49 - "Boleh Talia cuci mata"

1K 50 0
                                    

Maaf. lambat update. Schedule Shi terlalu pack sejak start kerja ni. tambah2 start 2minggu lepas. sampai lost 4 kg la. sob sob. why adult life so hard? 

Shi rasa dalam ± 6 - 7 chapter, Cukup Sempurna akan melabuhkan tirai. So, jangan tunggu bila Shi update. Because i dont know when T_T. Keep praying okay supaya hati Shi lembut nak update, idea melimpah ruah hehehe

Apa2pun, happy reading ^_<



MEGAT Raed membuka pintu rumah Puan Yuhaina. Kedengaran riuh suara Muiz berbual bersama ibu dan ayah mentuanya. Dia tutup pintu kembali dan melangkah mendekati 3 tubuh tersebut.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.10 petang. Seperti biasa, dia ada pesakit untuk dirawat sebelum dia pulang. Sebab itu dia sedikit lewat. Awal pukul 4 petang lagi dia WhatsApp Muiz untuk mengambil isterinya di rumah mereka.

Matanya mencari kelibat Talia. Namun tiada tertangkap dek pandangan matanya. Dia bersalam dengan kedua orang mentuanya sebelum menyambut huluran tangan Muiz.

"Ramai ke patient hari ni Raed?" Soal Puan Yuhaina.

Faham benar dengan tugasan sebagai seorang doktor. Dia juga pernah sesibuk itu ketika bekerja dihospital. Cuma selepas dia membuka klinik sendiri, dia tidak sesibuk dahulu tambahan pula ketika itu Talia hanya ada dia.

"Ramai juga lah, bu. Biasalah, hospitalkan... Sebelum balik tadi pun Raed kena handle kes emergency sekejap. Demam ibu dah baik ke?"

"Harini dah kebah dah. Biasalah, orang berumur bila sakit, lambat sikit nak sihat." Balas Puan Yuhaina selamba.

Raed hanya tersenyum. Sempat matanya mengerli abah mentuanya menggelengkan kepala. Kemudian dia beralih memandang sekeliling. Mencari kelibat Talia. Entah di bilik atau didapur.

Encik Razak yang melihat tingkah menantunya ketawa kecil hingga menarik perhatian Muiz dan Puan Yuhaina.

"Abang dah kenapa gelak sorang-sorang?"

"Taklah... lucu tengok Raed ni. Mata meliar cari isteri dia." Balas Encik Razak disambut dengan tawa Muiz yang paling kuat.

Dia faham perasaan anak muda itu. Tambahan pula Talia masih dalam proses untuk pulih, mesti hati sebagai seorang suami itu bimbang dengan keadaan si isteri.

Namun apa yang dia dapat lihat sekarang, keadaan Talia sudah membaik. Tidak lagi mendiamkan diri seperti tempoh hari dia lihat di hospital. Tidak lagi seperti 6 tahun lalu. Syukurlah, Allah berikan suami yang baik buat anaknya itu.

Megat Raed hanya mampu mengusap lehernya menahan malu. Nampak sangat ke gaya dia mencari isteri?

"Tak ke mana bini kau tu. Aku bawa dia balik ke sini dengan selamat. Jangan risau." Ejek Muiz dengan sisa tawa yang tidak lagi hilang.

"Sorry susahkan kau. Benda tak boleh elak tadi."

"No hal la. Sempat jugalah dia membebel panjang dalam kereta tadi." Beritahu Muiz. Talia sejak jadi bini orang, membebel, sentap dia lain macam.

Megat Raed ketawa. Dia sudah jangka itu yang akan terjadi.

"Talia..."

"Talia ada dekat dapur. Entah apa yang dibuatnya entah." Beritahu Puan Yuhaina tanpa sempat Megat Raed habiskan soalannya.

"Raed pergi tengok dia kejap." Laju dia melarikan diri menghilang disebalik dinding yang memisahkan dapur dengan ruang tamu.


[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now