13 - Talia's Feeling

939 52 4
                                    

❗❗❗SPOILER ALERT❗❗❗

THIS CHAPTER CONTAIN SEVERAL SPOILER ABOUT SPIDERMAN NO WAY HOME❗

This chapter might be the last chapter I post for this year😥😥

See you next year! Happy New Year!

Votes and comment❤❤❤



"NAH, as abang janji malam haritu tapi tak ditunaikan." Hulur Megat Raed air Sally yang Talia mahukan bersama-sama dua botol tumbler yang Talia mahukan. Ringan terus dompetnya sebaik saja membayar segala yang Talia mahukan.

Namun dia tak menyesal. Melihat senyuman lebar gadis itu sekarang membuatkan hatinya umpama bunga yang kembang. Terasa gembira apabila memenuhi kehendak Talia padahal tumbler yang Talia minta cuma satu.

"Terima kasih, abang Raed!" ucap Talia lalu menyedut air yang ada dihadapannya dengan gembira. Dia sendiri tak sangka apabila Megat Raed menunaikan janji yang mereka buat 5 hari lalu. Langsung tidak kisah kalau tak dipenuhi kerana pada waktu itu dia bukan serius sangat pun. Megat Raed yang pandai-pandai berjanji.

Lepas tu bila Megat Raed mula bertanya apa lagi yang dia mahukan, Talia dengan rasa bersemangat untuk menghabiskan duit Megat Raed terus menyebut tumbler.

"Abang Raed tak beli untuk diri sendiri ke?" soal mereka apabila masing-masing melangkah keluar dari Starbuck. Bukan taknak drive-thru, tadi tadi terlalu banyak kereta yang berbaris berbanding kereta di kotak parking.

"Tak. Abang nak rasa yang Talia punya." Cawan plastik itu ditarik dari pegangan Talia. Selamba Megat Raed menghirup air yang dia belikan untuk Talia tadi.

Talia terpaku. Langsung tiada suara yang keluar. Namun apabila Megat Raed kembali menghulurkan airnya, baru tangan Talia bergerak untuk mengambilnya semula.

"Sedap dan manis. Tak rasa hancur diet ke lepas minum air tu?" soalnya selamba. Dia tahu, Talia tergamam apabila dia dengan selamba menyedut air menggunakan straw yang sama.

"Nanti-nantilah Talia start lah diet balik." Jawab Talia ringkas. Benda senang bukan. Tapi nak buat tu sangat susah. Apatah lagi dia selalu sibuk di café.

Talia menggaru kepalanya. Teragak-agak dia untuk menyedut straw yang telah dinodai oleh bibir Megat Raed sebentar tadi.

Pintu kereta dibuka dan Talia terus masuk ke dalam. Megat Raed pula hanya menghidupkan enjin kereta.

"Talia ada nak pergi mana-mana?" Tanya Megat Raed. hari ini hari minggu. Di pula tidak bertugas di hospital. Lega rasanya bila dapat cuti sekejap biarpun tak lama. Janji dapat tenangkan fikiran. Ada Talia, boleh juga gadis itu teman dia berjalan.

Talia diam sekejap. Berfikir tempat yang mahu dituju. Dah alang-alang lelaki itu bertanya, marilh kita menghabiskan duit Megat Raed.

"Jom tengok Spiderman No Way Home. Aliya  hampir-hampir bagi spoiler dekat Talia tau. Dia kata mind-blowing gilaa Spiderman kali ni." Teruja Talia dibuatnya

Hampir bergaduh juga dia dengan Aliya sebab perempuan tu sengaja nak bagi spoiler tentang multiverse dalam filem tersebut.

Megat Raed hanya tersenyum seraya mengangguk. Layankan je sebab dia pun fans MCU.

Hampir 3 jam, mereka sama-sama keluar dari panggung wayang. Talia yang teruja bercerita keterujaannya tentang 3 orang spiderman yang bergabung dalam satu filem.

"Abang Raed.. sumpah Andrew Garfield handsome gila. Waktu dia keluar tu... fuhhh meremang bulu roma tau!"

"Abang handsome lagi." Selamba Megat Raed menjawab. Matanya mengerling Talia disebelahnya.

[C] Cukup SempurnaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant