47 - Jangan Mungkir Janji

840 46 0
                                    

Happy birthday to me. ehekkk. btw sorry.. Shi agak busy dengan kerja since i dah start kerja right after i ended my internship. btw also,,, i akan grad next year!! im so excited. 

Enjoy youtr reading. okay bye!!



MEGAT Raed menghempas pintu keretanya perlahan, lalu dia berjalan ke bonet kereta untuk mengambil barangan yang dia beli tadi. Sebelum berjumpa dengan lelaki tersebut. Penuh kedua tangannya dengan beg plastik. Bonet kereta kembali ditutup.

Dia menghela nafas dengan mata tertutup seketika sebelum dia membuka kembali matanya dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Tidak mahu dia terbawa emosi berjumpa dengan lelaki itu tadi. Risau jika Talia mengesan perubahannya, yang bukan-bukan akan terjadi antara dia dan Talia nanti. Dia tidak mahu terlalu dibawa emosi biarpun emosinya sedikit terjentik dengan tingkah laku Naufal sebentar tadi.

Dia berjalan menuju ke pintu rumah. Kasut ditanggalkan sebelum dia melangkah masuk.

"Assalamualaikum, sayanggg..." pintu dibuka. Telinganya mendengar sayup-sayup suara menjawab salam tersebut.

Apabila pintu rumah ditutup, matanya mula meliar mencari susuk tubuh kurus isterinya yang langsung tidak kelihatan. Rasanya tadi ada orang menyahut salamnya tadi.

"Where are you, sweetheart?" tanyanya sedikit kuat.

"Dapur. Come here, abang!" sahut Talia.

Megat Raed lantas membawa langkahnya ke dapur.

"Hai sayang. How's your day today?" soalnya sebaik nampak wajah isterinya yang sedang memotong ayam supaya menjadi lebih kecil. Sudah lama Talia tidak menjenguk ke kafe atas arahan yang dia jatuhkan selepas kejadian dulu. Untuk sementara waktu, biarlah Talia di rumah dulu untuk menenangkan diri. Sementelah, Aliya masih boleh untuk menguruskan café itu sendirian dan faham akan keadaan sahabat baiknya sekarang.

Bahan basah diletakkan ke dalam singki manakala sayur yang dibeli tadi diletakkan disebelah singki. Kemudian dia mendekati Talia yang sudah ada disitu, dipeluk tubuh isterinya dari belakang.

"I'm good. Talia buat banyak benda harini dekat rumah. Haritu Aliya ada bagi pokok bunga orkid dekat Talia. Talia gantung dekat taman rumah kita. Lepas tu kemas-kemas rumah, kemas bilik belajar abang, baca buku... lepas tu Naira call ajak bergosip. Banyak benda Talia buat harini, abang!" ceritanya bersungguh-sungguh dengan tangan yang masih ligat memotong ayam.

Megat Raed senyum mendengar celoteh isterinya. Lega bila keadaan Talia baik-baik saja hari ini. Talia menunjukkan progress yang sangat baik setiap hari. Dia lantas menyembamkan wajahnya dileher putih isterinya. Sanggul tinggi itu betul-betul mendedahkan leher putih bersih wanita itu.

"Abang... Talia bau ayam ni. Jangan la peluk macam ni."

"Talia kata nak bagi abang sesuatu. Mana dia?" teringat akan perkara yang Talia nak katakan padanya tadi ketika dia merajuk. Kemudian Talia alihkan perhatian dengan mengatakan wanita itu tunggu dirumah. Nakal!

Talia senyum sedikit sebelum melepaskan pisau ditangan dan membasuh tangannya. Kemudian dia berpaling melihat Megat Raed yang memandangnya dengan muka penuh tanda tanya. Dia lantas menambah jarak wajah antara mereka seinci dekat, dia sengetkkan sedikit wajahnya mendekat ke telinga suaminya.

"Abang patut naik atas dulu. Mandi. Sebab Talia rasa abang bau busuk sekarang ni." Jarak kembali dijauhkan. Senyuman nakalnya terlukis diwajah disusuli dengan muka pasrah Megat Raed.

"No. Abang taknak mandi. I miss you sweetheart!" Dia sembamkan wajah pada bahu isterinya. Menghidu aroma yang wangi disebalik tubuh itu. Hatinya yang tadi dikocak emosi menjadi tenang.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now