39 - Kau sentuh dia...

976 52 1
                                    

Vote and comment pleasee.....


NAIRA tegak berdiri bagaikan tidak percaya. Melihat Talia dalam keadaan begini meremukkan perasaannya. Talia nampak lemah. Tidak bermaya itu sedang bersandar di kepala katil sambil disuapkan makanan oleh Puan Yuhaina. Ditemani juga oleh kedua orang mentua Talia.

Kali terakhir mereka berjumpa di kafe milik gadis itu beberapa hari lalu. Talia nampak gembira melakukan kerjanya di sana. Dan hari ini, wajah sahabatnya itu nampak begitu murung...

"Naira sembang-sembanglah dulu dengan Talia. Dia perlukan teman untuk bersembang. Aunty dengan yang lain dah nak balik." Mangkuk tingkat yang sudah kosong itu dikemaskan.

Dari tadi dia berada disini bersama kakaknya, Talia hanya bercakap bila perlu. Talia mengelak untuk bercakap tentang perkara yang gadis itu fikirkan sekarang.

"Tolong pujuk dia untuk luahkan apa yang ada dalam hatinya. Dari semalam lagi dia macam itu. Aunty risau keadaan akan jadi seperti 6 tahun lepas." Bisik Puan Yuhaina dengan nada rayuan.

"Aunty tak boleh untuk tengok dia macam tu lagi. Too much pain..."

"Saya cuba aunty."

Setelah semuanya keluar, barulah Naira naik duduk di sebelah Talia. Senyuman wanita itu terukir namun semuanya hambar. Seperti yang Muiz dan Megat Raed katakan kepada dia, Talia bukan Talia yang dia kenal.

"Kau kenapa, Talia? Apa yang dah jadi sebenarnya? Apa yang Naufal dah buat pada kau? Cerita pada aku Talia... aku kan kawan baik kau...orang yang kau percaya." Pujuknya dengan nada perlahan. Cuba untuk membina keperayaan melalui persahabatan yang sudah terbina lama ini.

Terasa birai matanya yang tadi basah mula mengeluarkan juraian tangisan bersama esakkan. Dia sedih apabila melihat satu-satunya sahabat di aini sedang berduka.

Bukan dia saja yang menangis, Talia juga turut menangis sama seperti dia. Malah lebih hebat sehingga dia tarik tubuh lemah itu. Memeluk erat dalam esakkan yang panjang.

Dia tidak tahu apa yang terjadi. Apabila Muiz kata Talia berada di hospital semalam, dia mahu pecut kereta untuk melawat kawan baiknya. Namun waktu lawatan sudah tamat. Bila dia nampak Muiz di luar rumahnya sebentar tadi, jemari lelaki itu penuh luka-luka yang mula mengering.

Dia bertanya, Muiz diamkan diri. Dia nampak Muiz mengetap gigi sehingga rahang itu bergerak-gerak. Entah apa yang lelaki itu marahkan. Muiz hanya membisu sepanjang perjalanan mereka.

Satu perkara yang boleh dia tembah adalah Naufal lakukan sesuatu pada Talia dan Muiz mengamuk besar tentang perkara itu. Muiz itu protective. Takkan membiarkan Talia terluka walaupun oleh sahabat lelaki itu sendiri.

Dia kenal muiz sedari dari zaman sekolah. Protectivenya seorang Muiz itu sampai dia boleh salah anggap. Sayang Muiz pada Talia seperti seorang abang yang melindungi adiknya.

Bila nampak Talia begini, dia memang mahu tahu apa yang jantan tak guna itu lakukan pada Talia sehingga Talia tidak berupa manusia sekarang. Yang dia nampak, Talia betul-betul dititik yang paling bawah.

"Aku keguguran, Naira..."

Tubuh Niara tersentak. Pelukan dilonggarkan. Mata terus melihat dalam mata Talia. Tadi dia langsung tidak diberitahu tentang perkara ini oleh suami Talia.

"6 tahun lepas, aku keguguran. Anak aku dan Naufal..." luahnya dengan tangisan dan esakkan. Pada saat ini, dia benar-benar mahu teman untuk mendengar luahan rasa hatinya yang dia pendam. Dia tidak mahu Megat Raed terluka jika lelaki itu tahu dia sudah ingat semuanya.

[C] Cukup SempurnaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant