18 - The Trio

815 48 0
                                    

Double update for today! happy reading!


LANGKAHNYA nampak bergaya. Megat Raed membetulkan bajunya supaya sedikit kemas setelah bebas dari gaun putihnya. Dia berjalan sambil tersenyum apabila ditegur oleh jururawat dan doktor pelatih yang berjalan sebelahnya.

Ditengah jalan, Megat Raed terserempak pula dengan Ziyad. Lelaki itu senyum misteri.

Dari mahu berjalan terus untuk ke bilikknya, Ziyad berpusing tubuh menepuk bahu Megat Raed.

Megat Raed berpaling mengangkat kening. Dia sudah tahu, selain Syed Taufiq Attar, Faqih Ahmad Ziyad ni pun antara manusia yang berjaya mengorek rahsianya sehingga ke akar umbi.

"Kau nak kemana? Makan?"

Megat Raed angguk sekali.

"Cun! Aku call Taufiq turun makan sekali."

Ziyad mengeluarkan telefonnya dari dalam kot putihnya. Mendail nombor Taufiq sambil berjalan mengikut Megat Raed.

"Macam mana semalam? Kau orang... jadi la kiranya?" Soal Ziyad dengan bibir terukir senyuman sinis.

Megat Raed senyum bangga. Antara mereka bertiga, Megat Raed ingat dia akan jadi orang terakhir menamatkan zaman bujang. Tapi hingga akhir ini, nampak gaya Ziyad akan jadi orang last sekali berkahwin. Itu pun kalau lelaki itu ada niat untuk berbaik dengan Aliya.

Tiba di cafe, mereka berdua mengambil makanan. Syed Taufiq sudah berada di meja didekati.

"Kata ada patient tadi? Laju pula kau turun?" Soal Ziyad. Sebentar tadi dia menghubungi Syed Taufiq, lelaki itu mengatakan ada temujanji dengan pesakit. Tapi, tengok-tengok member dah siap dengan nasi depan mata.

"Patient minta cancel appointment. Alang-alang aku dari ward, terus turun la. Korang yang lambat."

"Kau, Raed. Macam mana?" Soal Syed Taufiq pula.

"Korang ni memang interested betul nak tahu hal aku dengan Talia kan?" Soalan dibalas soalan oleh Megat Raed. Kawan-kawannya ini bagaikan dah macam pakcik-pakcik yang bersembang di kedai kopi versi makcik bawang. Busybody!

Ziyad dan Syed Taufiq ketawa. Cerita Megat Raed dan Talia sangat menarik. Bukan selalu nak jumpa sepupu kawin dengan sepupu. Dan tak semuanya berakhir dengan gembira. Sebab itu mereka ingin tahu.

Tadi dengan Ziyad pun, Megat Raed tidak menjawab. Ini dah kali kedua, dia akan beritahu.

"Hujung bulan depan datanglah majlis aku." Beritahu Megat Raed lalu menyuap makanannya masuk ke dalam mulut.

2 sahabat itu sudah ternganga. Hujung bulan depan?!

"Hujung bulan depan? Asal hujung bulan ni je? Dah alang-alang kau tak reti menyabar, hujung bulan ni ada lagi seminggu je." Sindir Syed Taufiq.

Kalaulah Syed Taufiq tahu yang kawan baiknnya itu memang dah ready nak berjabat tangan tok kadi hujung bulan ni, yang berbaki lagi seminggu... Tapi disebabkan papanya, dia ikutkan juga. Rasa sabarnya terus dipujuk.

"Ini kes lagi tak menyabar dari aku ni. Aku dulu jumpa berapa bulan terus ajak kawin. Tapi tak jadi juga." Suara Ziyad dengan bersahaja mengenagkan sejarah 2 tahun lalu.

"Logik la. Aku dengan Talia dah kenal lama kot. Lagi cepat lagi bagus kan? Tak ada lah aku mengumpul dosa banyak sangat bawa anak dara orang keluar sana sini." Jawab Megat Raed.

"Kau dengan Aliya macam mana?"

Ziyad mengeluh dan tersenyum hambar.

"Masih tak ada jalan. Aku ada jumpa dia haritu tapi, jumpa macam tu je lah."

[C] Cukup SempurnaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum