4-Raed & Raes

1.2K 56 0
                                    


TALIA hanya melepak dengan Megat Raed dan Megat Raes di dapur. Hanya itu saja sepupu yang dia ada. Talia merupakan anak tunggal pada Puan Yuhaina dan Encik Hassan. Megat Raed dan Megat Raes pula adalah pasangan kembar kepada Puan Yasmeen and Tuan Megat Amran.

Mereka sepupu kerana Puan Yasmeen merupakan kakak kepada ibu Talia. Sebabkan hanya dua beradik, maka hubungan kekeluargaan itu lebih rapat. Tambahan pula selepas pemergian kedua ibu bapa mereka pada usia mereka yang masih muda.

Talia menghela nafas berat. Dia masih terfikir lelaki yang bernama Muiz yang menegurnya tadi. Kad nama yang di simpan di belakang casing telefon dipandang sekilas. Muiz Amry. Hatinya berbolak-balik untuk menghubungi lelaki itu.

Entah kenapa kali ini, hati Talia ingin tahu cerita sebelum dia hilang ingatan. Dulu, memang Talia tidak mahu ingat, disebabkan kepalanya sering sakit jika dia terlalu memaksa. Namun, selepas pertemuan tadi, dia ingin mengorek sembali memori yang terpadam, yang mungkin tersisa.

"Mengeluh apa Talia?" Talia tersentak. Terus dia memandang kedua lelaki yang bertentangan sesama mereka.

Talia menggelengkan kepala. Tak mahu untuk dia menceritakan apa yang dia fikirkan sebentar tadi.

"Tak ada apa. Abang Raes bila nak balik berlayar semula?" Tanya Talia kembali apabia dia ditegur oleh Megat Raes tadi.

Megat Raes tersenyum sambil mengangkat kening beberapa kali memandang Talia. Terlupa dia untuk menceritakan pada Talia tentang berita gembira yang dia bawa.

"Raes tak balik berlayar dah. Dia stay sini lepas hantar surat berhenti kerja." Beritahu Megat Raed. Terkejut juga tadi bila Megat Raes sampai siap dengan barang-barang yang penuh satu kereta. Nampak macam balik seminggu dua. Rupanya betul sangkaannya itu.

"Lah... yeke? Tapi kenapa?"

"Ada beberapa perkara abang perlu buat dekat pengkalan sebelum abang nak settle down. Abang tengah tunggu jawapan dari universiti sebagai pensyarah dekat sana. Lagipun abang nak ajak girlfriend abang kahwin. Tak larat la jadi single macam orang tu." Balas Megat Raes mengerling matanya kepada Megat Raed.

Megat Raed menjeling adiknya. Dia menggelengkan kepala. Malas nak melayan. Sengal betul bawa keluar statement macam dirinya langsung tidak laku. Bukan dia tidak mahu, tapi dia terlalu sibuk dengan kerja di hospital sampaikan tiada masa untuk berjumpa mana-mana perempuan. Yang paling rapat pun, Hayera Talia, sepupu yang dia sayang sudah lama.

"Lah... abang Raes ada girlfriend ke? Nanti Talia nak jumpa girlfriend abang boleh tak?"

"Heh, pandang abang macam abang tak laku sangat kan? Abang tunggu dia habis belajar dulu. Lepas tu dia tak ready lagi. Itu lah abang membujang sampai umur 34 sekarang. Tapi sekarang dia dah ready, so better kahwin je la. Nanti abang bawa dia pergi TalLiyas' okay?"

Talia mengangguk sambil bertepuk tangan. Teruja!

Tak lama, Megat Raes berlalu mengangkat panggilan telefon. Katanya kekasih hati.

Berdua dengan Megat Raed, membuatkan Talia ingin bertanyakan soalan pada lelaki itu.

"Abang Raes dah ada girlfriend, abang Raed bila pula?" tadi sewaktu makan malam bersama-sama tadi, Talia ada dengar puan Yasmeen mahu mengenalkan lelaki itu dengan anak perempuan kawannya.

Megat Raed tersenyum sebelum membalas soalan itu. 

"Entah. Tunggu turun dari langit kot."

Talia ketawa kuat. Jawapan Megat Raed pada dia sanggat menggelikan hatinya.

"Tanya pasal abang kenapa? Lelaki semakin berusia, makin tinggi saham dia tau. Talia dah ada yang berkenan ke?"

Talia menunduk tersipu malu bersama-sama senyuman yang melebar.

"Talia dah lama sukakan dia. Tapi tak tahu lah dia macam mana." jawab Talia dengan senyuman. Tanpa sedar, riak wajah Megat Raed berubah.

"Abang kenal ke?"

Talia diam tidak menjawab. Namun bibirnya masih terukir senyuman sampai pada akhirnya, dia ketawa kecil.


SYED Taufiq Attar memandang pelik melihat sahabatnya dengan tingkah yang sedikit berlainan dari biasa. Biasanya lelaki yang dianggap sahabt itu selalunya murah dengan senyuman terhadap orang sekeliling, tapi kali ini, nurse lalu sebelah menegur pun, lelaki itu tidak membalas. Bagai ada di duanianya sendiri.

"WOI!" sergah Syed Taufiq bila bicaranya tidak dilayan.

Tersentak Megat Raed bila disergah begitu. Hampir luruh jantungnya angkara terkejut dengan sergahan itu. Matanya melihat sekeliling. Banyak mata tertumpu kepada mereka. Megat Raed hanya tanya senyuman serba salah.

"Apa kau sergah aku macam tu? Nak aku mati cepat ke? Nasib aku ni tak ada masalah lemah jantung ke apa, kalau tak, aku mati tak sempat kahwin, aku kacau hidup kau anak beranak." Balas Megat Raed penuh rasa geram.

"Kau ada masalah ke apa? Aku bercakap dari tadi, kau tak bagi respond langsung. Nurse tegur pun kau buat tak tahu je. Apa masalah kau?" mata Syed Taufiq tepat memandang Megat Raed yang dilihat menguis nasi di dalam pinggan. Langsung tidak bersentuh dengan mulut.

"Aku rasa, Talia dah ada kekasih." Beritahunya ringkas.

"So?" Syed Taufiq mengerutkan dahi. Tak faham. Kalau Hayera Talia, bekas pesakitnya itu sudah ada kekasih, apa masalahnya? Melainkan kalau...

"Kau ada hati pada Talia ke?" Tepat Megat Raed memandang Syed Taufiq bersama anggukan.

Syed Taufiq terdiam. Tak tahu untuk membalas apa. Terkejut. Dia kenal dengan Heyera Talia 6 tahun lalu. Gadis miserable yang berusaha untuk hidup, tidak berputus asa. Namun takdir telah menarik segala ingatan gadis itu pergi. Memori gadis itu kosong. Dulu ada beberapa kali gadis itu datang berjumpa dengannya, namun sudah 4 tahun mereka tidak bertemu setelah Syed Taufiq percaya gadis itu sudah boleh berdiri atas kaki sendiri.

"Sejak bila?"

Megat Raed menggeleng. Tidak pasti bila. Yang pasti, hatinya perlahan-lahan menjadi suka dan membentuk sayang secara sendirinya. Dan juga cinta.

"Aku tahu kau tahu aku pernah ada hati dengan kawan aku, merangkap wife sepupu aku sendiri, Hanara Aisha. Remember?" soalan itu dibalas dengan anggukan.

Memang kepala saja yang boleh menjawab buat masa sekarang sebab otaknya Megat Raed sedang berfikir benda lain.

"Kalau kau rasa kau boleh buat dia bahagia, then fight for it."

"Kadang, apa yang kita rasa baik untuk kita, bukan yang terbaik. Kita hanya boleh merancang, Allah juga merancang dan Dia sebaik-baik perancang." Syed Taufiq menyambung lagi

"Aku pernah harapkan Hanara Aisha yang baik untuk aku. Rupanya, Erni yang terbaik dalam hidup aku. Aku tak rasa menyesal, tapi aku rasa bersyukur sangat-sangat."

"Cari jawapan yang sebetul-betulnya, bukan jawapan yang hati kau mahukan." Syed Taufiq menepuk bahu sahabatnya beberapa kali.

Megat Raed mengangguk. Biarpun dia masih belum menjumpai sebarang jawapan buat masa sekarang.

"Aku harap kau sukakan dia bukan kerana milik Laila yang ada pada Talia sekarang."


Nak tahu tak, before Shi dapat nama untuk buku ni Cukup Sempurna, it used to be Dosa Yang Dilupakan. And sampai sekarang, still doubting with myself nak guna yang mana satu. huhuu. Ada posibility untuk Shi tukar tajuk buku ni nanti....


240921

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now