7-Naufal yang Jengkel

1K 74 4
                                    

votes and comment? please...


"TALIA tahukan yang ibu rapat dengan Uncle Razak? Kawan baik ayah?" tanya Puan Yuhaina bersama nada perlahan. Memulakan mukadimah sebelum masuk ke isi utama.

"Tahu. Kenapa denga Uncle Razak?" Talia mengangguk. Dia tahu yang Encik Razak banyak membantu mereka selepas pemergian ayah 6 tahun yang lalu. Lagi pula Encik Razak tu masih bujang. Dan Talia sendiri selalu juga terserempak dengan Encik Razak kalau kemana-mana.

"Uncle Razak ajak ibu berkahwin." Beritahu Puan Yuhaina terang dan jelas. Melihat pada riak wajah anaknya yang terkejut itu, buat dia rasa gugup.

Talia terdiam seketika. Terkejut dia menerima perkhabaran ini. Tak pernah dia sangka perkara ini akan terjadi kerana apa yang dia lihat, hubungan ibunya dan Encik Razak cumalah hubungan persahabatan yang terjalin. Tak pernah dia fikir perkara ini akan berlaku.

"Ibu pula macam mana?" tanya Talia ringkas.

Sesungguhnya, dia memikirkan tentang arwah ayahnya buat masa sekarang. Tak sanggup untuk dia biarkan ibunya bersama-sama dengan lelaki lain selain ayahnya, Encik Hassan.

"Kalau Talia tak setuju, ibu akan cakap baik-baik pada Uncle Razak tentang ni."

"Apa yang Talia rasa lepas maksu kata macam tu?" soalan Megat Raed menyedarkan Talia dari berfikir tentang perbualan dia bersama ibunya malam semalam.

"Ayah. Talia cuma fikirkan tentang arwah ayah." Jawab Talia ringkas.

Wajah kosong Talia dipandang lagi. Gadis ini selalu memikirkan diri orang lain berbanding diri sendiri. Itu yang dia kenal dan dia tahu, itu adalah Talia yang dulu dan sekarang.

"Maksud abang, apa yang hati Talia rasa?"

"I don't know. Talia fikirkan arwah ayah. Tapi Talia juga fikirkan ibu. I really don't know apa yang patut Talia fikirkan sekarang."

"Ibu berhak untuk bahagia, tapi kami berdua pun dah cukup bahagia sekarang. Kenapa perlu sampai berkahwin lain? Tak cukup bahagia ke ibu dengan Talia selama ni?" sejujurnya, dia tak faham dan sedih.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Itu yang dia rasakan.

"Biarpun ibu kata ibu akan tolak kalau Talia tak terima, tapi ibu pasti tak akan gembira dengan penolakan Talia ni, abang Raed. KalauTalia pilih untuk pentingkan diri, ibu akan bersedih. Kalau Talia terima, ayah macam mana pula? Selfish ke Talia ni?"

"Tak. Itu normal, Talia. Maksu sayangkan Talia. Tak mungkin maksu akan sedih kalau Talia adalah kegembiraan maksu selama ni. Kalau Talia tanya abang, abang akan suggest untuk Talia deep talk dengan maksu tentang perkara ni. Mungkin Talia boleh jumpa jawapan untuk diri Talia?"

Talia hanya membisukan suaranya. Langsung tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari bibir nipis gadis itu. Megat Raed hanya memerhati Talia yang bermain dengan jari jemarininya sendiri. Fahamlah dia, apabila Talia bermain dengan jarinya sendiri, sudah pasti Talia sedang berfikir dalam tentang sesuatu perkata.

"Boleh jadi, apa yang bukan kita harapkan, itu akan menjadi kebahagiaan dalam hidup kita." Tambah Megat Raed lagi. Dia hanya memberikan secebis senyuman apabila Talia memandangnya.


MUIZ sengaja datang lewat selepas Naufal mengajaknya keluar petang tadi. Dia sudah tahu, janji melayu antara dia dan kawan-kawan yang lain. Matanya ternampak Naufal yang sedah minum air di sebuah meja seorangan.

"Kata ajak yang lain. Takkan tak sampai lagi kut. Aku ingat, aku dah cukup melayu, ada lagi yang lagi melayu dari aku?" omelnya sendirian lalu menanggalkan topi keledarnya. Diletakkan di dalam raga motor kemudian dia mendekati Naufal yang duduk berseorangan menatap skrin besar.

"Mana yang lain?" soal Muiz tanda menyapa. Tiada masa dia nak ber'hai' dengan lelaki itu.

"Belum sampai. Dia orang bagitahu lewat sikit." Jawab Naufal langsung tidak mengalihkan pandangannya ke depan.

"Dia orang tu tak pernah kata tak ada hal. Lewat memanjang." Balas Muiz pula. Geram pula bila asyik menunggu.

Muiz pandang Naufal yang masih bersahaja. Entah kenapa, dia dapat rasakan 'sesuatu' pada Naufal. Dia teringatkan pertemuan ringkas antara dia dan Megat Raed di hospital selepas ayahnya terkena serangan jantung beberapa hari lepas membuatkan dia rasa sesuatu terhadap Naufal.

"Talia amnesia bukan sebab dari kemalangan tu. Dia hilang ingatan sebab otak dia sendiri yang nak lupakan apa yang jadi." Beritahu Megat Raed. Stateskop di tangan dikemaskan di leher lalu tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Astaghfirullah. Tapi kenapa sampai macam tu bang? Last saya nampak Talia dia baik-baik je."

"Hakikatnya tak macam tu. Something is happening before Talia hilang ingatan. Talia ada depression and anxiety. beberapa kali dia kena panic attack. Keadaan bertambah teruk lepas ayah dia meninggal. Dia salahkan diri sendiri dan dia hilang ingatan."

"Apa yang menyebabkan dia dapat depression?"

"Apa yang abang tahu daripada psychiatrist yang rawat Talia sebab teman lelaki dia tinggalkan dia. Yang lain abang tak dapat nak korek sebab rahsia antara doktor-pesakit. Sebab tu abang larang kau cerita apa-apa pada kawan-kawan Talia yang kau kenal. Sebab abang tahu, Talia ada sembunyikan sesuatu dan itu menjadi penyebab dia nak lupakan segalanya."

Sampai sekarang Muiz tak habis fikir. Teman lelaki yang tinggalkan Talia itu Naufal kan? Tanpa sedar Muiz menghela nafas sedikit kuat lalu menyedarkan Naufal.

"Kau kenapa mengeluh kuat sangat? Ada masalah?"

"Tak ada lah. Penat menunggu yang lain. Bila nak datangnya yang lain ni? Anak Malaysia jati Melayu sungguh kalau berjanji. Jimmy yang Cina tu pun ikut jadi Melayu." Rungut Muiz menutup kesangsian Naufal terhadap dirinya. Dia tidak mahu Naufal mengesyaki apa-apa. Cukuplah dia sudah memberi tahu Naufal yang dia terjumpa Talia tempoh hari.

Perjanjian dengan Megat Raed untuk menjaga Talia dari ingatan lalu harus dia tunaikan meskipun dia sangat-sangat mahu tahu cerita hidup Talia yang menyebabkan gadis itu berubah sepenuhnya menjadi orang yang baru.

"Kau ada jumpa Talia lagi tak?" tanya Naufal tiba-tiba apabila suasana antara mereka bertukar sepi dan hanya dihiasi suara-suara orang sekeliling yang bercakap-cakap. Seingat dia, tempoh hari Muiz ada kata yang dia ada berikan Talia kadnya untuk Talia hubungi. Nak juga dia tahu perkembangan hidup Talia sekarang selepas menyepikan diri dari semua orang.

"Kenapa kau nak tahu pasal Talia. Tak boleh move on lagi ke?"

"Saja lah nak tahu pasal kekasih aku tu."

"Kekasih? Bukan kau dah break up dengan dia ke?"

"Aku nak putus, dia tak nak. So, officially tak putus lagi. Nak juga aku jumpa dia balik. Mana tahu makin cantik dari dulu. Boleh aku buat bini."

"Kau sembang macam kawan baik aku tu barang je kan? Kalau kau taknak, kau buang. Kau nak, Kau kutip balik. Tak malu jilat ludah sendiri?" bengang hatinya terasa bila mendengar cara percakapan Naufal itu seperti membuat seorang Talia bagai tiada harga diri.

Menjengkelkan. Memang itu adalah sikap yang paling dia tak suka yang ada pada Naufal.

"Weh, jangan serius sangat. Aku gurau je la."

Muiz hanya bekukan wajah.

"Aku balik dulu lah. Kau tunggulah Anas dengan Ery datang." Selesai bekata, Muiz terus angkat tubuh berlalu pergi. Malas dia duduk dengan Naufal. Menyakitkan hati, memedihkan telinga. Menjengkelkan!


241021

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now