56 - Pengakhiran

1.6K 52 0
                                    

HUKUMAN penjara seumur hidup yang Datuk Anita kena hadapi tidak setimpal dengan apa yang Talia dan ibunya lalui. Namun apakan daya, undang-undang dunia telah menghukum Datuk Anita sesuai dengan tindakan jahatnya suatu ketika dahulu.

Walaupun separuh hatinya memberontak, namun dia cuba untuk ikhlaskan segalanya. Wajah wanita itu ditatapnya. Wanita itu terus angkuh walaupun selepas menerima hukuman berat daripada hakim. Wajahnya langsung tidak beriak walaupun sesuatu yng berat telah terjadi padanya.

"Kita balik sayang. Jom!" ajak Megat Raed apabila ruangan mahkamah sudah semakin kosong.

Disisinya, ada Puan Yuhaina yang erat mmegang tangannya dari tadi. Langsung tidak dilepaskan sehingga hilangnya kelibat Datuk Anita.

Apabila mereka mula bangun, Tuan Megat Amran dan Encik Razak meghampiri. Talia lantas berdiri tegak dengan Megat Raed memegang pinggangnya erat.

"Tahniah abah, papa!" hanya itu yang terluah. Rasa syukurnya tidak terhingga apabila kematian ayahnya dituntut bela.

DISEBALIK cermin kaca itu, Talia hanya memandang riak wajah beku wanita yang telah menyebabkan kemalangan sekaligus meragut nyawa ayahnya. Talia hanya menghulurkan senyuman pada wanita itu. Angkuh biarpun hidupnya tidak akan seperti dulu lagi.

"Datuk mungkin tak pernah minta maaf pada saya, tapi saya nak minta maaf pada Datuk sebab saya, Datuk terpaksa hidup di sebalik jeriji besi. Maafkan saya sebab terpaksa buat semua ini untuk keadilan yang sepatutnya lebih awal Datuk dapat."

Wanita itu tersenyum sinis. Terhibur melihat gadis muda didepannya ini. Rasa sesalnya datang kerana tidak menghapuskan gadis itu 6 tahun yang lalu.

"I tak hadap dengan maaf you. Sepatutnya you, I bunuh dengan ayah mithali you tu. Oh, sekali dengan anak luar nikah you tu." sinis saja dia berkata-kata.

Talia tahan hati. Dia ingin merungkaikan segalanya. Namun provokasi yang diberikan oleh Datuk Anita benar-benar membuat darahnya menyirap.

Apa? Bunuh dia seperti wanita itu membunuh ayah dan anak luar nikah dia? tak sedarkah wanita itu, janin yang belum sempurna bentuknya itu adalah darah dagingnya?

"Anak saya mungkin anak tak sah taraf. Tapi sekurang-kurangnya dia menanti saya disyurga. Tapi Datuk tahu kenapa dia jadi anak tak sah taraf?" Talia pandang Datuk Anita dengan mata yang kosong, namun senyuman sinisnya terbias. Jika wanita itu mahu menyakitkan hatinya, dia juga boleh.

"Sebab anak Datuk yang Datuk tak beri ajaran yang cukup pada dia. Anak Datuk yang Datuk abaikan hanya kepentingan dunia. Anak Datuk yang telah gagal Datuk didik sampai tarik nyawa diri sendiri. Anak ..."

"Kau!" jerkah wanita itu. Matanya bertakung dengan air mata. Namun Talia hanya abaikan.

"Sekejap. Saya tak habis cakap lagi. Sekurang-kurangnya, anak luar nikah saya adalah anak yang menunggu saya di pintu syurga. Tapi Naufal?" Talia tarik senyuman sinis. Hatinya terasa bersalah kerana menyebut aib Naufal, namun dia juga mahu wanita itu berasa sakit walaupun tak seperti dia rasa sebelum ini.

Datuk Anita mengetap rahangnya. Amarahnya memuncak. Gadis muda dihadapannya ini berani sungguh menyebut cara kematian anaknya. Menilai cara didikan dia kepada Naufal sebelum ini. Dia didik Naufal supaya tidak dipijak oleh orang lain. Namun Naufal yang ingkar akan didikannya.

"Tak ada benda lagi saya nak cakap melainkan saya maafkan segala perbuatan Datuk pada keluarga saya. Saya doakan supaya hidup Datuk akan tenang disini. Assalamualaikum."

SETELAH habis bacaan Yassin, Talia menyuruh Megat Raed menunggunya di dalam kereta terlebih dahulu. Cuaca yang sedikit mendung tidak membataskan dia untuk berada disini. Ada sesuatu yang dia mahu katakan pada Naufal.

Dia tunduk memandang tanah yang masih merah, tempat bersemadinya jasad Ahmad Naufal.

"Kalau kau tahu Naufal, benda yang paling aku menyesal bukan bila kau pergi tinggalkan aku..."

"Tapi bila aku pertama kali kenal kau." Dia angkat kepala melihat batu nisan putih itu. Yang berukir cantik nama Naufal.

"Dan kalau aku mati, hidup kembali pun, aku takkan mahu untuk jumpa kau, Naufal."

Naufal ditemui mati selepas Datuk Anita mengaku perbuatan jahatnya selama ini, sebelum perbicaraan bermula. Lelaki itu datang bertemunya dengan wajah yang kosong, tapi sinar matanya suram dan hampir mati.

Naufal datang berjumpa dengannya untuk minta maaf dengan apa yang terjadi selama ini. Atas segala perbuatan jahat lelaki itu. Atas kematian ayahnya. Atas kehilangan anaknnya. Atas pemergian Laila Raihana. Atas segala penderitaan yang dia dan keluarga tanggung selama bertahun-tahun. Dan lelaki itu juga berjanji untuk tidak akan menunjukkan mukanya lagi di depan Talia dan keluarga

"Aku maafkan kau, Fal. Aku maafkan segalanya yang telah kau buat pada aku. Dan aku yakin, Allah pertemukan aku dan kau, bagi aku ujian yang hebat macam ni bukan untuk melemahkan aku. Sebab kalau itu yang melemahkan aku, aku tak ada di tempat aku sekarang. Aku dah bahagia. Aku dah terima semuanya dengan hati yang terbuka. Dan aku harap... aku harap kau baik-baik saja. Aku minta maaf sebab dah lukakan hati mama kau dengan sebut cara pemergian kau."

Sungguh Talia tiada niat untuk berkata sedemikian kepada Datuk Anita tadi tapi disebabkan mulut Datuk Anita, dia terlepas kata. Dan itu yang membuatkan dia merasa kesal.

"Aku minta diri dulu." Lantas Talia bangun, menggulungkan tikar sebelum berdiri untuk berlalu.

"Sayang okay?" Soalan Megat Raed membuatkan Talia kembali pada realiti. Dia kini berada didalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

"Masih tak percaya dengan apa yang Naufal buat pada diri sendiri." Jawabnya tanpa nada.

Masih segar dalam otaknya apabila dia mendapat panggilan daripada polis tentang kematian Naufal keesokan hari selepas Naufal datang ke rumah mereka.

"Assalamualaikum Puan Talia. Saya Inspektor Razi yang bertanggungjawab untuk kes puan. Saya nak maklumkan bahawa suspek untuk kes puan telah pun meninggal dunia sewaktu kami tiba dengan waran penangkapan." Beritahu inspector Razi padat.

Talia hampir tak benyawa apabila mendengar berita tersebut. Sumpah dia tak pernah sangka...

"Macam mana..."

"Masih menunggu untuk post-mortem tapi kami jumpa mayat Encik Naufal dalam keadaan tergantung."

"He had major depression and also hallucination, sayang. Since dia belajar oversea lagi. Itu rekod yang abang dapat daripada college, abang."

"Habis tu apa yang jadi dengan Aufarina sekarang?"

Itu yang berada daam fikirannya sekarang. Aufarina sebatang kara sejak dulu. Adanya keluarga Naufal telah mengembalikan erti keluarga dalam hidup gadis itu. Tapi sekarang...

"Dia pindah luar negara. Itu last update yang abang tahu."

"Semuanya dah berakhir kan abang?"


251222

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now