16 - The Answer

894 50 2
                                    


PUAN Yuhaina menyelinap masuk bilik anak gadisnya itu. Tempoh hari dia perasan yang Talia ada menyorokkan sesuatu daripadanya. Talia, selagi tak tanya, gadis itu tidak akan membuka mulut. Lagi pula, bukan Talia mahu sangat bercerita jika dia bertanya, lagi-lagi perkara yang Talia mahu rahsiakan.

Beberapa kali Puan Yuhaina cuma menyelinap masuk bilik itu, namun cubaannya gagal kerana panggilan daripada klinik dan hospital. Hari ini, Puan Yuhaina nekad untuk mencari tahu apa yang disorokkan oleh anak perempuannya.

Dari laci ke laci seterusnya, Puan Yuhaina tidak jumpa barang yang dicarinya. Puan Yuhaina sendiri tidak tahu apa yang dicari, mungkin sesuatu yang Talia tak pernah ada atau mungkin sesuatu yang mencurigakan.

Puan yuhaina beralih ke tempat simpanan barang penjagaan muka Talia di hujung meja. Tersusun di dalam organizer lutsinar dan berwarna putih. Tangannya membuka organizer berwarna putih.

Puan Yuhaina terpegun. Ditarik barangan yang disembunyikan Talia disebalik kapas-kapas dan tisu yang berada didalammnya.

"Ohhhh... ini lah yang disorokkan tu?" soalnya sendiri. Puan Yuhaina tersenyum. Dia gembira tapi terbit rasa gusar dalam hatinya.

Apa-apa pun dia akan bertanya terlebih dahulu kepada Talia tentang cincin yang dia jumpa ini. Kotak cincin itu ditutup lalu dibawa pergi bersamanya.

Selepas saja makan malam, Puan Yuhaina menahan Talia untuk masuk ke bilik terlebih dahulu.

"Explain." Katanya sepatah lalu meletakkan kotak cincin itu diatas meja di ruang tamu.

Talia memandang Puan Yuhaina bersilih ganti Encik Razak. Encik Razak pulak memandang Puan Yuhaina. Sudah dia pesan pasa isterinya, jangan masuk campur urusan Talia. Gadis itu sudah besar. Nak juga tahu rahsia yang Talia sembunyikan.

Encik Razak menggelengkan kepala. Dia mengalih pandangan melihat Talia yang berdehem beberapa kali. Gugup betul gayanya. Bibirnya koyak dengan senyuman. Terhibur betul melihat wajah pucat anak tirinya itu.

"Kenapa ibu masuk bilik Talia?"

"Sebab hari tu ibu tanya, kamu tak mahu jawab. So, ibu cari sendiri jawapan yang ibu nak. Care to explain?"

Talia mengeluh perlahan. Kan dia dah kata, Puan Yuhaina ini penuh dengan tekad dan keazaman yang tinggi. Terbukti sudah bukan?

"Ada orang melamar Talia." Jawabnya pendek.

"Siapa orangnya? Kami kenal ke?" selit Encik Razak pula.

"Haah! siapa orangnya? Ibu kenal tak? Dia macam mana? Baik ke dengan Talia? Talia dah terima ke?"

"Awak ni Ana... Satu-satu la soalan tu. Kesian budak tu nak menjawab."

Talia ketawa kecil melihat abahnya menegur ibunya yang tidak henti-henti menyoal.

"Ibu dengan abah mungkin kenal orang tu... dia baik sangat. Tapi Talia belum buat keputusan lagi."

"Kalau dia baik, kenapa masih belum buat keputusan? Talia risau ibu dan abah tak terima ke? Talia... ibu tak kisah bab menantu. Ibu cuma nak Talia happy saja. Kalau Talia rasa dia terbaik, ibu abah akan selalu support." Kata puan Yuhaina

Encik Razak pula mengangguk setuju.

Talia ketawa kecil.

"Kalau nanti dia datang dengan cincin ni, ibu akan tahu siapa dia. Dan waktu itu, ikut ibu dan abah lah nak terima ke tak."

Encik Razak mengangkat kening bertanya dalam bahasa bisu. Bertanya akan persetujuan Talia tentang lamaran itu

Talia menagngguk kecil beberapa kali.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now