32 - Niat Tak Baik

759 51 1
                                    

NAIRA dan Talia masing-masing gembira bertemu. Kali terakhir berjumpa sewaktu majlis resepsi Talia beberapa minggu lepas. Selepas itu, kerap juga dia menghubungi Talia untuk mengikat kembali persahabatan yang pernah putu situ. Untung Talia memberikan nombor telefonnya.

Ini pun, Talia keluar setelah diberi keizinan oleh Megat Raed untuk meluangkan masa bersama Naira. Luangkan masa bersama sahabat yang tidak pernah dia lakukan sewaktu zaman bujang. Megat Raed memberikan keizinan sepnjang hari untuk Talia.

"Husband kau bagi pula kau keluar dengan aku?" soal Naira lalu menyuap MyeongDong Topokki masuk ke dalam mulut. Apa entah mimpi Talia nak makan makanan Korea. Dulu, Talia mana ada hati untuk makan benda-benda macam ini. Tapi dia faham. Manusia berubah. Talia diepannya sudah dibentuk menjadi orang baru.

"Puas merayu baru nak lepas. Itu pun lepas aku kata Muiz tak join. Baru dia bagi green light! Lepas tu dia pergi hospital kejap sebab apa entah." Semalam, di rumah Puan Yuhaina, Talia memuju Megat Raed untuk dia bertemu dengan Naira.

Talia tersenyum lebar teringatkan pujukannya semalam. Bukan senang rupanya lelaki itu nak lepaskan dia keluar rumah berseorangan kecuali di tempat kerja. Setelah beberapa kali percubaan, baru si suami beri keizinan sebab Megat Raed terlibat dengan seminar pagi ini. Tidak mahu Talia berasa kesunyian, dia izinkan juga. Tapi, mana mungkin lelaki itu nak lepaskan tanpa sebarang balasan yang setimpal.

Melihat pada senyuman Talia, Naira rasa gembira. Talia nampak bahagia dan dia sangat bersyukur untuk itu.

"Aku nampak macam Raed layan kau dengan baik sampai senyum pun tak hilang," usiknya sehingga membuatkan pipi Talia memerah.

"Dia baik. Sangat baik. Nampak je muka macam tak ada perasaan tapi kau tahu, dia orang pertama yang aku nampak selepas aku bangun. Without knowing yang dia sepupu aku, aku terlebih dulu jatuh hati tau."

Teringatnya pada peristiwa 6 tahun lalu. Ya, wajah Megat Raedlah yang dia nampak seleas dia terjaga dari lenanya dengan ingatan yang kosong. Dalam keadaan tak terkawal sebelum dia kembali tidur kerana ubat penenang, dia dapat rasakan genggaman Megat Raed ketika itu begitu hangat dan dia rasa begitu selamat.

Medengarkan kata-kata Talia, Naira ukir senyuman hambar. Talia mungkin lupa, namun dia tak pernah lupa. Malam dimana Talia telefonnya dengan tangisan yang teresak-esak dan menyatakan mahu membunuh diri sendiri. Dan ketika itu dia sedang berada di Sabah, bercuti jauh dari semenanjung. Selepas itu, Talia hilang. Kisah yang tidak lengkap, tapi dia janji dengan diri sendiri untuk mencari asbab kenapa Talia jadi begitu.

"So... Aku dengan Muiz?" soal Talia. Lupa untuk bertanya tentang perkara itu.

"Hmmm. Dah muka dia saja yang aku nampak selalu. Malas aku nak kenal dengan orang lain." Jawabnya.

"Tak sangkakan? Aku dengan abang Raed, dari sepupu jadi suami isteri. Kau dengan Muiz, dari bestfriend jadi kekasih. Jodoh depan mata saja," omelnya dengan tawa kecil. Tidak menyangka perancangan yang Allah atukan begitu mudah dan indah.

"Kan... aku pun tak sangka aku dengan dia. Dengan perangai sejuk beku plus heartless Muiz tu, macam mana lah aku boleh bertahan sampai hari ini."

"Sekarang memanglah sejuk beku, heartless. Nanti bila kau orang dah sah, leburlah ais dia tu. Kau jangan risau. Aku cakap dari pengalaman."

Notifikasi berbunyi. Talia pantas mengalihkan perhatiannya. Whatsapp bergambar dari nombor yang sama. Ini sudah masuk gambar ketiga yang dia dapat. Dua gambar terawal adalah gambar Megat Raes dan Ulya Hana. Gambar Kali ini adalah Megat Raed dalam gaun putih bersama seorang perempuan dalam persalinan yang sama.

"Kau kenapa?" tanya Naira apabila mendengar Talia merengus dengan muka yang berkerut.

"Aku tak faham betul ada orang rajin menghantar gambar dekat aku dari tiga hari lepas lagi. Gambar first and second, gambar kembar husband aku, abang Raes. Kali ni gambar husband aku pula!" cerita Talia penuh kegeraman. Dia memang nekad, dia akan block number ini selepas ini.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now