55 - Futsal

1.1K 52 0
                                    


MERIAH rumah Puan Yasmeen dan Tuan Megat Amran. Semakin meriah apabila Ulya Hana ada bersama-sama mereka malam ni. Setelah sekian lama, Ulya Hana baru dapat memberanikan diri berjumpa dengan Puan Yasmeen dan Tuan Megat Amran secara rasmi. Terdahulu semasa hari perkahwinan Talia dan Megat Raed untuk kali yang pertamanya.

Talia meringankan tulangnya di dapur menolong mamanya mengangkat beberapa makanan ke ruangan makan. Setelah semuanya selesai, Talia labuhkan punggung diatas kerusi sebelah Megat Raed.

Kemuadian suaminya mencedok nasi diletakkan diatas pinggan.

"Sayang nak lauk apa?" soalnya tapi tangannya ligat masukkan semua lauk kedalam pinggan si isteri.

Talia yang tengok hanya ketawa. Tanya kita, tapi tak tunggu jawapan.

"Baik kau tak payah tanya, Raed. Talia tak sempat jawab, kau dah tuang semua masuk dalam pinggan dia. Tak berfungsi pun kalau dia jawab." Selit Megat Raes yang hanya memerhati dari tadi.

Bukan dia tak nampak, betapa sayangnya si abang itu kepada Talia. Dia cemburu sebenarnya melihat kebahagiaan abang sendiri dengan sepupunya. Jiwanya juga mahu lakukan perkara yang sama, namun masih ada batas antara dia dan Ulya Hana.

"Kau tu kalau dah jealous, jangan nak dengki dengan kebahagiaan aku. Biarlah aku nak layan bini aku. Sibuk je." Balas Megat Raed pula.

Dijeling adiknya yang duduk berhadapan dengannya itu.

"Raed, Raes... depan rezeki pun nak gaduh ke? Umur masing-masing dah tua, nak bergaduh macam budak-budak lagi kenapa?" tegur Puan Yasmeen pula.

Terdiam terus dua beradik tu. Talia dan Ulya Hana hanya senyum.

"Abaikan Raes, sayang. Sayang kena makan banyak-banyak. Makan sampai kenyang." Pujuk Megat Raed.

"Ke... nak abang suapkan?" usiknya pula.

Terus peha suaminya itu dicubit. Gatal sangat Megat Raed dekat ibu bapa mereka. Naik segan dia dengan Megat Raed.

"Ni maksu nak tanya, Raes dengan Ulya bila nak pula nak langsung?" Puan Yuhaina menyoal dengan matanya menatap wajah ayu Ulya Hana. Nampak sopan. Sesuai dengan Megat Raes. Anak saudaranya itu pun tak kurang hebat seperti Megat Raed.

"Raes tunggu mama la bagi green light. Mama papa bagi lampu hijau, Raes nak masuk meminang terus." Matanya mengerling Puan Yasmeen dan Tuan Megat Amran yang hanya menggeleng melihatnya.

Dia serius. Kalau mama dan papanya setuju, malam ini pun dia sanggup untuk bawa rombongan meminag untuk Ulya.

"Kamu jangan nak gelojoh macam Raed, ya Raes. Nak meminang pun kena ada preparation. Pinang elok-elok, bawa rombongan elok-elok, baru sebelah sana tak terkejut." Puan Yasmeen menyelit.

"Apa pulak Raed yang kena?"

"Siapa entah yang kata dia tak nak bertunang, nak kawin terus dengan Talia?" usik Puan Yuhaina pula.

Talia tutup mulut menahan tawa. Kelakar apabila melihat wajah merah Megat Raed menahan malu.

"Apa awak ni, mengusik menantu kita macam tu?" tegur Encik Razak akan tetapi dia juga turut menahan diri untuk ketawa.

"Sebab kau Raes, aku kena counterattack malam ni!"

"Sayang, jangan dok gelak lebih-lebih. Abang cubit pipi tu karang!"

"JOM ikut abang petang ni..." Talia angkat kepala melihat Mgeta Raed yang sedang berjalan masuk ke dapur, lalu berhenti disebelahnya.

"Ikut abang pergi mana?" soalnya semula. Mata kembali beralih menyudahkan kerjanya membuat pavlova yang sudah disejukkan seepas keluar dari ketuhar sebentar tadi. Whipping cream dipicit perlahan-lahan diatas permukaan pavlova itu, kemudian disusun dengan buah-buahan.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now