54 - Bidadari Megat Raed Baihaqi

1.2K 52 0
                                    



"HOW about your wife?" soal Syed Taufiq apabila melihat wajah sahabatnya yang nampak tenang itu. Tidak seperti ketika isteri lelaki itu masuk hospital tempoh hari. Rasanya sudah hampir 3 minggu kejadian itu berlalu. Dan Megat Raed langsung tidak membuka mulut tentang perihal isterinya.

Megat Raed mengerling sekilas pada Syed Taufiq. Kemudian beralih pada wajah Ziyad. Dua-dua tengah tayang muka busy body. Tak pernah kalau tak menyibuk kalau hal berkaitan dia dan isterinya.

"Talia sihat. Survive and getting better. Hari ini dah mula masuk kerja balik. Harapnya semua okay lah. Aku tengok beberapa minggu ni, emosi dia dah kembali stabil. So.. aku assume dia boleh manage emosi dia dengan baik." Jawabnya panjang lebar.

Malam semalam Talia minta izinnya untuk masuk bekerja semula. Katanya, kesiankan Aliya yang terpaksa uruskan segalanya kerana dia ambil cuti yang panjang untuk rehat. Walaupun wanita itu faham, Megat Raed juga faham keadaan di café yang agak sibuk kerana order yang banyak dan kekurangan kakitangan untuk membantu.

Selain itu, dia tahu, Talia juga perlukan distraction. Sebab itu dia izinkan. Jika Talia terus berada di rumah, dia bimbang Talia gagal mengurus emosinya biarpun keadaannya kian membaik.

"Syukurlah. She deserves to be happy. Dengar kata Datuk Anita dah kena tahan. Anak dia pun tunggu masa kan? Bila dia discharge?" suara Syed Taufiq lagi.

"Zackri kata esok. Kalau aku jadi Zackri, semalam lagi aku keluarrkan lelaki tak guna tu dari hospital ni." Sampuk Ziyad penuh geram. Dia geramkan Dr. Zackri sebenarnya. Lelaki itu penuh dengan empati yang tinggi terhadap pesakit. Termasuk pesakit yang jahat.

Megat Raed hanya mendiamkan diri. Malas mahu berbahas tentang perkara itu. Biar papa dan abah mentuanya saja yang uruskan perkara yang berkaitan undang-undang.

"Sebut pasal Datuk Anita dan anak dia, kau tahu tadi kecoh dekat ortho gambar-gambar Dr. Rina dengan lelaki dekat club. Bukan dekat club je, bilik hotel pun belambak dalam Twitter." Suara Ziyad pula.

"Aku pun dengar benda yang sama. Bukan ortho je, hampir semua department pun tengah bercakap sekarang ni." Sambung Syed Taufiq pula.

"No wonder dia tak datang hari ni." Sampung Megat Raed. Wajahnya selamba.

"Dia under kau kan sekarang?"

Soalan Ziyad dibalas anggukan. Perlahan dia sisip air Nescafé suam. Aroma yang wangi. Rasa yang enak.

"Aku dengar-dengar, ramai juga doktor-doktor yang dia pernah try. Dia tak pernah try kau ke sebelum ni, Raed?"

Ye lah. Nak juga dia tahu sebab bukan seorang dua yang bercakap yang Dr. Rina tu minatkan Raed. Banyak. Waima bilik kecemasan itu penuh dengan pesakit-pesakit kecemasan, masih sempat nurse disitu bercakap tentang Dr. Megat Raed Baihaqi.

"Eh, aku tak layan la budak-budak macam tu. Lainlah kalau orang tu isteri aku. Itu tak perlu dipaksa, aku yang tergila-gilakan dia." Tukasnya laju

Gila betul dengan pertanya Syed Taufiq tu. Boleh mengundang spekulasi.

"Eleh! Talia dengan Dr. Rina tu sebaya lah!" jeling Syed Taufiq. Over sangat kenyataan Megat Raed tu

"Kau rasa apa akan jadi pada Dr. Rina eh? Gambar-gambar tu tersebar luas korang tahu. Reputasi hospital confirm nak kena jaga." Sambung Ziyad tentang perbualan mereka tadi.

"Entah. Tapi dengar kata, ada meeting antara Board of Director (BOD) akan dibuat nanti. Matilah. Mana pernah jadi lagi kes-kes macam ni. Bila jadi macam ni, banyak shareholder mula bercakap, banyak bendalah BOD kena buat nak tutup semua mulut." Terang Syed Taufiq pula.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now