Cukup Sempurna - Special 2

1.1K 47 3
                                    


MEGAT Raed memimpin isterinya perlahan-lahan menuruni tangga rumah mama dan papanya. Talia kini sudah sarat mengandungkan anak kembar mereka. Perut yang semakin kedepan, nampak sangat berat untuk dibawa oleh isterinya yang hanyalah berbadan kecil. Sudalah dua orang manusia kecil dalam kandungan isterinya itu.

Tangan kanannya memaut pinggang wanita itu erat. Tangan kiri pula menggenggam membantu ibu menagandung itu menuruni tangga. Sampai saja tangga terakhir, telinganya menangkap keluhan halus Talia. Dia pandang wajah si isteri yang hanya tersenyum tanpa bicara.

"Kesian sayang, penat bawa perut macam ni..." keluhnya. Tidaklah dia menyesal, tapi dia empatinya terhadap isteri bertambah berganda-ganda apabila melihat si isteri susah untuk membawa zuriatnya didalam rahim wanita itu.

"Talia okay je lah, abang. Cuma pinggang ni sakit sikit." Adu Talia sambil mengeliat sedikit menghilangkan rasa lenguh yang ada. Dia kemudiannya menarik Megat Raed ke dapur. Perutnya terasa sangat lapar ketika ini.

"Lepas majlis selesai, abang urutkan okay? Kaki sayang pun dah nampak bengkak tu. kejap lagi, lepas makan abang sapukan minyak sikit."

Talia hanya senyum tanpa bicara. Suaminya ini sangat menjaganya dengan ketat apabila dia disahkan mengandung awal kandungan dulu. Malam-malam jika otot kakinya kekejangan, lelaki itu yang akan bangun mengurut sehingga tidurnya kembali lena. Jika dia craving, Megat Raed gigih mencari sehingga jumpa

Kerusi ditarik kemudian disuruh isterinya duduk disitu. Segelas air kosong diletakkan di hadapan isterinya.

"Minum air dulu. Abang nak pergi ambilkan nasi dan lauk sekejap untuk sayang. Sayang duduk sini, jangan pergi mana-mana. Jangan buat apa-apa kerja." Pesannya panjang lebar. Talia, jika tak dipesan, memang dia akan buat tak endah saja perut yang memboyot tu. Erti penat untuk membantu orang memang takkan difahami isterinya.

Bukan dia tidak mahu bawa isterinya makan beradat dengan ahli keluarga yang lain, tapi keadaan Talia yang mudah merasa penat dan kesukaran wanita itu bergerak buat Megat Raed ambil keputusan untuk dia menemani isterinya makan di dapur rumah. Talia sedang sarat sekarang. Dia tidak mahu wanita itu keletihan. Lagipun Talia sedang kelaparan. Pengantin belum sampai. Baik dia penuhkan perut isterinya dengan makanan terlebih dahuu sebelum wanita itu jadi mama lion!

Talia hanya memandang suaminya yang sudah hilang disebalik dinding yang memisahkan dapur. Telefon ditangannya dibelek-belek membaca pesanan yang dihantar oleh Naira.

Naira

Aku dengan Muiz on the way ni...

Pengantin dah sampai ke wei?

Talia

Belum.. tapi rasanya mereka dah dekat.

Suruh Muiz bawa kereta hati-hati.

Bukan korang yang bersanding dalam majlis ni kalau nak laju-laju pun...

Naira

Nasib kau tengah pregnant.

Kalau tak.. free je aku maki kau

Talia hanya ketawa membaca WhatsApp oleh Naira. Terhibur dia dengan Naira dan Muiz ni. Alhamdulillah, Naira dan Muiz telah mengikat tali pertunangan 2 bulan lalu. Itupun, susah nak pujuk Muiz untuk bersabar. Ikutkan hati lelaki yang dianggap sahabat tu, mahu terus langsungkan perkahwinan. Tapi disebabkan Naira separuh hati tidak bersedia lagi, akhirnya Muiz hanya menurut.

"Gelakkan apa tu, sayang?" Soal Megat Raed yang muncul dengan memegang sepinggan nasi yang penuh dengan nasi dan lauk.

Dan dan Talia rasa nak mengeluh. Laki dia ni suka tau macam ni. Nasi membukit, lauk penuh. Kemudian dipaksa untuk makan bersama-sama. Dan tukang habiskan tu haruslah dia.

"Gelakkan si Naira. Dia dengan Muiz dah on the way. Ni abang ambil nasi banyak-banyak macam ni siapa nak habiskan?" dia menjawab soalan Megat Raed, berselit soalannya dengan keluhan. Melihat nasi yang penuh dalam pinggan buat perutnya rasa kenyang tiba-tiba. Banyak sangat nasi penuh sepinggan macam itu...

"Sayang lah habiskan." Jawabnya selamba tanpa ada rasa serba salah. Dia berjalan membasuh tangannya di sinki. Tak diendahkan muka Talia yang dah semacam tercekik ekor cicak.

"Abang! Abang tahu tak haritu Dr Anne pesan untuk jaga pemakanan. Jangan sampai baby overweight. Nanti nak bersalin normal susah." Balasnya dengan wajah yang berkerut. Melihat tubuh suaminya dari singkin mendekatinya.

Kata seseorang yang nak minum air Starbuck satu sedut, tapi berakhir hingga ke titisan terakhir sedutan. Siapa lagi tuan-tuan kalau bukan Talia, isteri Megat Raed tu...

Megat Raed ketawa halus. Terhibur melihat wajah cemberut isterinya. Lantas kerusi ditarik rapat kearah isterinya.

Dia dengar ketika Dr Anne, rakan sekerjanya menasihati Talia. Dia juga ada bersama. Mahu tak terkejut doktor itu apabila berat Talia naik 2 kilogram sewaktu checkup 2 minggu lepas. Ini semua kerana isterinya tidak mengawal pemakanan. Wanita itu kerap lapar walaupun baru setengah jam lepas makan.

"Kita kongsilah, sayang. Sayang makan dulu, tak habis nanti abang habiskan, okay? Jangan buat monyok-monyok macam tu.. mari sini abang suapkan..."

Megat Raed menjemput nasi dan lauk dengan jarinya sebelum menyuap isterinya. Sejak dua menjak ini isterinya sangat manja. Makan nak kena bersuap. Minum perlu disua. Dia layankan saja. Membalas jasa wanita yang sanggup bergadai nyawa demi zuriatnya itu walaupun dia sedar akan satu hal, semua itu tak mampu untuk di balas.

Suapannya berselang seli masuk ke mulut sendiri dan Talai. Tak lepas-lapas dia mengusik Talia sehingga naik merah muka isterinya menahan malu. Seketika, mereka ketawa bebas. Langsung tidak terganggu dengan suasana bising diluar rumah.

URUTANNYA semakin perlahan dan perlahan apabila matanya melihat isterinya sudah tenng dalam lena. Tidur telentang menampakkan dada isterinya berombak sedikit laju. Megat Raed kemudiannay menghentikan urutannya pada kaki. Dia turun dari katil berlalu di sisi katil.

Seketika, dia mengalihkan sedikit posisi tidur isterinya dari telentang ke mengiring. Supaya isterinya dalam keadaan yang lebih selesa. Baju tidur Talia disingkap sedikit, sebelum dia sapukan beberapa titis minyak pada bahagian pinggang yang lebar itu.

Dia bagun mengambil jojoba oil, disapu pada perut yang membesar itu. rutin Talia pada setiap malam, tapi untuk hari ini, dia mengambil tugas itu kerana Talia sudah 'pengsan' sebaik saja solat isya tadi. Penat sungguh walaupun isterinya itu lebih banyak makan dari buat kerja. Duvet ditarik menutup tubuh isterinya hingga parat pinggang.

Selesai melakukan tugasnya pada malam itu, Megat Raed menutup suis lampu dan serta–merta bilik menjadi gelap. Cuma ada sedikit cahaya dari lampu luar yang masuk. Dia masuk ke dalam duvet, lalu bibirnya singgah mencium dahi isterinya sebelum sama-sama ke alam mimpi.



150323

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now