeed kepada lelaki yang wajahnya sangat mirip dengan Megat Raed. Cuma hanya satu perbezaan yang dia nampak.

"Iya, Raes. Korang memang keliru sangat ke antara aku dengan Raed?"

"Tak adalah bang. Tanya sebab nak confirmation je. Kalau salah orang, kan dah malu."

"Dah tu macam mana boleh cam aku Raes?"

"Abang gelap sikit dari abang Raed. Hehehe." Beritahu Qayeed lalu dia ketawa kecil dengan jawapan sendiri.

"Rasis kau eh."

"Eh mana ada bang. Itu fakta. Kita ni hidup bermasyarakat mana boleh rasis." Tukas Qayeed laju apabila dituduh sebegitu rupa oleh Megat Raes.

"Apa-apa je lah. Ni aku nak bayar semua sekali dengan kek ni. Berapa semua?" Megat Raed mengeluarkan dombetnya di belakang seluar.

"Kak Talia kata tak payah bayar." Beritahu Qayeed. Memang itu yang Talia pernah katakan dulu. Wanita itu akan mengeluar duit sendiri untuk membayar makanan atau minuman yang Megat Raed atau Megat Raes ambil dari café.

[C] Cukup Sempurnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن