34 - Americano and Latte

713 51 0
                                    

LANGIT malam kelihatan indah. Dalam gelap malam, bintang bertaburan cantik menghiasi dada langit yang gelap itu. Nampak kontra namun sangat indah. Talia bersandar malas pada kerusi ÄPPLARÖ yang dia dan Megat Raed beli ketika pergi ke Ikea. Rambang mata juga dia dibuatnya ketika itu.

Bukan itu saja, dia juga pilih meja kopi KVISTBRO, juga di Ikea. Murah dan cantik. Tambahan pula ketika membeli itu, diskaun diberikan. Ruang dalamnya diisi dengan blaket nipis. Sesuai dengan balkoni mereka yang tertutup dengan bumbung ini, insya Allah tak kena hujan.

"What are you looking at?" Tanya Megat Raed lalu meletakkan secawan americano dan secawan latte di atas meja kopi itu. Dia kemudiannya duduk sebelah isterinya. Talia nampak begitu ralit melayan perasaan sambil memandang langit.

Angin sepoi-sepoi bertiup membuatkan wanita itu memejam mata sekejap.

Melihat kepada alunan rambut si isteri, Megat Raed telan liur. Talia nampak begitu cantik dan sedikit menggoda dengan mata yang terpejam. Lantas dia kalih pandangan. Karang date ke mana, mereka ke mana.

"Banyak bintang malam ni kan, abang? Lama gila tak lepak-lepak, tengok bintang di langit," jawabnya dengan pandangan yang tidak letak dari dada langit. Entah bila terakhir kali dia meluangkan masa melihat gelapnya malam dengan kerdipan bintang yang bertaburan seperti pasir di pantai itu.

"Banyak dan cantik. Tapi cantik lagi isteri abang," ujar Megat Raed dengan senyuman membunuh. Ayat beli jiwa Talia. Bila nampak Talia malu-malu, terus tawanya terletus kuat.

Talia menjeling geram. Suka betul mengayat dia begini. Bagaimana dia tak jatuh hati berkali-kali pada Megat Raed. Cuba beritahu?

"Tenang betul malam ni. Angin pun, membuai je abang rasa. Rasa macam nak tidur luar. Macam best je. Dah lama kan tak luang masa macam ni. Talia sibuk, abang lagilah sibuk. Kadang-kadang balik lewat sebab emergency. Kadang-kadang kena on call, tinggal sayang seorang di rumah." Rasa hatinya terluah tanpa sedar. Kadang dia rasa kesal tidak dapat meluangkan masa dengan lebih bnyak bersama Talia. Sebulan berkahwin, dia terlalu sibuk dengan tugasnnya sebagai seorang doktor di hospital.

Untung saja Talia sangat memahami tugasnya yang sangat penting itu. Berhadapan dengan nyawa manusia, itu bukan suatu perkara yang mudah. Megat Raed bersyukur kerana Talia sangat menyokongnnya. Sanggup tunggu dia pulang dengan senyuman yang lebar biarpun harinya berlalu tidak begitu baik.

Talia kalih memandang Megat Raed. Kerusi yang sedia rapat itu memudahkan dia menghimpit rapat ke tubuh Megat Raed. Memandang tepat ke dalam mata hitam suaminya.

"Kenapa cakap macam tu? Talia tak kisah pun abang kena on call. Duduk rumah seorang. Talia okay je, abang. Kenapa tiba-tiba isu ni muncul?" tangannya naik meraba dada Megat Raed yang tersandar separuh berbaring itu. Mengusap lembut sehingga anak mata lelaki itu turut memandangnya.

Senyumannya nipis. Tangan isteri yang berada di dada disulam dengan tangannya. Saiz yang jauh berbeza. Tangannya sedikit kasar, besar dan berurat. Tangan Talia halus, kecil dan lembut. Kesan memakai losen setiap malam.

"Abang risau kalau Talia rasa sunyi. Rumah kita ni terlalu besar untuk kita berdua."

Kan. Dia pun pada mulanya merasakan rumah ini terlalu besar untuk mereka yang baru memulakan hubungan ini. Terkadang penat juga dia mengemas. Lenguh betul tambah-tambah apabila bab mengemop. Nasib baik dia beli Xiaomi Smart Vacuum dari Shopee setelah beberapa minggu dia disini. Benda itulah yang bergerak setia masa menyedut habuk di lantai. Ada juga yang membantu dia dalam tugas harian.

"Salah abanglah! Abang sepatutnya tanya pendapat Talia dulu tau."

"No... bukan itu maksud abang."

Dahi Talia sudah berkerut seribu. Tidak faham apa yang Megat Raed cuba sampaikan.

[C] Cukup Sempurnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن