35 - Laila Raihana

782 42 5
                                    

DIA meregangkan segala urat sarafnya yang terasa seperti bersimpul dari hujung kepala sampai hujung kaki. Mengeliat dan melakukan senaman ringkas sebelum turun dari katil. Megat Raed tiada dalam bilik, mungkin lelaki itu keluar. Entahlah, Talia tidak tahu. Dia tersangatlah penat pagi tadi. Subuh pun seksa betul untuk dia celikkan mata. Habis saja doa dibaca, terus dia dapatkan katil semula. Mengantuk.

Dia lantas masuk ke dalam tandans. Menyegarkan tubuhnya terlebih dahulu sebelum mencari makanan. Perutnya dari subuh tadi lagi berbunyi. Lapar. Tapi dia lebih sayangkan tidur. Selesai memakai pakaian bersih, Talia keluar dari walk-in-wardrobe. Megat Raed masih lagi tiada. Namun telefonnya masih ada di sisi katil.

Jam diperhati. Sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Laju saja Talia melangkah menuruni ke tingkat bawah untuk meyediakan sarapan. Sampai di dapur kering, ada susuk tubuh lain yan sedang melakukan tugas hariannya.

"Morning sayang! Come here, kita breakfast! Abang masak nasi lemak." Sambal bilis diletakkan.

Kening Talia terangkat. Bagaikan tidak percaya suaminya itu masakkan nasi lemak. Perlahan dia atur langkah mendekati Megat Raed yang mula menanggalkan apronnya. Hmm, memang nasi lemak. Nampak sedap.

"Terima kasih, abang. Talia ingat abang keluar pergi mana-mana tadi. Tak kejut Talia pun."

"You're welcome. Macam mana abang nak kejut. You looked tired. Kesian abang nak kejut. Jom makan dulu!"

Mahu melabuhkan duduk, namun masih ada yang belum lengkap.

"Abang nak air apa? Talia buatkan."

"Nescafe 3 in 1 je lah sayang."

Talia iyakan saja. 3 in 1 pun boleh. Original untuk Megat Raed dan Latte Milk Tea untuk dia. siap menyudahkan bancuhannya, Talia angkat cawan yang masih berasap itu ke meja.

Megat Raed menadah tangan dan doa dibaca. Suapan pertama, keningnya terangkat. Sedap! Boleh tahan juga skill memasaknya ini. Tak sangka pun ada padahal dia ikut resepi google. Diselit resepi Puan Yasmeen ingat-ingat lupa.

"Sedapnya abang masak! Kalah Talia macam ni," puji Talia ikhlas. Sambal bilik itu terasa cukup sempurna. Penambah rasa, gula, garam.. semuanya cukup. Nasi lemak juga terasa enak pada lidahnya. Cukup santan dengan aroma daun pandan yang semestinya Megat Raed ambil dari dalam pasu yang dia tanam.

Pujian itu disambut dengan senyuman. Tangannya pantas mengusap rambut talia yang lembap itu. "Thank you, sayang. Sambung makan."

"Lepas ni, kalau Talia tak ada, mesti abang boleh survive sendiri ni."

Kunyahan Megat Raed terhenti. Matanya tajam menatap si isteri di sebelahnya. Dia tidak suka bila Talia kata begitu. Rasa seperti wanita kesayangannya itu akan pergi tinggalkan dia.

Melihat pergerakan Megat Raed terhenti, Talia mengalihkan pandangan. Mata Megat Raed tajam melihatnya.

"Abang... kenapa?" Liur ditelan. Kelat. Apa yang dia kata tadi sehingga mengguris hati sang suami?

"Abang tak suka Talia cakap macam tu. Cakap macam nak pergi tinggalkan abang."

"I'm sorry, abang," tuturnya perlahan. Jujurya dia tidak faham kenapa Megat Raed nampak begitu marah. Dia cuma bergurau. Tidak sangka guarauannya tidak enak didengar oleh Megat Raed.

Megat Raed menghebuskan nafas. Mendengar kata maaf dari Talia dengan nada yang rendah buat dia rasa bersalah.

Tangan kirinya yang bersih pantas menarik dagu Talia yang tunduk memandang pinggan. Pandangan mereka bertaut.

"Jangan cakap tentang ni lagi. Abang tak suka. Janji dengan abang?"

"I promise. Talia janji tak cakap macam tu dah lepas ni."



"HAYERA Talia binti Hassan owner di TalLiyas' Café dengan seorang kawan baiknya bernama Aliya Nur Ain. Kalau bos nak tahu, 6 tahun lalu selepas bos terbang dari Malaysia, Talia dan ayahnya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang sangat teruk sehinggakan ayahnya meninggal di tempat kejadian."

Jeda.

"Talia koma hampir 2 minggu selepas kemalangan itu. Mengikut rekod kesihatan yang saya dapatkan, dia pernah mengalami PTSD, depression dan akhirnya menyebabkan dia mengidap dissociative amnesia. Hilang seluruh ingatan disebabkan kerana trauma melampau." Sambung Jack lagi.

"Megat Raed dan Megat Raes kembar seiras yang merupakan sepupu kepada Talia. Umur mereka 34 tahun. Megat Raed kerja sebagai doktor bahagian pembedahan umum. Megat Raes, dulu dia kerja sebagai navy, beberapa bulan lepas dia dah tukar profesyen menjadi seorang penyarah di sebuah university. Megat Raes..."

"Siapa suami Talia yang sebenarnya?" sampuk Naufal laju. Dia malas nak dengar panjang lebar ulasan yang PI dia katakan. Dia mahu isi utama.

"Megat Raed Baihaqi. Yang kerja sebagai doktor tu." jawab Jack laju. Dia diberi masa tiga hari untuk mencari maklumat tentang Hayera Talia dan orang-orang di sekeliling wanita itu. Terutama suami wanita itu. Dia tidak kenal, tapi tawaran yang diberikan oleh Naufal sangat menarik minatnya.

"Apa yang kau dapat tentang dia?" sasaran telah ditetapkan untuk menjatuhkan Megat Raed, di perlu tahu kelemahan lelaki itu. Senang untuk dia menjatuhkan orang yang telah mermpas kekasihnya.

Tunggu saja. Masanya akan tiba. Dia akan merancang strategi untuk mengambil semula apa yang pernah jadi haknya dulu.

"Oh, Megat Raed dan Talia tu asalnya sepupu. Mereka sangat rapat. Di hospital, hampir semua staff kenal siapa Talia. Pada awalnya, mereka cuma sebagai sepupu, tapi sekarang mereka dah berkahwin. Ikutkan cerita yang saya dapat tahu, 8 tahun lepas, Megat Raed ada seorang kekasih bernama Laila Raihana."

Laila Raihana. Cantik nama. Mesti orangnya pun cantik. Tapi, Hayera talia paling cantik dimatanya. Naufal tersengih sendiri.

"Mana Laila Raihana tu sekarang? Kata kekasih Megat Raed kan?"

"Mereka bercinta selama 2 tahun. Lepas kemalangan Talia dengan ayahnya, Laila terus hilang. Saya tak dapat cari tentang dia. Tapi kalau bos bagi masa..."

"2 hari. Aku bagi masa untuk kau cari. Lagi cepat kau dapat, aku double bayaran kau. Tinggalkan details yang kau dapat. Kau boleh pergi."

Jack mengangguk dengan senyuman puas sebelum berlalu.

Helaian kertas yang terdambar diatas meja itu dibaca satu per satu. Gambar yang berselerakan juga dicapai. Maksudnya, gambar lelaki dan perempuan yang dia hantar pada mulanya itu bukan Megat Raed, suami Talia? Gambar ketiga itu suami Talia yang sebenarnya? Bodoh kau, Naufal!

Patutlah Talia tidak membalas pesanannya. Wanita itu cuma menelefon sekali sebelum numbernya diblock selepas beberapa hari. Talia bijak. Seperti yang dia sangka.

"Kenapa Laila Raihana hilang selepas kemalangan tu? Megat Raed, Laila Raihana, Hayera Talia... apa kaitan mereka bertiga selain daripada kekasih, sepupu dan suami isteri?"

Otaknya terus berfikir tanpa henti. Banyak misteri yang tidak dapat dirungkaikan.

"Trauma melampau sehingga hilang seluruh ingatan. Aku ke punca trauma melampau dia tu? Takkan lah kan? Aku ni kan punca kebahagiaan dia."

"Jadi macam mana Talia ingat Muiz dan Naira? Talia sepatutnya ingat aku terlebih dahulu berbanding dua orang manusia tu!"

Persoalan demi persoalan yang belegar dalam fikirannya. Teka teki ini harus diselesaikan. Perancangannya harus sempurna.






040623

SHI

[C] Cukup SempurnaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz