29 - Jumpa Lagi

855 63 0
                                    


Vote boleh???? As semangat untuk Shi habiskan before August. Hehehehe

Happy reading!


PAGI Isnin, Talia membuka pintu kereta dengan tangan yang memegang sebekas Tupperware dan juga tumbler yang berisi americano. Tumbler yang suaminya beli sewaktu dia mahukan air Sally dulu. Kenangan sewaktu dia terkejut mereka berkongsi straw yang sama.

Dari pintu kecemasan, dia berjalan masuk ke dalam bangunan hospital menuju ke lift. Pagi begini sudah ramai orang yang memenuhi perkarangan hospital. Kebanyakkannya datang untuk temujanji.

Setibanya di bilik kerja Megat Raed, pintu diketuk terlebih dahulu sebelum masuk. Terus senyumannya mekar apabila terlihat Megat Raed sedang tidur bersandar di kerusi. Pintu ditutup perlahan. Bekal utnuk Megat Raed juga diletak perlahan. Kerusi yang berada di sebelah meja diduduk.

Kedua tangannya menongkat dagu. Talia terus merenung kedalam wajah si suami. Dia menilik satu per satu wajah Megat Raed. Dari kening, jatuh ke mata, pergi ke hidung dan berakhir di bibir merah Megat Raed tanda lelaki itu tidak pernah menyentuh rokok.

"Abang handsome kan?" Mata Megat Raed perlahan-lahan terbuka bersama senyuman lebarnya. Dia sebenarnya bukan tidur, cuma melelapkan mata untuk berehat. Sejak si isteri masuk tadi dia sudah sedar. Namun bila Talia tidak bersuara, dia berfikir mesti Talia anggap dia tengah tidur. Jadi, fikiran nakalnya mula lah nak mengusik isteri.

Tambahan bila dia rasa seperti diperhatikan, lain tak lain, mesti Talia orangnya yang bertanggungjawab atas perasaan itu. Sebab itu dia mula menegur. Nak tunggu si isteri kejutkan dia, jangan haraplah. Entah-entah pergi kerja tanpa bersalaman dengannya.

Wajah Talia memerah. Sangkaannya Megat Raed sedang tidur. Mana pernah dia tengok anak teruna orang sampai hampir drooling. Memalukan. Nasib baik suami sendiri. Sepantas kilat dia normalkan kembali reaksinya.

"Perasan." Hanya itu yang mampu diluahkan. Tidak mahu memberi apa-apa komen lagi.

Tawa Megat Raed meletus. Terhibur dengan Talia yang jelas-jelas menahan rasa mahu dengan wajah yang selamba, namun pipi yang memerah. Haish, isteri siapa lah ni?

Megat Raed betulkan duduk. Mengeliat beberapa kali menghilangkan bunga-bunga lenguh yang terasa.

"Talia bawa apa untuk abang pagi ini?" Tangannya mencapai tumbler. Dibuka, semerbak bau kopi memenuhi ruangan bilik kerjanya. Terasa segar.

"Breakfast. Nasi goreng dan americano. Abang dah mandi ke?" soalnya. Jam ditangan dilihat. Sudah menunjukkan jam 7.55 pagi.

Megat Raed mengangguk lalu menghirup perlahan kopi yang masih berasap itu.

"Talia nak pergi kerja dulu lah." Lantas dia bangun. Perjalanan dari hospital ke café ambil masa 10 ke 15 minit jika tidak perlu hadap jam.

Tangan disua kearah Megat Raed untuk bersalam. Bila bersambut, dia tunduk mencium tangan suami. Beberapa saat, tangan masih belum dilepaskan. Berkerut dahi Talia dibuatnya.

"Lepaslah. Talia nak pergi kerja pula ni." Mintanya. Megat Raed tidak membalan, tetapi dia bangkit dari kerusi. Menatap Talia sehingga gadis itu terpaksa menongakkan sedikit kepalanya.

Pendek! Kata Megat Raed dalam hatinya.

"Where's my morning kisses?" tanya Megat Raed. Wajah kosong dengan suara yang serius.

Membulat mata Talia. Terkejut bila disoal begitu. Pagi-pagi sebelum ni tak pernah minta kiss pun.

"Cepat lah sayang. I need your kisses untuk recharge energy check-up patient lepas ni." Rayunya mula tengan bibir yang terjuih-juih.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now