15 - Raed's Confession

989 54 0
                                    

Happy reading! vote and comment! ❤❤❤


KENANGAN 2 hari lalu menyebalkan hati Talia. Namun kenangan semalam selepas dihantar Megat Raed pulang ke rumah Puan Yuhaina membuat Talia berdebar tanpa henti.

"Stop cakap pasal aku dengan Ziyad yang dah sah-sah tak ada apa-apa hubungan lagi dah. Kau dengan Raed apa cerita? Macam belangkas aku tengok sekarang."

Tambahan soalan Aliya tadi memang membuatkan kedua belah pipinya terasa hangat. Talia membelek cincin yang diberikan Megat Raed kepadanya petang semalam. Megat Raed memberikan cincin yang Talia lihat di dalam dashboard tanpa meminta jawapan. Disuruh Talia berfikir terlebih dahulu.

"Talia, tolong bukakan dashboard tu kejap." Minta Megat Raed tanpa memandang Talia di sebelahnya. Tekun memandu padahal hatinya sudah berdebar lebih dari kadar normal. Kalau Cardiologist tengok keadaan jantungnya sekarang, mungkin disalah anggap sakit jantung! Tapi Megat Raed tetap cool and steady.

Talia teragak-agak membukanya. Bukan dia tak tahu apa isi yang ada. Tapi disebabkan Megat Raed minta, dikuatkan juga hatinya.

"Ambil bekas kayu yang kecil tu. Buka." Arah Megat Read lagi.

Talia menjeling geram namun masih mengikut tanpa bantahan. Hatinya tetap tidak duduk diam, bertanya benda yang Megat Raed akan tanya. Contohnya,

'Apa pendapat Talia tentang cincin tu?'

'Cincin tu abang beli nak propose girlfriend abang? Talia rasa dia terima tak?'

'Talia boleh tolong abang karang ayat untuk propose kekasih abang. Abang nervous la.'

Perempuan dan overthingking berpisah tiada! Hakikatnya, itu yang Talia sedang fikirkan. Mana boleh dia bersangka baik selepas Megat Raed kata nak settle down. Okay, berkahwin itu memang perkara yang baik, tapi kenapa mesti crush dia mahukan orang lain? Kenapa perlu nampak orang jauh sedangkan orang sebelah telah menaruh harapan begitu lama.

"Cantik. Untuk siapa?" Talia berpaling melihat Megat Raed. Soal dengan penuh bersahaja. Wajahnya kosong. Bersoal selepas puas bergaduh dalam fikirannya tadi.

Megat Raed memberhentikan kereta sebaik saja mereka sampai di perkarangan rumah Puan Yuhaina. Tempat parking hanya ada kereta Swift putih milik Talia. kereta yang dia hantar 2 hari lepas kerana mahu pastikan Talia dihantar pulang olehnya hari ini.

"Untuk Talia. Untuk Talia jadi isteri abang."

Talia hilang nafas. Terasa atmosfera kian sempit. Matanya pula sudah membesar melihat Megat Raed menjawab dengan nada serius.

"Abang tahu ini tiba-tiba. Tapi abang jatuh hati pada Talia bukan secara tiba-tiba. Abang bukan romeo, pandai romantik semua... abang tak pandai. Tapi abang tahu yang Talia faham isi hati abang. Abang nak kahwin dengan Talia."

Lurus. Tepat. Padat.

Talia mendiamkan diri. Bertukar-tukar pandangannya melihat cincin yang ada di kotak dalam genggaman tangannya bertukar kepada Megat Raed yang memandang terus ke dalam mata.

Liur ditelan.

"Abang tak harapkan jawapannya sekarang. Tapi if you agree, abang akan bincang dengan mama dan papa sekali dengan maksu dan paksu."

Talia kalau ikutkan hati, mahu melompat dalam kereta Megat Raed saat itu juga. Mana mungkin nak menolak kalau hati dah suka.

"Hey... Are you okay?" Suara Megat Raed lagi apabila Talia masih tanpa kata. Hanya dia saja yang bercakap dari tadi. Terkejut sangat ke gadis dihadapannya ini?

"Ya... yaa.. okay. Terkejut sikit. Cincin ni abang..."

"Talia simpanlah dulu. Sama ada jawapannya ya atau tidak, ia tetap akan jadi milik Talia. Lagipun.. abang rasa Talia dah tengok kan cincin tu semalam?" usik Megat Raed. Jangan ingat dia tak tahu.

Talia berdehem menutup rasa malu. Terkantoi sudah!

Megat Raed dah lama rancang. Kita je lalai. Aduhmak!

"Abang rasa abang tahu jawapan Talia, tapi abang tetap nak Talia ambil masa untuk berfikir dan buat apa yang patut. Mungkin jawapan yang abang dapat tak sama macam Talia walaupun hati Talia mahukan yang lain."

Okay! tarik balik statement pasal Megat Raed tak nampak dia. Hakikatnya Talialah orang yang selalu berada dalam pandangan Megat Raed. Perasaanya sekarang rasa nak melompat sampai bintang! Tapi kena control ayu. Dia kan gadis melayu terakhir.



CINCIN itu terus direnungnya. Cantik. Namun Talia rasakan masih terlalu awal untuk memberikan jawapan. Walhal baru semalam Megat Raed menyerahkan cincin tersebut.

Seperti yang Megat Raed minta, untuk dia buat istiqarah seperti yang dilakukan oleh Mega Raed kerana lelaki itu bimbang jawapan mereka tidak sama biarpun hati Talia mahu saja menerima tanpa berfikir. Namun permintaan Megat Read dituruti.

Berat hatinya. Bimbang jika jawapan mereka tidak sama. Talia menghembuskan nafas sedikit kuat.

Malas untuk memikirkan perkara itu, Talia cuba sarungkan cincin tersebut ke jari manisnya sendiri. Talia meluruskan tangannya. Matanya tepat memandang cicncin tersebut. Terletak cantik pada jarinya.

"Muat-muat pula masuk dengan jari. Macam mana la abang Raed tahu saiz jari manis aku? Aku sendiri pun tak pernah tahu saiz jari sendiri sebelum ni." Omel Talia sendirian. Masih terselit seyuman girangnya.

Ketukan pintu biliknya membuatkan Talia tergopoh-gapah menarik cincin dijarinya. Dimasukkan ke dalam kotak sebelum diselitkan kotak cincin itu di dalam laci meja.

Puan Yuhaina yang membuka pintu bilik anaknya itu memandang aneh apabila terlihat senyuman kaku Talia.

"Dah kenapa tiba-tiba senyum?" tanyanya. Bukan Puan Yuhaina tak nampak anaknya menyembunyikan sesuatu di dalam laci meja. Tapi cuma dia tak nampak isi kandunganya sahaja.

"Tak ada apa, ibu. Ada apa ibu cari Talia?" Tukasnya laju. Tidak mahu ibunya mencurigai tentang cincin yang diberi Megat Raed yang berjaya disembunyikan di dalam laci meja.

Puan Yuhaina hanya memandang. Jangan ingat dia tak tahu Talia cuba menukar topik. Tapi tak mengapa, dia akan layankan saja setakat ini. Esok lusa bongkarlah rahsia anak gadis itu. Dia kan ibu. Mana pernah kalah!

"Jom turun makan. Abah dah tunggu dekat bawah." Beritahu Puan Yuhaina. Dia berlalu setelah Talia menyuruh ibunya turun terlebih dahulu.

"Huh! Nasib baik sempat sorokkan." Hampir luluh jantungnya tadi apabila melihat pandangan pelik Puan Yuhaina.

Jangan tak tahu, Puan Yuhaina nampak macam tak tahu, tapi wanita itu penuh dengan tekad dan keazaman yang tinggi dan teguh. Kalau dia nak tahu, segala upaya akan dilakukan.

"Talia! Cepat sikit, abah tunggu ni!" jerit Puan Yuhaina pula. Seminit tunggu, si anak masih belum keluar bilik. Buat apa entah.

Tanpa berlengah lebih lama, Talia terus keluar dari bilik. Kang terkejut Encik Razak, a.k.a abah baru Talia melihat Puan Yuhaina membebel. Ibunya itu kalau bab membebel memang nampak Asian Mom sungguh.

"Sorry, abah." Katanya dengan riak bersalah. Kesian lelaki separuh usia itu terpaksa mendengar pekikan ibunya.

Encik Razak hanya menggeleng dengan senyuman. Tak apa. Dia dah biasa. Dulu zaman muda, Puan Yuhaina lagi garang. Ter'throwback' pula zaman pesta muda mudi dulu. Untungnya wanita itu, suka marah tapi wajah maintain anggun.


050222

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now