17 - White Rose Means...

902 50 0
                                    



"CERIA Kak Talia harini. Ada apa-apa ke?" Tegur Qayeed sebaik saja Talia masuk ke dalam café. Setahu Qayeed, Talia memang sangat ramah dan murah dengan senyuman orangnya. Namu ini kali pertama dia nampak bosnya itu seceria itu semenjak beberapa bulan dia berkerja disini.

Talia mempamerkan senyumannya pada Qayeed namun tiada kata-kata balasan. Dia hanya menggelang lalu terus masuk ke dalam ruang kecil yang dilengkapi dengan komputer, sofa dan juga ruangan solat.

Talia duduk lalu memusing-musingkan kerusi rodaya beberapa kali. Hatinya terasa gembira kerana semalam dia telah mendapat jawapan yang dia inginkan.

Bunyi Whatsapp masuk membuatkan Talia berhenti seketika. Beg tangannya diambil lalu dia lantas mencari telefon bimbitnya. Melihat saja skrin telefon, Talia menggigit bibir menahan semyuman dari terus terukir. Jantungnya rasa nak meletup menahan rasa gembira ini.

Morning my white rose!

White rose means purity, innocence, reverence, a new beginning and a fresh start

It suits for you

For us <3

-Megat Raed

Membaca kepada pesanan itu, Talia rasakan mukanya memanas. Dia ketawa kecil apabila nampak benar Megat Raed untuk menjadi lelaki yang dia impikan.

Morning!

Have a nice day doctor

Don't forget to take you caffeine today.

Abang Raed kena oncall malam ni.

-Talia

Nope!

Abang ubah schedule dengan kawan abang.

Dia ganti.

Abang nak pergi meminang tunang abang malam ni.

Be prepared, sweetheart!

-Megat Raed

Mata Talia terbelalak membaca pesanan yang dikirim oleh Megat Raed sebelum online bertukar last seen. Baru semalam dia setuju, malam ni Megat Raed nak jumpa ibu dan abahnya. Masak!

"Dah la aku tak bagi tahu ibu apa-apa. Mati-mati aku ingat aku selamat malam ni tak payah jumpa dia." omel Talia sendirian tanpa sedar Aliya berdiri dibelakangnnya.

"Jumpa siapa?" Soal Aliya secara tiba-tiba. Dia menarik kerusi berhadapan dengan Talia, lalu diletakkan hot latte atas meja.

"Siapa apa? Tak ada siapa. Mana ada siapa-siapa." Jawab Talia kalut apabila dia disoal begitu.

Pada Talia, Aliya seperti Puan Yuhaina. Tekad dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau nak tahu sesuatu akan diusaha sehabis daya. Seperti sekarang.

Mendengar jawapan gelabah daripada Talia, Aliya angkat kening sebelah dengan senyuman sinis. Menyinis memandang Talia yang menyangka dia tidak tahu apa-apa. Oh, dia mungkin tidak tahu, tetapi dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh kawan baiknya itu.

"Aku mungkin tak tahu apa-apa. Tapi aku tahu ada something jadi. So, tell me. What is it?"

"Aliyaaa..." sengaja Talia meleretkan nadanya memanggil Aliya. Memberitahu Aliya secara tersirat yang dia tidak mahu bercerita tentang hal ini.

"Tak payah kau nak panggil aku 5 harkat macam tu. Aku dah imun. Now, aku tetap nak tahu. Is it about Raed?"

Talia diam. Tidak bersuara. Tidak menjawab. Dia hanya mengangkat cawan menghirup mocha yang dipesan tadi. Matanya lari memandang sekumpulan pelajar yang sedang melakukan meeting.

[C] Cukup Sempurnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن