22 - Bie

1.1K 58 0
                                    

SELASAI menelan ibuprofen, Megat Raed terus menayang muka puas hati. Hampir 20 minit dia memaksa Talia untuk mengambil ubat tersebut, namun Talia menolak kerana sudah makan tengah hari tadi. Megat Raed setelah mendengar itu terus menjeling Talia.

Gap antara waktu tengah hari yang dalam anggaran pukul 12 sampai sekarang 10 malam dikira 10 jam tahu?! Tempoh masa yang selamat untuk mengambil dos yang seterusnya. Talia nak menipu, tapi nak tipu dia yang kerjayanya sebagai seorang doktor. Memang silap langkah!

"Dah puas hati?" Soal Talia garang. Dengan lirikan mata tak puas hati.

Megat Raed ketawa. Tidak mampu membedung tawanya bila melihat wajah garang yang dirasakan comel itu.

"Jangan marah abang, sweetheart. Abang suruh untuk kebaikan Talia juga..." kepala Talia ditarik dekat dengan dadanya. Ditepuk tepuk bahu isterinya sebelum terpaksa meleraikannya. Talia menolak!

"Jangan nak menggatal kat sini. Jom ke depan. Semua orang mencari kita rasanya. Pengantin hilang berasmara dekat dapur." Jemari halus Talia pantas menarik tangan kasar Megat Raed dek selalu menggunakan hand sanitiser di hospital.

"Wow... Asmara dekat dapur. Sound hot and sexy!" bisik Megat Raed rapat ke telinga isterinya

Mata Talia membulat. Pipinya terasa panas. Hot and sexy?! Ewww!

"Abang Raed! Apa cakap macam tu?" dikerling sekeliling mereka. Nasib semua orag berada jauh dari mereka di ruang tamu ini. Kalau orang dengar, semakin tebal rasa malunya.

"Siapa yang start dulu?" Soal Megat Raed tanpa rasa bersalah. Senyumannya masih lebar.

"Drop the subject please. Or malam ni pergi ikut abang Raes tidur rumah mama." Dengan ugutan itu, terus Talia tinggalkan Megat Read sendirian. Dia berjalan laju.

Air liur ditelan apabila terngiang-ngiang suara Megat Raed tentang hot and sexy. Rasa meremang seluruh badan. Takut! Tak pernah lagi Megat Raed pertontonkan sisi nakalnya itu. Ini kali pertama. Mahu tak lemah lutut si Talia tu.

Megat Raed pantas berjalan memeluk bahu isterinya. Jangan ditanya kenapa dia mampu menyaingi langkah Talia. Kalau Talia sudah 3 langkah, Megat Raed baru satu langkah. Kaki Talia yang pendek. Bukan kaki dia yang panjang.

"Don't worry sweetheart... abang ada seribu satu alasan untuk stay sini mlam ni. One of the reasons is because to take care for you." Matanya dikenyit dengan senyuman yang lebar. Terpamer gigi putih tersusun cantik itu.

"Jangan marah-marah. Kang blood pressure naik, susah hati abang. Now, jom kita jumpa tetamu dekat luar."

Megat Raed dan Talia mendekati tubuh Puan Yasmeen yang menggamit tangan kearah mereka.

Dua tubuh yang langsung tidak asing pada pandangan Megat Raed yang kini sedang duduk berhadapan mamanya. Wajh yang menggamit rindunya pada yang sudah pergi.

"Raed, aunty Linda dengan uncle Hamid datang." Beritahu Puan Yasmeen.

Megat Raed senyum. Rasa tidak percaya jemputan ini diterima oleh Puan Linda dan Encik Hamid.

"Mama nak pergi dekat maksu kejap. Korang sembang-sembang lah dulu ya." Puan Yasmeen berlalu pergi meninggalkan pasangan tersebut berasama tetamu itu.

"Aunty dengan uncle apa khabar?" soal Megat Raed setelah bersalam dengan Encik Hamid. Talia melakukan perkara yang sama dengan menyalami Puan Linda.

Raed menarik kerusi plastik menyuruh Talia duduk disebelahnya.

"Kami baik-baik saja. Lama dah tak jumpa Raed sebab kami tak ada kesempatan nak datang semenanjung. Tak sangka dapat jemputan nikah dari Raed." Kata Puan Linda sambil menatap pasangan pengantin baru itu.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now